(GUIDANCE CORNER)
MEMORI KHAS BUAT TATAPANMU WAHAI PENJAGA LANGKAWI
MEMORI KHAS BUAT TATAPANMU WAHAI PENJAGA LANGKAWI
26. 12. 2011- Tepat pukul 12.30 tengahari kami check out dari Resort Pantai Minyak Beku. Peristiwa tsunami kecil yang melanda Pantai Timur pada 25. 12. 2011 cukup memberi kesan di hati. Terasa sangat Allah menjaga kami dan syukur yang teramat sangat ke hadrat Ilahi atas segala aturan perjalanan. Doa dan terus berdoa pohon keberkatan perjalanan dan selamat dari sebarang mala petaka. Amin.
Oleh kerana resort hanya menyediakan heater pemanas air, kami hanya
makan roti dan air kopi sebelum keluar pagi tadi. Perut mula
berkeroncong. Wira-wira terus meluncur laju mengikut pedoman GPS dan
mata kami tercari-cari tempat untuk kami sekeluarga mengambil tenaga
sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya. Akhirnya kami menemui warung yang sesuai di Peserai.
Warung di Peserai yang kami singgah makan tengahari
UNIKNYA NASI AMBENG....!!
Oleh kerana hidangan special di warung ini asam pedas, kami pun mencuba rasa keistimewaannya. Memang sedap juga. Agak berlainan rasanya dengan asam pedas sebelah utara tanah air. Mungkin resepinya telah diolah dengan selera orang Jawa yang ramai di kawasan ini. Selain itu, kami juga merasa nasi Embeng. Memang tak pernah tengok tapi pernah mendengar nama itu semasa melawat para blogger tidak lama dulu. Khabarnya, hanya di Johor saja senang dapat. Benarlah...kerana selama 50 tahun hidup di dunia, hanya kini dapat bersua muka dengan nasi Ambeng. Rasanya? Memang sedap juga.....dan bersifat masyarakat majmuk. Ada nasi dan juga ada mee goreng di samping sambal kelapa, ayam masak kicap dan sayur kacang serta tempe. Memang unik sekali.
ASAL USUL NASI AMBENG
Oleh kerana hidangan special di warung ini asam pedas, kami pun mencuba rasa keistimewaannya. Memang sedap juga. Agak berlainan rasanya dengan asam pedas sebelah utara tanah air. Mungkin resepinya telah diolah dengan selera orang Jawa yang ramai di kawasan ini. Selain itu, kami juga merasa nasi Embeng. Memang tak pernah tengok tapi pernah mendengar nama itu semasa melawat para blogger tidak lama dulu. Khabarnya, hanya di Johor saja senang dapat. Benarlah...kerana selama 50 tahun hidup di dunia, hanya kini dapat bersua muka dengan nasi Ambeng. Rasanya? Memang sedap juga.....dan bersifat masyarakat majmuk. Ada nasi dan juga ada mee goreng di samping sambal kelapa, ayam masak kicap dan sayur kacang serta tempe. Memang unik sekali.
ASAL USUL NASI AMBENG
Nasi ini disediakan oleh orang keturunan Jawa di sebelah Pantai Barat Malaysia semasa kenduri kendara seperti kenduri arwah (Tahlil) dan kenduri kesyukuran. Pada zaman dulu, nasi ini dimasukkan kedalam acuan atau besen sebelum dihidangkan. Dengan ini, nasi ini akan kenyal dan tak mudah bertabur. Yang menjadikan nasi Ambeng ini unik ialah lauk pauknya iaitu Tempe, Kerisik, Rempeyek, Serunding Kelapa, Mee atau Bihun goreng, ayam dan lain-lain juadah pembuka selera termasuk buah-buahan. Semuanya diletak di atas nasi yang berlapik daun pisang dan dulang.
Setiap hidangan adalah untuk 4 orang. Biasanya mereka adalah merupakan ketua setiap keluarga. Pada asalnya nasi ambeng ini tidak untuk dimakan. Ia sekadar dijamah untuk dirasa sahaja. Kemudian ia dibahagi empat dan dibungkus untuk dibawa pulang sebagai berkat (buah tangan) kepada keluarga yang menunggu di rumah. Simbolik dari penyediaan nasi ambeng adalah untuk menjimatkan kos dan kerja pengendalian majlis-majlis tersebut. Disamping itu pengamal nasi ambeng percaya amalan ini boleh membawa kerukunan atau kebahagiaan dalam keluarga.
RESEPI NASI AMBENG JAWA
Bunda Alyssa adalah orang Johor dan ada keturunan Jawa dan Bugis sebelah emaknya. . Tentu sekali nasi ambeng adalah makanan yang selalu dihidang dalam keluarganya. Dapatlah korek sedikit sebanyak resepi daripada bunda Alyssa dan goggle diinternet
BAHAN-BAHANNYA:
- Nasi putih
-Ayam masak kicap
-Mee goreng
-Serunding kelapa
-sayur goreng tempe
1) MEE GORENG JAWA
Bahan-bahan:
Mee kuning 2 paket
Taugeh (ikut suka banyaknya)
letak sos dan gula untuk manis
kicap (agak-agak)
Bahan untuk di mesin
5 biji Bawang merah
7 ulas Bawang putih
2 biji buah keraslada kering(ikut pedas)
1 sdb lada hitam(diblend hingga halus)
1 sdb udang kering
Tumis bahan yang dimesin hingga wangi dengan sedikit minyak. Masukkan mee dan kicap, sos, gula dan garam secukup rasa. Masukkan taugeh. Kacau hingga separuh layu dan angkat.
2) SERUNDING KELAPA
Bahan-bahan:
Sebiji kelapa parut
Bahan untuk di mesin
jintan manis 1 jemput
1sudu jintan putih
3sudu ketumbar
4 batang serai
1/2 inci lengkuas sebesar ibujari
1/2 inci halia
4 ulas bawang putih
4 biji bawang merah
2 sdb lada kering blend
1/2 inci kunyit hidup ( elok guna yang fresh)
2 sdb udang kering
Asam jawa sebesar ibujari diperah airnya dengan 2 sdb air (pekat2)
Gula dan garam secukup rasa.
Semua bahan diatas dimesin sehingga halus
Cara Menyediakan:
1. Goreng kelapa tanpa minyak (sangan) sehingga kelapa kekuningan sedikit. Ini adalah supaya serunding tahan lama dan tidak basi.
2. Tumis bahan2 yang di mesin sehingga garing. Masukkan gula merah sehingga gula hancur.
3. Masukkan air asam dan garam. Biarkan atas api kecil sehingga agak pekat.
4. Masukkan kelapa yang telah digoreng. Gaul rata lebih kurang 5 minit. Bolehlah diangkat.
SUMBER:
http://tempevstapaiubi.blogspot.com/2009/02/resepi-nasi-ambeng-stail-jawa.html
BAHAN-BAHANNYA:
- Nasi putih
-Ayam masak kicap
-Mee goreng
-Serunding kelapa
-sayur goreng tempe
1) MEE GORENG JAWA
Bahan-bahan:
Mee kuning 2 paket
Taugeh (ikut suka banyaknya)
letak sos dan gula untuk manis
kicap (agak-agak)
Bahan untuk di mesin
5 biji Bawang merah
7 ulas Bawang putih
2 biji buah keraslada kering(ikut pedas)
1 sdb lada hitam(diblend hingga halus)
1 sdb udang kering
Tumis bahan yang dimesin hingga wangi dengan sedikit minyak. Masukkan mee dan kicap, sos, gula dan garam secukup rasa. Masukkan taugeh. Kacau hingga separuh layu dan angkat.
2) SERUNDING KELAPA
Bahan-bahan:
Sebiji kelapa parut
Bahan untuk di mesin
jintan manis 1 jemput
1sudu jintan putih
3sudu ketumbar
4 batang serai
1/2 inci lengkuas sebesar ibujari
1/2 inci halia
4 ulas bawang putih
4 biji bawang merah
2 sdb lada kering blend
1/2 inci kunyit hidup ( elok guna yang fresh)
2 sdb udang kering
Asam jawa sebesar ibujari diperah airnya dengan 2 sdb air (pekat2)
Gula dan garam secukup rasa.
Semua bahan diatas dimesin sehingga halus
Cara Menyediakan:
1. Goreng kelapa tanpa minyak (sangan) sehingga kelapa kekuningan sedikit. Ini adalah supaya serunding tahan lama dan tidak basi.
2. Tumis bahan2 yang di mesin sehingga garing. Masukkan gula merah sehingga gula hancur.
3. Masukkan air asam dan garam. Biarkan atas api kecil sehingga agak pekat.
4. Masukkan kelapa yang telah digoreng. Gaul rata lebih kurang 5 minit. Bolehlah diangkat.
SUMBER:
http://tempevstapaiubi.blogspot.com/2009/02/resepi-nasi-ambeng-stail-jawa.html
SAMBAL GORENG NASI AMBENG
Bahan-bahan:
7 tangkai kacang panjang atau buncis (hiris ikut suka)
1 biji kentang dipotong dadu dan goreng hingga empuk
2 keping tempe, dadu dan goreng
1 keping tauhu, didadu dan goreng
Ketiga-tiga ini ditoskan
1/2 cekak soo hoon, kerat pendek dan rendam hingga lembut
40 gram fucuk, potong kecil dan rendam hingga lembut
3 keping pedal ayam muda, cuci bersih, hiris kecil
2 keping hati ayam, cuci bersih dan potong kecil
1/2 inci belacan, bancuh dengan sedikit air
1/4 cawan jus asam jawa
5 biji bawang merah, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris
1 batang serai, dititik
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau hiris
1/3 cawan santan (optional, mat tak letak pun)
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMBUATNYA :
- Pedak dan hati ayam dicelur sekejap, buang airnya. Gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Ketepikan.
- Panaskan minyak dalam kuali, goreng pedah dan hati tadi sekejap. Angkat dan toskan. Kemudian tumis bawang merah, bawang putih dan serai hingga harum, masukkan pedal dan hati, jus asam jawa, belacan dan santan. Kacau rata dan biar mendidih.
- Masukkan fucuk, tauhu, tempe, kentang, cili merah dan hijau, kacau rata dan masukkan kacang panjang. Gaul rata. Tambah soo hoon tadi. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula.
- Masak dengan api sederhana hingga sambal goreng sedikit kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan lauk2 lain...
5 keping tempe (dipotong dadu)
2 biji kentang (dipotong dadu)
2 peket kecil suhun (direndam)
2 peket kecil tauhu kering (direndam)
1 labu bawang besar (dihiris)
10 tangkai cili kering (dikisar)
Sedikit garam
Sedikit gula
Asam jawa
Cara Memasak:
Goreng tempe dan kentang sehingga garing. Toskan sehingga sejuk.
Tumis cili kering dan bawang sehingga naik bau. Kemudian masukkan tempe dan kentang tadi. Kacau rata.
Akhir sekali masukkan suhun, tauhu kering dan garam. Kacau sekali lagi dan hidangkan.
Kalau nak sedap boleh la tambahkan ikan bilis dan kacang tanah yang disangan (goreng tanpa minyak).
Tips : jangan guna cili boh atau cili basah, nanti pahit dan cepat rosak.
Wira-wira kami beratur di tepi jalan sementara kami sekeluarga
menikmati juadah makan tengahari di warung. Wira yang tengah adalah
milik Intan yang sedang menyambung pelajaran di peringkat Master di UTM.
Cik Intan join kami seketika sempena hari minggu.
Sudah pasti khidmat GPS banyak membantu kami untuk terus ke Melaka. Pelajar FCUHOMESCHOOLING berpeluang mengenal banyak tempat baru. Kami menyusur Semerah, Parit Jawa dan bandar Muar sebelum terus ke Melaka Bandaraya Bersejarah. Setiap tempat mempunyai identiti yang tersendiri. Begitu juga dengan loghat percakapan. Dari Kelantan, Trengganu, Pahang, Johor dan kini Melaka, setiap negeri memperdengarkan kelainan yang ketara. Seronok dengar anak-anak cuba mentuturkan perkataan-perkataan dalam loghat yang berlainan dan kami sama-sama ketawa kerana geli hati. Masyaallah...hanya dengan perkara yang simple, membawa satu keriangan dan kebahagiaan dalam satu keluarga. Terlalu banyak perkara yang simple berlaku dalam kehidupan kita seharian. Fikiran yang positive dan hati yang bersyukur akan menjadikan semua ini sangat berharga dan merupakan satu memori indah untuk dikenang. Maka jadilah ianya satu kehidupan yang penuh diberkati dan segala yang terbaik akan mula menghiasi sejarah kehidupan kita. Inilah antara rahsia mereka-mereka yang telah ditakdirkan menikmati segala kemeriahan nikmat dunia dan akhirat.
Ini peta yang tertera di screen iphone
Ini pula peta di goggle map.
Kurikulum Homeschool Waktu Musafir:
Pembelajaran membaca peta menjadi salah satu pembelajaran yang utama dalam musafir ini. Pada mulanya kami trak perjalanan menggunakan khidmat GPS. Lokasi tertentu akan dirakam di kamera untuk dipelajari kemudian. Selalunya bila sampai di homestay atau resort yang kami diami, kami akan sama-sama amati semula perjalanan dan melihat jalan-jalan yang sudah dilalui. Perubahan tanda jalan di atas peta juga dapat dibaca oleh anak-anak contohnya dalam peta di atas. Resort Pantai Minyak Beku yang terletak di Batu Pahat ditanda dengan J124 kerana ianya berada dalam negeri Johor. Manakala Homestay Deruan Ombak pula ditanda dengan M143 kerana tempat ini terletak di negeri Melaka. Selain dari itu, perubahan rupa bentuk muka bumi juga dapat dikesan dari peta. Di sinilah baru saya dapat memperkenalkan cara membaca peta yang lebih canggih yang digunakan oleh para pengembara. Kalau dulu....pembelajaran ini memang membosankan. Bila berada dalam perjalanan, setiap masa peta adalah kawan karib kita dan anak-anak didedahkan secara meluas. Dengan sendiri timbul keinginan mereka untuk lebih arif dengan segala tanda-tanda yang tertera. Memang seronok kerana pembelajarn ini juga untuk kita orang dewasa. Kita sebagai pendidik dalam homeschooling juga mesti belajar kerana ingin mengajar sesuatu ilmu buat para pelajar (anak-anak). Memang berbeza dengan kurikulum persekolahan biasa, kurikulum homeschooling tiada batasnya. Kami bebas meneroka tanpa ada kongkongan dan bebanan kerja sekolah yang.
Sebenarnya pembelajaran sebeginilah yang lebih mencabar dan real. Apa yang dipelajari memang apa yang sepatutnya kita tahu untuk hidup secara praktikal. Homeschool tidak akan mengajar dan menyuruh anak-anak menghafal perkara yang bakal dilupakan begitu sahaja. Sistem peperiksaaan persekolahan biasa memang memperangkap pelajar untuk belajar hanya untuk dapat keputusan yang baik. Selepas exam...ilmu itu hilang kerana hafalan yang tak ada makna. Kita sendiri sudah melaluinya dan sebagai buktinya, cuba tanya mereka yang sudah meninggalkan alam persekolahan setahun dua. Pasti akan tersenyum hambar kerana tiada apa yang tinggal dalam benak minda. Manakala homeschool banyak mendedahkan anak-anak kepada ilmu praktikal kehidupan yang akan mereka master dari hari ke sehari. Kami memperkenalkan bidang perniagaan dari kecil lagi. Kami mengajar cara mengendali perniagaan online kami dan memberi tugasan yang tetap bagi setiap pelajar agar mereka bertangguh jawab memperkembangkan perniagaan keluarga. Memang inilah yang akan mereka lakukan kelak untuk menyara kehidupan mereka tetapi dengan perniagaan yang lebih hebat dan lebih profesional..
1- Mengenal berbagai-bagai jenis loghat di Malaysia. Yang paling mereka susah nak ikut ialah loghat Kelantan. Maklumlah lidah mereka dah pekat dengan longat Kedah yang sangat berbeza sebutannya.
2- Arif dalam membaca peta dan tanda-tanda di atas peta dan mengingati nama tempat dan sungai yang dilalui.
3- Mengenal pasti akan kaitan jenis tanaman yang ditanam oleh peduduk setempat dengan bentuk muka bumi contohnya kelapa dan tembakau di Kelantan dan Trengganu manakala nenas dan kelapa sawit di Johor.
4- Merasa makanan istimewa setiap negeri yang berbeza-beza seperti Nasi Kerabu Hitam di Kelantan, Nasi Dagang di Trengganu dan Nasi Ambeng di Johor.
5-Mengenal musim dan jenis angin yang bertiup di Malaysia seperti Musim Tengkujuh di Pantai Timur yang dipengaruhi oleh Monsun Timur Laut yang bertiup dari November hingga Mach. Manakala Monsun Barat Daya pula bertiup dalam bulan Mei hingga September. Sebab itulah lautan sangat bergelora macam nak telan orang semasa kami mengunjungi Pantai Paka dan Pantai Dungun.
Berhenti di sini seketika
**
Akhirnya kami memasuki territory negeri Melaka yang penuh dengan sejarah
Wira-wira kami menyusur jalan yang betul-betul berada di persisiran pantai. Kiri kanan jalan penuh sesak dengan pengunjung. Meriah betul ...macam pasar malam. Kami tercari-cari homestay yang telah kami book melalui internet. Di sepanjang jalan kami dapati bayak resort-resort yang disediakan untuk para pengunjung seperti Islah Beach Resot dan Chalet Darul Aslah. Kami pula lebih suka pada suasana yang lebih privasi dan agak terpencil.
Ketibaan kami di sambut oleh bangunan penguat kuasa di daerah ini. Satu
petanda baik bahawa keselamatan para pengunjung akan di pantau dengan baik.
Beginilah suasana santai dan mesra di Pantai Padang Kemunting. Gerai makanan dan
restoran open air ada di mana-mana sepanjang pantai. Mata menikmati keindahan ciptaan
Allah dan lidah pula menikmati kesedapan hidangan. Satu gabungan yang cukup sempurana.
Semoga segala nikmat ini dapat mendekatkan lagi diri kita dengan Maha Berkuasa.
Pepohon yang besar dan rendang ini adalah antara tarikan utama pantai yang bersih ini.
Suasana yang sangat berbeza dengan pantai-pantai di sebelah timur tanahair yang dihiasi oleh
pepohon kelapa. Yang paling menarik hati ialah terdapat banyak buaian daripada tayar seperti di atas digantung pada pokok-pokok yang rendang dan gagah di sepanjang pantai ini. Taman permainan yang sangat asli bagi kanak-kanak yang pasti tak akan melepaskan peluang untuk berbuai dalam tiupan bayu Selat Melaka. Dari kejauhan kelihatan beberapa kapal besar menyusur selat yang paling sibuk di dunia ini.
Lautan yang terbentang luas ini boleh menenangkan fikiran yang kusut.
HOMESTAY DERUAN OMBAK
Pemilik rumah ini menyambut kedatangan kami dengan senyum lebar.Tanahnya yang luas itu didirikan 2 buah rumah sebagai homestay dan sebuah sebagai tempat tinggal sekeluarga. Bagus juga idea begini kerana dalam usia yang hampir mencecah 80an, pak cik ini masih berupaya menjana pendapatan yang lumayan.
Seberang jalan itulah Pantai Padang Kemunting yang cantik tu...Dari rumah ini, kita dapat menikmati keindahan pantai yang terbentang pasir memutih dan menikmati alunan ombak yang tiada hentinya.
Terdapat 2 buah bilik tidur yang besar yang dilengkapi dengan sebuah katil bujang dan sebuah katil bersaiz besar. Mana ahli yang tak muat tu...masih banyak ruang untuk dijadikan tempat tidur kerana terdapat ruang tamu yang luas dan beranda mengadap Selat Melaka.
AKTIVITI DI PANTAI PADANG KEMUNTING
Oleh kerana pasar agar jauh dari tempat ini, kami memutuskan untuk beli sahaja segala makanan dari gerai-gerai yang berderet sepanjang jalan tepi pantai ini. Dengan itu kami ada banyak ruang masa untuk meronda-ronda sepanjang pantai dan menikmati keindahan matahari terbit selepas solat subuh. Memang indah dan membuka minda. Teringat kampung halaman nan jauh dimata, Kampung Bakau Tepi Laut yang sangat dirindui. Menikmati keindahan matahari terbit dengan menghirup secawan kopi panas di atas beranda belakang adalah kegemaran Hafidz. Selalunya kamera pasti berada disisi, bersedia untuk merakam sebarang burung yang dapat dikesani terutamanya Sang Helang.
Oleh kerana kedudukan pantai yang hanya beberapa langkah dari DERUAN OMBAK,
kami bebas ke pantai bila-bila masa sahaja. Kedudukan homestay yang agak
jauh dari tempat tumpuan ramai, memberi privasi kepada kami sekeluarga.
Tidak sempurnalah sekira bersantai di tepi pantai tanpa makan-makan. Bila makan beramai-ramai begini...memang berselera. Makanan tak berapa sedap pun jadi sedap. Kalau makanan yang sedap....lagilah cepat habisnya.
Inilah saat-saat yang sangat indah dalam dunia kanak-kanak.
Inilah empat orang pelajar FCUHOMESCHOOLING yang banyak menceriakan perjalanan kami dengan kerenah mereka. Memang banyak pengalaman yang mereka kaut sepanjang perjalanan ini. Yang paling teruja ialah melihat perkembangan Alyssa yang hanya boleh merangkak ketika kami keluar dari Langkawi. Ketika di Pantai Paka, dia boleh melangkah sebanyak 3 tapak tapi masih tidak dapat berdiri dengan tegap. Di Deruan Ombak inilah dia mula dapat berdiri sendiri dengan tegap sekali. Syabas Alyssa !!!
Alhamdulillah...aktiviti homeschool masih dapat diteruskan sepanjang musafir panjang ini.
Setiap kali kami sampai dimana-mana persinggahan, ada sahaja aktiviti yang menarik untuk
anak-anak. Kali ini Afiq dan Afiqah buat "story telling" mengenai apa yang mereka
nampak di sepanjang perjalanan.
Berbagai-bagai peristiwa yang terlekat di benak fikiran mereka diluahkan.
Seringkali penyampaian mereka sangat lucu dan mencuit hati hingga kami semua
ketawa. Kehadhiran mereka sungguh membahagiakan.
Alyssa juga ingin turut serta dalam penceritaaan ini. Oleh kerana Alyssa tak dapat
berdiri dengan betul atas kerusi, dia duduk dalam baldi mendengar abang dan
kakaknya bercerita.
Giliran Alyssa pula bercerita. Semua orang teruja untuk mendengarnya tapi
Alyssa hanya senyum meleret. Memang dah banyak cerita yang telah dirakam
dalam otaknya tapi Alyssa masih tidak petah berkata-kata. Your time will come
my dearest little princess.
Afiqah sedang melukis pelangi yang dia lihat semasa dalam perjalanan ke Melaka
Alyssa menunjukkan minat belajar yang tinggi dan pasti tidak akan ketinggalan untuk sama-sama join aktiviti homeschool. Seringkali dia akan cuba dapatkan apa yang Afiq dan Afiqah sedang pegang dan pasti sekali dia akan menangis bila gagal.
Walaupun dalam perjalanan, FCUPRODUCTION tetap beroperasi dan
sememangnya banyak kerja perlu dikendalikan untuk menghasilkan sesebuah video.
DEAR READERS!!
YOUR POSITIVE COMMENTS ARE HIGHLY APPRECIATE.
♥♥♥ FCU MALAYSIAN HOMESCHOOLING ♥♥♥