(GUIDANCE CORNER)
Memang teruja menunggu saat-saat gerhana bulan penuh pada 10 December 2011. Persiapan FCUHOMESCHOOLING dibuat dengan rapi agar segala perancangan berjalan dengan baik. Makan malam juga disediakan terlebih awal agar tidak mengganggu kelancaran pengambilan video oleh FCUPRODUCTION. Selalunya aktiviti mencerap bintang dilakukan di beranda belakang yang mengadap lautan. Kali ini, lebih happening...segala peralatan kamera diangkut ke atas bumbung rumah yang separa siap. Rumah dua tingkat yang dibina oleh crew FCUPRODUCTION ini tergendala kerana crewnya sangat sibuk dengan penggambaran sekitar Langkawi. Insyaallah ..bangunan istimewa ini akan siap pada tahun depan.
Kelihatan crew FCUPRODUCTION sedang meneropong bulan di lensa kamera. Aktiviti mencerap bulan gerhana ini bermula seawal 8.30 malam. Angin pantai bertiup sepoi-sepoi bahasa membuat suasana sungguh nyaman.Alhamdulillah..cuaca malam ini sungguh baik. Langit tanpa awan tebal mengindahkan lagi malam yang dihiasi bulan mengambang penuh dan taburan bintang yang berselerakan. Memang malam ini sungguh sempurna. Alhamdulillah....
Masing-masing sibuk memerhati bulan mengambang yang mula bertukar bentuk. Sedikit demi sedikit bentuk bulat itu dimamah oleh bayangan bumi.
Permukaaan bulan yang menggerutu dengan kawah-kawahnya boleh dilihat dengan jelas bila dizoom 1300x. Mata kasar kita yang melihat bulan yang bersinar penuh berseri seri sering tertipu dengan realiti permukaan yang berkerutu. Hingga kita menyamakan kecantikan wajah perempuan yang sempurna ibarat bulan purnama.
Memang ajaib ciptaan Allah...
Saiz bulan yang dilihat dengan mata kasar. Memang berbeza !!! Cahayanya yang berkilauan tanpa cacat cela . Tampak seolah permukaannya sungguh licin tanpa cacat.
Dari lensa kamera, kelihatan bentuk bulan sabit yang makin nipis dari saat ke saat.
Saat-saat menunggu detik bermulanya total lunar eclipse. Detik demi detik...dengan sabar memerhati perubahan kedudukan bulan yang sedang berlaku di angkasa . Pasti tidak mahu ketinggalan !!!
The moment !!! Bilakah pula kita berpeluang melihat gerhana bulan penuh ini ? Gelap gelita alam sekeliling tanpa sinaran bulan. Senyap sunyi sekitar pantai Kampung Bakau meraikan phenomena alam ini.
Afiqah juga tidak ketinggalan melihat phenomena ini. Dalam usia yang muda dia sudah meminati bidang astronomi dan sentiasa melihat perubahan pada langit pada waktu malam. Bintang yang berkerlipan di angkasa luas sungguh menguja fantasi alam kanak-kanaknya. Berbagai-bagai soalan dalam fikirannya dan sering bercampur baurl dengan adegan movie star trek yang sangat digemarinya. Ternganga mulutnya kerana terlalu asyik....!!
Afiq pula banyak memerhati dari bertanya.
Pelajar FCUHOMESCHOOLING yang paling kecil ini juga tidak mahu ketinggalan. Pasti sekali minda spara sedarnya merakam segala peristiwa untuk digunakan bila dia sudah boleh bercakap. Pendedahan dari kecil dalam bidang astronomi adalah antara target kami untuk menghasilkan generasi yang sangat peka dengan alam ciptaan Allah.
Saat bulan gerhana sepenuhnya inilah pelajar FCUHOMESCHOOLING telah membuat experiment
Photo halaman teratak FCU dari site mencerap bulan gerhana. Jambatan gantung ini dibina merentasi kolam air tawar. Satu ketika dulu, kawasan ini adalah pantai yang agak dalam hingga perlu mangarung air laut untuk sampai ke daratan. Kami telah menebus guna tanah air masin ini kepada taman bonsai.
Sambil menunggu saat bulan keluar sepenuhnya dari bayang bumi, kami menikmati buah mempelam yang dulunya sangat tinggi dan sukar untuk mendapat buahnya.
Subhanallah.....cantik sekali pemandangan ini. Kelihatan cahaya bulan yang mula keluar dari bayangan bumi bercahaya menyimbah suasana malam. Bilakah gerangan kita dapat melihat lagi phenomena ini ?
Restoran FCU beroperasi di tengah malam. Selepas jam 12 tengah malam, aktiviti masih lagi di site cerap dan crew FCUPRODUCTION mula memesan makanan. Mungkin perasaan teruja dengan gerhana bulan membuat perut cepat lapar. Alhamdulillah....tiada yang lebih sedap dari sepinggan mee panas dan white coffee panas. Apalagi...bila makan atas bumbung yang terdedah oleh tiupan bayu malam dari laut.
Lebih kurang pukul 1.30 pagi pada 11 December 2011, bulan meninggalkan penumbra sepenuhnya. Suasana malam yang malap sebentar tadi mula bertukar menjadi ceria dengan sinaran bulan purnama. Semoga Allah beri kita peluang untuk menyaksikan phenomena ini sekali lagi di masa hadapan.
Inilah video yang berjaya dihasilkan oleh FCUPRODUCTION pada malam gerhana bulan penuh 10 Dec 2011:
FAKTA MENARIK TENTANG GERHANA BULAN DAN MATAHARI:
1) Tidak seperti gerhana matahari, yang hanya boleh dilihat dari kawasan tertentu sahaja di dunia, Gerhana Bulan boleh dilihat dari mana-mana sahaja di sebelah malam Bumi.
2) Gerhana Bulan Penuh boleh berlangsung selama beberapa jam, sedangkan gerhana matahari penuh berlangsung selama hanya beberapa minit sahaja di satu-satu tempat. Ini adalah kerana saiz bayang2 bumi (ketika gerhana bulan) lebih besar berbanding bayang2 bulan (ketika gerhana matahari)
3) Jika anda terlepas gerhana kali ini, anda terpaksa menunggu sehingga 10 Okt 2014 untuk Gerhana Penuh Bulan yang boleh dilihat dari Malaysia. Itupun anda hanya dapat lihat separuh sahaja, iaitu Bulan sudahpun TAMAT fasa gerhana sepenuhnya ketika ia terbit di waktu Maghrib (di Kuala Lumpur). Gerhana Penuh seterusnya ialah 4 Apr 2015 dan itupun anda dapat lihat separuh sahaja, iaitu Bulan sedang memasuki fasa gerhana penuh ketika ia terbit.
4) Gerhana Bulan boleh berlaku sehingga 3 kali setahun (maksimum). Namun, adakalanya tidak ada langsung gerhana bulan berlaku dalam jangkamasa setahun. Percaya atau tidak, gerhana matahari berlaku lebih kerap, iaitu 2-5 kali setahun namun kawasan yang dapat lihat gerhana matahari penuh itu sikit sahaja (beberapa kilometer lebar sahaja), manakala gerhana bulan boleh dilihat 1/2 daripada kawasan permukaan bumi!
5) Semua orang tahu, Bulan akan menjadi warna kemerah-merahan apabila
ia memasuki ke dalam kawasan bayang-bayang umbra bumi. Namun, kadangkala
pada kawasan sempadan berwarna merah itu, warna permukaan bulan akan
kelihatan seperti kebiru-biruan dan turquoise (biru kehijauan)! Ini
adalah disebabkan cahaya itu sedang melalui lapisan ozon bumi (yang mana
lapisan ini menyerap warna merah, dan membenarkan warna biru
melepasinya).
Bilakah ketika hendak melihat warna tersebut? Cuba tinjau-tinjau
beberapa minit sebelum fasa gerhana penuh bermula, dan juga beberapa
minit selepas fasa gerhana penuh tamat
(Foto oleh Eva Seidenfaden of Trier, Germany, on March 4, 2007)
6) Jika di Bumi kita akan mengalami gerhana bulan, berlawanan pula
kisahnya jika kita berada di Bulan ketika itu. Di Bulan, kita akan
mengalami gerhana matahari pula!
Lebih menarik ialah cahaya matahari tidak akan hilang sepenuhnya.
Ia akan diserakkan oleh lapisan atmosfera bumi dan kelihatan
kemerah-merahan.
Bumi akan kelihatan seperti satu bulatan hitam dikelilingi oleh
cahaya merah, yang menandakan waktu fajar dan senja di seluruh dunia!
Cahaya merah senja dan fajar itulah yang akan jatuh ke permukaan bulan, dan menjadikannya kemerah-merahan.
(Ilustrasi menunjukkan gerhana matahari yang dilihat DARI bulan. Credit & Copyright: Hana Gartstein)
DEAR READERS!!
YOUR POSITIVE COMMENTS ARE HIGHLY APPRECIATE.
♥♥♥ FCU MALAYSIAN HOMESCHOOLING ♥♥♥