It has been so long since I have my last cooking class. Frankly speaking, I avoid to have any connection with cooking during fasting month.
Yesterday, my mom asked me to join the mission in the kitchen. In other word, we were having an exciting activities dealing with knife and chopping board. This time, we made carrot rice and masala beef. What a perfect match for our lunch. Thank You Allah....
We need a big pot when cooking a special meal.
My mom said that the big pot would produce a lots
of steam that help to cook rice properly. So..it was
time to have a feast.
time to have a feast.
I loved cutting meat, chicken, potatoes and vegetables
but not chilies. Usually it took hours to finish cutting
the whole lots. Alhamdulillah my brother Tajrid helped
me to make it faster.
My mother kept on remind me to stir the rice
every 10 minutes when it was nearly cooked.
The process would prevent the rice from
having a thick crust at the bottom.
Wow !! The smell made me really hungry.
At last, carrot rice and masala beef were on the table.
Where was everybody? Lets eat together.
Read doa first and praise Allah for the food.
Alhamdulillah....
( GUIDANCE CORNER )
Sekali sekala, masak nasi yang best sikit untuk family. Kalau nak beli kat luar, memang kena keluarkan duit yang banyak untuk menjamu family yang besar ini. Itupun belum tentu sedap. Bagaimana dengan kebersihannya dan juga bahan-bahan yang digunakan? Sebilangan peniaga memasukkan bahan perasa untuk jadikan masakan lebih lazat. Jimat...tak perlu masukkan bahan- bahan mentah lain dengan banyak. Itulah hakikat di sebalik hidangan lazat di restaurant atau gerai kegemaran kita.
Apabila kita memasak untuk keluarga, bermakna kita berhasrat untuk melanjutkan "kehidupan" kepada yang tersayang. Di sinilah seorang ibu memainkan peranan yang penting membentuk keperibadian anak-anaknya secara kerohanian. Bermula dengan niat untuk Allah. Makanan yang dimasak adalah untuk para pejuang Allah. Niatlah yang hebat-hebat dan sebanyak mungkin. Insyaallah...makananan yang dimakan akan mengorak mengikut apa yang telah diniatkan sepertu kueh dan acuannya. Bila dah niat yang terhebat, pastilah masakan itu akan jadi sedap dimakan. Apalagi jika ibu yang menyediakan masakan itu sentiasa mencari ilmu dalam mempertingkatkan kualiti pemakanan keluarga.
RESEPI NASI KARROT:
Bahan-bahan (10-13 orang )
Bahan A - dikisar
* 2 sudu besar lada putih
* 3 sd besar jintan manis
* 10 ulas bawang putih
Bahan utk menumis:
* Buah pelaga, Bunga lawang
* Bunga cengkih, Kulit kayu manis
Bahan-bahan lain:
Bahan-bahan lain:
* 6 cawan beras (cuci & toskan)
*2 batang carrot dipotong 1.5 inci panjang dan dipotong halus memanjang
* 10 biji cili api (boleh kurangkan sekira tak mahu pedas)
* 4 tomato (potong dadu & campurkan gula batu sedikit)
* 3 biji bawang besar (di hiris)
* 5 sd besar minyak sapi
* 4.5 cawan air rebusan daging. Gunkan air rebusan daging untuk masak masalla
* 1 cawan santan pekat (susu)
* garam
* daun pandan
* Kismis hitam (warna lain pun boleh)
* Kismis hitam (warna lain pun boleh)
*Daun sup untuk tabur atas nasi
*Bawang goreng untuk tabur atas nasi
*Bawang goreng untuk tabur atas nasi
Cara-cara
1. Panaskan minyak sapi, tumis bawang besar hingga kekuningan. Masukkan bahan penumis, bahan
1. Panaskan minyak sapi, tumis bawang besar hingga kekuningan. Masukkan bahan penumis, bahan
A, cili api, garam, dan biarkan hingga naik bau.2.2. Masukkan air rebusan daging, santan, tomato 2. Masukkan air rebusan daging, santan, kismis, tomato, daun pandan dan beras yg digaul bersama
carrot.
carrot.
3. Kacau kerap-kerap supaya tidak berkerak. Apabila kering, kecilkan api dan kacau kadang- kadang
supaya nasi masak sekata.
supaya nasi masak sekata.
RESEPI DAGING REMPAH GARAM MASALA:
Bahan-bahannya
2 KG daging tanpa tulang
7 sudu kecil rempah garam masala
6 biji bawang besar (2 blend and 4 dadu besar-besar)
17 ulas bawang putih
4 inci halia
4 sudu kecil jintan manis
4 sudu besar serbuk rempah kari
7 sudu besar serbuk rempah korma
2 1/2 cawan santan pekat
1 cawan air
10 tangkai cili kering
5 batang kulit kayu manis+6 kuntum bunga lawang
7 biji buah pelaga
7 kuntum bunga cengkih
7 biji buah pelaga
7 kuntum bunga cengkih
4 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kicap pekat
Cara-cara:
1. Potong daging sederhana tebal (bentuk kiub). Rebus daging hingga mendidih. Tutup periuk dan gunakan api kecil sahaja. Biarkan hingga daging empuk betul.
TEKNIK MENGEMPUKKAN DAGING:
- Boleh masukkan seketul gula batu (saiz telur puyuh) dalam air rebusan.
- Ataupun masukkan akar daun pandan dalam air rebusan.
- Membungkus daging yang akan dimasak dengan daun betik selama beberapa jam.
- Memasukkan sendok ke dalam air rebusan daging
- Rebus air dengan sedikit beras hingga mendidih baru masukkan daging dan rebus hingga
empuk. - Perapkan daging dengan parutan nenas sebelum dimasak.
2. Kisar halus bawang besar, halia, cili kering. Panaskan api dan tumis daun kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan bahan yang telah dikisar tadi. Tumis sehingga naik bau.
3. Campurkan rempah kari, rempah korma dan garam masala, jadikan pes dan curah dalam periuk, kacau sebati, dan biarkan bahan tumisan agak garing, selepas itu masukkan daging.
Panduan Pemakanan Mengikut Islam :
Islam sebagai agama luhur bukan setakat mengajar umatnya mengenai amalan ibadah semata-mata, sebaliknya Islam melengkapi segenap lapangan kehidupan manusia. Apa saja gerak kerja telah disediakan panduan lengkap, padat dan penuh berhikmah buat manusia. Hal itu termasuk dalam aspek gaya pemakanan.
Mengapa Islam turut memberi penekanan soal pemakanan? Di sini kita sewajarnya menelusuri sirah perjalanan Nabi s.a.w yang sentiasa mempamerkan jalur penghidupan terbaik yang mengajar umatnya bagaimana etika makan dan minum. Inilah yang dikatakan Islam bersifat universal dan menyeluruh.
Misalnya, dalam satu peringatan Allah berfirman, “Hai manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikut langkah-langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagimu.” (Maksud Surah al-Baqarah ayat 168).
Ayat ini suatu panduan proaktif dalam membina kekuatan jasmani, emosi dan rohani manusia yang murni. Makanan halal lagi baik menjadi teras dalam ajaran Islam yang bukan semata-mata menjaga kelangsungan sihatnya jasmani, tetapi juga akan memercikkan kesihatan jiwa dan hati.
Malah, Islam meletakkan kebersihan dan kesempurnaan adab dan aturan pemakanan sebagai satu prasyarat dimakbulnya doa oleh Allah. Mukmin yang sentiasa memenuhkan perutnya dengan sumber makanan haram bukan saja dilarang Allah, tetapi segala munajat doanya tidak diperkenankan Allah.
Dalam satu kisah yang diceritakan Ibnu Mardawaih yang diperoleh daripada Ibnu Abbas bahawa seorang sahabat Rasulullah, iaitu Saad Ibn Abu Waqqas memohon kepada Rasulullah supaya Baginda memohon kepada Allah agar dikabulkan segala doanya.
Berkata Rasulullah kepada Saad, “Wahai Saad. Perbaikilah makanan engkau, nescaya engkau akan dijadikan Allah seorang yang makbul doanya. Demi Tuhan, yang jiwa Muhammad ada dalam tangan-Nya, sesungguhnya seorang lelaki yang melemparkan suatu suapan haram ke dalam perutnya, tidaklah akan diterima amalnya selama empat puluh hari. Barang siapa di antara hamba Allah yang tumbuh dagingnya daripada harta yang haram dan riba, maka api lebih baik baginya.”
Justeru, melalui kisah tersebut nyatalah Islam sangat memberikan penekanan kepada aspek pemakanan dengan mengajak seluruh umatnya supaya berhati-hati memilih makanan serta menjauhi sumber haram.
Islam juga menekankan kepada gaya pemakanan yang bercorak sederhana dan tidak melampau. Menurut Imam Al-Ghazali terdapat enam sifat tercela yang berlaku akibat pola pemakanan yang melampau atau berlebihan.
Kata beliau, antaranya timbul sikap malas untuk beribadah kepada Allah, tidak memberi tindak balas apabila mendengar perkataan yang penuh hikmah, apabila menyampaikan nasihat dan hikmah, maka penyampaiannya itu tidak menyentuh hati ramai orang. Yang paling penting kata Imam Al-Ghazali ialah akan menimbulkan banyak penyakit.
Demikian impak negatif daripada budaya pemakanan berlebihan. Kerana faktor itulah Islam menunjukkan jalan yang penuh berinti pati pencegahan, iaitu dengan mengamalkan pola pemakanan seimbang dan sederhana.
Dalam dunia serba moden, kita sentiasa disajikan di depan mata dengan aneka menu yang menyelerakan sehingga ada kalanya kita terlupa segala pesanan Rasulullah dan peringatan Allah agar bersederhana dalam makan dan minum.
Semua yang dilarang Allah mempunyai hikmah bermanfaat buat umat.
Misalnya, Allah berfirman, “Makan dan minumlah kamu, jangan melampaui batas.” (Maksud Surah Al-A’raf ayat 31). Dalam ayat ini, Allah memerintahkan kita agar tidak melampau dalam aspek makan minum. Dengan erti kata lain, seseorang mukmin perlu bersederhana dan tidak mengikut nafsu.
Peringatan Allah supaya kita tidak berlebih-lebihan dalam makan minum ditinjau daripada perspektif sains kesihatan sememangnya menepati kehendak piawai sains moden. Terangkum padat dalam arahan Allah itu kemanfaatan buat umat manusia yang memelihara kualiti kesihatan fizikal dan mental.
Mari kita hayati sejenak apa yang pernah Nabi Daud wasiatkan. Katanya, “Kesihatan adalah nikmat yang tersembunyi, ia seperti mahkota di atas kepala orang yang sihat dan hanya dilihat oleh orang yang sakit.”
Bagaimana saudaraku yang dirahmati Allah? Betul atau tidak apa yang dikatakan Nabi Daud itu?
Sudah tentu kita bersetuju 100 peratus apa yang diluahkan baginda itu, tetapi memahami saja tidak mencukupi. Kita seharusnya menghayatinya dalam amalan kehidupan seharian.
Dr Adi Hashman, penulis buku ‘Mengapa Rasulullah s.a.w Tidak Sakit’ ada mengatakan dalam karyanya bahawa status kesihatan individu dipengaruhi makanan. Katanya lagi, faktor ini penting kerana menjadi faktor yang dapat dikendali dan dikawal. Orang yang memiliki prinsip ‘hidup untuk makan’ sebenarnya mempercepatkan ajal seperti menggali kubur dengan giginya sendiri.
Pelbagai penyakit muncul pada era moden ini berkaitan pola makan yang berlebihan serta sistem pemilihan makanan yang tidak betul atau makan dengan kekerapan tidak teratur.
Pada zaman Rasulullah terdapat seorang tabib atau doktor yang mendalami ilmu perubatan Galenik iaitu Haris Ibnu Kaladah dan beliau merumuskan ‘Perut itu punca segala penyakit.’ Manakala Rasulullah sendiri ada mengatakan, “Perut itu gudang penyakit.” (Hadis riwayat Muslim).
Jadi, untuk memastikan kualiti kesihatan jasmani dan emosi kita berada pada tahap berpiawai tinggi seharusnya kita menyusuri panduan yang diperturunkan Rasulullah khususnya dalam aspek pemakanan itu.
sumber:
http://intim.wordpress.com/2011/07/16/panduan-pemakanan-mengikut-cara-islam/