(GUIDANCE CORNER)
MEMORI KHAS BUAT TATAPANMU WAHAI PENJAGA LANGKAWI
SANG RAMBULAN MENJADI SAKSI
Pengalaman
indah di Machap meninggalkan kesan yang mendalam dalam sanubari. Tidur
di bawah sinaran purnama yang jelas dapat dilihat dari tingkap kedua-dua
wira. Sebelum mata terlelap, angin dingin malam yang menyemburkan embun
jantan di hujung dedaun pokok hiasan sekitar Kawasan Rehat Machap
mengulit lembut kami semua. Nikmat yang tiada nilainya kerana peluang
tidak selalu datang. Ini betul-betul rasa berdagang.
Selepas solat subuh dan tanah sudah cerah, kami pun memulakan satu lagi perjalanan panjang di sepanjang Pantai Barat Malaysia. Namun berlainan sekali dengan perjalanan sepanjang Pantai Timur Malaysia dimana kami sudah tahu sedikit sebanyak agenda perjalanan. Di setiap perhentian, ada sahaja warga Kelantan dan Trengganu menyambut kedatangan kami dengan layanan yang amat istimewa dan manis sekali. Perjalanan kali ini betul-betul atas susunan Allah dan kami cuba mengintai-intai kemanakah takdir membawa kami . GM juga menanti gerak hati kearah manakah wira-wira kami akan menyusur jalan.
PENGGUNAAN GPS OLEH PELAJAR FCUHOMESCHOOLING
Akhirnya intaian kami bersuluh bila GM mengarahkan GPS diamati ke arah Batu Pahat. Kalau dahulu, pembelajaran penggunaan GPS hanyalah secara teori sahaja kerana pelajar FCUHOMESCHOOLING jarang keluar ke tanah besar. Malah semasa dalam perjalanan sepanjang Pantai Timur juga, GPS tidak kerap digunakan kerana jalan rayanya tidak bersimpang siur seperti di sepanjang Pantai Barat Malaysia.
PEMBELAJARAN DI SEPANJANG MUSAFIR PANJANG:
1) Penggunaan teknologi moden GPS di iphone.
2) Mengenal tanda-tanda jalan di sepanjang perjalanan di jalan raya.
Inilah antara tanda-tanda jalan yang telah dirakam oleh Hafidz ketika wira-wira kami menyusur dalam perjalana di Pantai Timur.
EXIT 1505 adalah Expressway exit number bagi
Persimpangan Tasik Mengkuang
EXIT 1715 adalah Expressway exit number untuk Highway
Pasir Gudang.
Persimpangan Tasik Mengkuang
EXIT 1715 adalah Expressway exit number untuk Highway
Pasir Gudang.
PULAU PINANG
3) Memahami simbol jalan raya di Malaysia
Apabila anak-anak sudah tahu erti simbol-simbol di sepanjang jalanraya, mereka tertunggu-tunggu untuk melihat simbol-simbol ini ketika wira-wira kami meluncur laju. Masing-masing cuba memberi jawapan yang betul. Yang paling teruja ialah Afiqah dan Afiq. Mencari simbol ini menjadi satu aktiviti yang menyeronokkan bagi mereka.
4) Mengenal pasti tempat penginapan, bandar dan jalan-jalan yang dilalui yang tertera di dalam peta di goggle map. Peta adalah umpama sahabat karib kepada perjalanan ini. Tanpa peta, pengembara bagaikan buta, tidak dapat mengetahui lokasi mereka. Biasanya sebaik sahaja kami sampai di mana-mana homestay, aktiviti membaca peta pasti tidak ketinggalan. Semoga tempat-tempat yang sudah kami berkunjung akan terus kekal dalam ingatan mereka dan menjadi satu memori yang indah dalam hidup mereka.
PANTAI MINYAK BEKU
Pertama sekali, pastilah kami mencari-cari tempat penginapan untuk melabuhkan segala barangan dan meregangkan segala otot-otot setelah sekian lama berada dalam perut wira-wira jagoan kami. Sudah tentu tempat pelancongan di tepi pantai menjadi pilihan. Akhirnya GM memilih untuk bertamu di Pantai Minyak Beku.Tertanya-tanya para pelajar homeschool kami akan nama unik ini. Bermacam-macam spekulasi dari para pelajar homeschool hingga tersengih-sengih kami semua dibuatnya. Ada yang kata sebab minyak jadi beku pada malam Lailatul Qadar. Ada yang kata glasier sesat ke Batu Pahat dan menyebabkan minyak kapal jadi beku. Macam-macam.....
SEJARAH BATU PAHAT
Asal usul nama Batu Pahat disusur kembali melalui legenda abad ke-15 apabila tentera Siam menyerang tempat batu yang dipahat di kampung Minyak Beku bagi mendapatkan bekalan air bersih semasa pengunduran mereka. Ketika itu, mereka sedang dikejar oleh tentera Melaka pimpinan Tun Perak, bendahara dari kerajaan Kesultanan Melayu Melaka. Pada tahun 1456, tentera Siam yang dipimpin oleh Laksamana Awi Di Chu telah menduduki Batu Pahat dahulu sebelum menyerang Melaka. Menurut kisah lain, selepas Portugis menduduki Melaka, dipercayai bahawa batu-batu granit yang digunakan untuk membina Kota A Famosa diperoleh daripada muara Sungai Batu Pahat. Maka bandar Batu Pahat mendapat namanya daripada "batu yang dipahat" di muara itu.
PERIGI BATU PAHAT terletak di Kampung Minyak Beku
( sumber: goole )
BANJIR KILAT AIR MASIN
Kami check in RESORT PANTAI MINYAK BEKU pada 9.15 pagi. Sebaik sahaja wira-wira kami masuk ke perkarangan resort, kami semua terkejut kerana sebahagian jalanraya dinaiki air termasuk tempat letak kereta. Tak mungkin banjir telah melanda kerana kami bukan berada di Pantai Timur dan cuaca di kawasan ini tidaklah hujan. Kebingungan....Suasana di sekeliling masih lengang kerana masih awal pagi dan kebanyakan penghuni resot ini sedang beristirehat di kamar masing-masing. Akhirnya kami mendapat penjelasan dari pihak pengurusan resot bahawa ombak besar telah melanda dan air yang diharungi oleh wira-wira kami adalah air laut. AIR LAUT ???? Nampaknya kami kena mandikan wira-wira kami secepat mungkin agar tak berkarat. Kami masih tidak mencium sebarang bala petaka berkaitan air ombak besar itu kerana situasi begini sering berlaku di kampung halaman kami di Langkawi ( STATION 1 FCU ). Kiranya normal untuk sekali sekala ada air laut pasang hingga ke halaman rumah kerana rumah kami terletak di tepi laut. Sebenarnya hal ini jarang berlaku di RESORT PANTAI MINYAK BEKU !!!
Bonsai-bonsai yang kami kutip di sepanjang perjalanan Pantai Timur diletak di halaman chalet agar dapat sinaran matahari. Setelah puas berehat dan makan tengahari, kami pun mula meronda-ronda di sekitar Pantai Minyak Beku. Resort ini terletak tidak jauh dari pantai dan berhampiran dengan TERMINAL FERI MINYAK BEKU.
Inilah medan selera di Pantai Minyak Beku yang masih lengang ketika ini. Waktu ini jam baru pukul 4.30 petang. Medan selera ini akan penuh dengan pengunjung apabila malam menjelang tiba hinggalah kepagi. Suasana lengang begini sangat sesuai buat kami sekeluarga. Adalah privacy untuk buat macam-macam aktiviti.
Aktiviti yang paling seronok bila berkelah bersama keluarga ialah BBQ. Kali ini kami panggang ayam, sotong dan kerang. Tempat membakar tu....kami sewa dari salah seorang pemilik gerai di medan selera dengan harga RM30. Kami cicah dengan cili sos sebab tak ada kemudahan nak buat pencicah lain. Namun begitu, rasanya sangat sedap...terutamanya bila perut sudah lapar. Alhamdulillah.....
Makan panas-panas memang sedap. Apalagi bila makan beramai-ramai . Habis satu hidangan, sampai pula hidangan yang lain. Sedar-sedar, bahan yang nak dibakar pun dah tinggal sikit. Nampaknya tukang bakar juga kepanasan dan kelaparan. Sabarlah Hafidz....okey. Bagi orang lain pula jadi tukang panggang !!!
Berkelah di tepi pantai mengadap Selat Melaka. Bila cuaca sangat baik, dapat lihat kelibat Sumatera dari kejauhan. Waktu ni...jam 5.00 petang dan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Sangat nyaman sekali....
Ayam, sotong dan kerang bakar dah habis dimakan. Perut dah kenyang dan hati sangat riang. Alhamdulillah...
Crew FCUPRODUCTION tak pernah lekang dari kamera. Baik dalam kereta, mahupun ketika makan. Segala peristiwa sepanjang perjalanan ini pasti akan dirakam untuk dijadikan video khas buat musafir panjang yang penuh erti ini. Aktiviti main sepak raga di waktu petang tak pernah ketinggalan kecuali hari hujan . Dimana sahaja perhentian, pasti tak lepas peluang untuk beriadah.
Di sinilah Alyssa mula belajar melangkah dan aktiviti ini membuat semua orang teruja.
Dia berjaya melangkah 3 tapak tetapi masih perlu sokongan dari orang yang tersayang.
Bangunan ini adalah sebahagiana dari Terminal Feri Minyak Beku.
Ini adalah bahagian belakang bangunan.
Proses pembelajaran adalah satu proses yang natural sejak dari zaman Nabi Adam lagi. Bagi kami, untuk belajar kita tidak semestinya ada buku, pensel dan bilik darjah. Oleh kerana sudah terbiasa dengan cara pembelajaran dalam bilik darjah seluas alam, Afiqah hanya memerlukan laman pasir sebagai buku dan ranting kayu sebagai pensel untuk menterjemahkan apa sahaja idea dalam benak fikirannya. Memang santai !
Di belakang sana adalah laluan untuk para pengguna menaiki feri. Pembukaan Terminal Feri Minyak Beku yang bernilai RM8 juta pada Mei 2007 telah meningkatkan lagi interaksi ekonomi di antara kawasan di Koridor Pantai Barat Johor dengan Kepulauan Riau, Indonesia seperti Karimun dan Pulau Batam. Ini adalah pintu masuk yang ketiga negara di Koridor Pantai Barat Johor selepas Stulang Laut di Johor Baharu dan Jeti Kukup di Pontian. Pembukaan ini pasti menjadikan industri pelancongan mengalami perkembangan yang pesat sekali terutamanya bagi Bati Pahat.
Pulau Karimun dan Pulau Batam adalah dua destinasi yang paling popular oleh para pengguna feri di TERMINAL FERI MINYAK BEKU. Rupanya kedudukan STATION 2 FCU adalah lebih dekat dari terminal feri ini.
Pulau Karimun dan Pulau Batam adalah dua destinasi yang paling popular oleh para pengguna feri di TERMINAL FERI MINYAK BEKU. Rupanya kedudukan STATION 2 FCU adalah lebih dekat dari terminal feri ini.
Selain dari Terminal Feri Minyak Beku, rakyat Malaysia juga boleh menggunakan khidmat Terminal Kukup di Pontian untuk ke Karimun. Pelayaran dari Terminal Minyak Beku ke Tanjung Balai Karimun akan berlepas pada jam 10.30 pagi. Sebaliknya pelayaran dari Tanjung Balai Karimun ke Terminal Feri Minyak Beku adalah pada pukul, Pelayaran ini hanya mengambil masa 30 minit sahaja. Harga tiket laluan sehala ke Tanjung Balai ialah RM70 tetapi jika membeli tiket pergi balik, penumpang hanya perlui membayar RM95 untuk dewasa manakala untuk kanak-kanak RM35 sehala dan RM50 untuk dua hala.
FAKTA: Karimun
Feri di atas dalam persediaan untuk mengambil penumpang mengikut
jadual yang telah ditetapkan.
TSUNAMI KECIL MELANDA PANTAI TIMUR TANAHAIR
( AHAD ) 25-12-2011
Selepas solat Isyak, kami menonton Berita Perdana TV3 sambil makan malam. Terkedu sebentar apabila menonton peristiwa ombak besar yang melanda Kelantan dan Trengganu yang dipaparkan di screen tv. Baru
kelmarin ( SABTU ) kami bermalam di GREENHOUSE HOMESTAY di Paka Trengganu. Jalan-jalan yang teruk di landa ombak besar baru sahaja kami lalui dan pemandangan indah pantai Trengganu masih segar dalam ingatan. Semuanya musnah...jadi padang jarak padang terkukur.
Masih teringat hasrat kami untuk berkhemah di salah sebuah pantai yang teruk dilanda ombak besar itu. Tujuannya adalah untuk mencari bonsai cucur atap dan bebuas yang banyak terdapat di sekitar pantai Trengganu dan Kelantan. Oleh kerana sudah ada temu janji dengan ayahanda dan bunda Alyssa, kami terpaksa lupakan hasrat untuk adveture sekeluarga itu. Alhamdulillah...Allah selamatkan kami dan sememangnya kami sentiasa berdoa agar dijauhkan segala bala petaka sepanjang perjalanan. Begitulah tersembunyinya segala hikmah disebalik segala peristiwa. Meremang bulu roma bila mengingatkan bayangan
orang hayut dilambung ombak semasa peristiwa tsunami 2004 dulu. Pohon perlindungan dari Allah....
BACHOK - Lebih 30 calet dan pusat peranginan yang diusahakan penduduk
tempatan di kawasan sepanjang lima kilometer bermula dari pesisiran
Pantai Irama hingga ke Pantai Kandis dekat sini kini diancam hakisan
akibat kejadian ombak besar dan angin kencang yang melanda sejak empat
hari lalu.
Keadaan itu membimbangkan pemilik dan pengusaha pelancongan yang
bakal berdepan kerugian puluhan juta ringgit sekiranya air pasang besar
yang berlaku pada setiap malam itu menghakis serta merosakkan calet
berhampiran dengan pantai terbabit.
( sumber: KOSMO )
DUNGUN – Ribuan penduduk pesisir pantai di daerah ini panik apabila kawasan tempat tinggal mereka
dipukul ombak akibat fenomena air pasang besar sejak seminggu lalu. Kesan daripada kejadian itu mengakibatkan jalan raya yang
menghubungkan Pantai Teluk Lipat ke Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Kampus Dungun runtuh selepas dipukul ombak besar. Fenomena luar biasa itu yang turut diibarat sebagai ‘tsunami kecil’
oleh penduduk tempatan dianggap sebagai kejadian paling buruk yang
pernah berlaku di daerah tersebut. Selain runtuhan jalan raya, puluhan pokok ru di sepanjang pesisir
pantai berkenaan turut menyembah bumi sehingga mengancam keselamatan
penduduk setempat.
( sumber: KOSMO )
PANTAI TELUK LIPAT- DUNGUN : Ombak besar membadai pantai di peraiaran pantai timur..
antara yang teruk terjejas adalah pantai teluk lipat di dungun terengganu..
ombak besar ini berlaku pada malam 25/12/2011..
ombak besar yang berlaku ni adalah yang terburuk setakat ini..
( sumber: http://jombelajarlagii.blogspot.co )
Sementara itu, PANTAI CAHAYA BULAN di Kelantan turut terjejas dengan fenomena bekembar itu. Ratusan
pengunjung yang sedang menjamu selera, cemas apabila ombak besar
melepasi benteng dan memasuki kedai makan di pesisir pantai itu malam
tadi. Kejadian membabitkan 30 peniaga, kedua-selepas 2004 sewaktu Tsunami melanda Asia. Fenomena air pasang besar selama tiga jam, menyebabkan rata-rata kedai dimasuki air setinggi 0.3 hingga 0.5 meter.
( sumber: KOSMO )
( 26-12-2011 )
Bermalam di RESORT PANTAI MINYAK BEKU.
Hening malam....bertemankan bacaan ayat suci Al- Quran ,saat melelapkan mata dan diulit mimpi yang indah. Mimpi yang membuat kita segar keesokan hari. Esok pasti ada perhitungan. Kearah mana dan di bumi manakah yang bakal kami bertamu. Cuba-cuba mengintai aturan Allah.