INDONESIAN CUISINE:
Tumis Tongkol Bumbu Kuning Kemangi Pedas
FILIPINO CUISINE:
Ginataang Kalabasa at Sitaw (Butternut Squash and Yard Long Beans in Coconut Milk)
Gandingan yang membuka selera
That's what I mean...to create a totally different aura on our table...by combining two different cuisines in one meal. Actually, the ingredients are very basic and cheap...just like our local cuisine. But the aura of the cuisine itself that make everything so interesting. So the key word of what I'm trying to express here is INTERESTING....Yes, we make the whole thing... "the meal on the table" interesting for the whole family especially our children to wonder....where is Philippine and Indonesia? Better get a globe on the table, make it easy for us to show them... haha...
TUMIS TONGKOL BUMBU KUNING KEMANGI PEDAS
Bahan-bahannya:
Ikan tongkol 1/2 kg (digoreng tidak garing)
Minyak 1/4 kg untuk menggoreng dan menumis.
1 batang besar daun bawang (dipotong 1 inci panjang)
1 biji tomato besar (dipotong baji)
2 labu bawang besar (didadu kasar)
Sedikit air asam jawa (masamnya ikut selera anda)
Segenggam daun kemangi/selasih/ thai basil
200 ml air (kepekatan kuahnya ikut selera)
Gula merah 1 sudu besar
Garam secukup rasa
Bahan kisar halus:
Bawang merah 4 ulas
Bawang putih 2 ulas
Buah keras 4 biji
Kunyit hidup 1 ruas
2 batang serai
2 batang serai
Lengkuas 1 cm
Ketumbar biji 1 sudu besar
Cili padi merah 10 biji
Cili besar merah 2 (satu untuk dikisar dan satu untuk dipotong menyerong)
Cara Membuat Tumis Ikan Tongkol Bumbu Kuning Kemani Pedas :
1) Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar yang telah didadu. Apabila sudah harum semerbak baunya dan berwarna perang, masukkan bahan kisar dan tumis hingga pecah minyak.
2) Masukkan ikan yang telah digoreng separa garing itu dan sebatikan dengan rempah yang telah ditumis. Masukkan gula merah (gula putih pun boleh) serta garam. Masukkan air asam jawa ikut selera masamnya.
3) Sebelum tutup api dapur, masukkan daun kemangi dan kacau hingga agak layu. Tutup api dapur dan taburkan tomato yang telah dipotong baji serta hirisan cili besar merah. Kacau perlahan-lahan agar ikan tidak hancur.

Ikan separa garing
Daun kemangi atau selasih ini memang mempunyai bau yang kuat.
Keharuman bau daun inilah yang memberi personaliti kepada masakan ini.
Keharuman bau daun inilah yang memberi personaliti kepada masakan ini.
Tumis Tongkol Bumbu Kuning Kemangi Pedas
GINATAANG KALABASA AT SITAW
(Butternut Squash and Yard Long Beans in Coconut Milk)
Bahan-bahannya:
10 urat kacang panjang muda
1 capsicum merah besar (optional..tapi rasanya lebiah sedap)
Setengah biji sedang labu (dipotong dadu besar dan direbus separuh masak. Airnya jangan dibuang kerana akan digunakan sebagai kuah)
4 ulas bawang putih (cincang halus)
2 ulas bawang merah (mayang)
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu besar curry powder
Minyak untuk menumis
1 inci lengkuas (diketuk)
Sebesar ibu jari belacan
400 ml santan1
1 sudu besar gula merah
garam sesedap rasa
Cara-caranya:
1) Panaskan minyak dan tumis bawang putih yang telah dicincang halus. Setelah harum, masukkan bawang yang telah dimayang. Tumis hingga kedua-duanya perang.
2) Masukkan serbuk kari dan lada hitam serta belacan yang telah dibancuh dengan sedikit air. Apapabila sudah harum, masukkan santan dan kacang panjang. Masukkan lengkuas yang telah diketuk ke dalam kuah dan masak dengan api sederhana. Masak hingga kacang panjang bertukar warna jadi lebih terang.
3) Masukkan labu dan kuahnya yang agak pekat itu kedalam periok. Masukkan gula merah dan garam secukupnya. Apabila kacang hijau dah hampir masak, tutup api dapur dan terus mengacaunya agar santan kekal cantik dan tidak berketul. Kacau buat seketika hingga
santan sudah stabil.