GABUNGAN LAUK PAUK HARIAN 5:
INTERNATIONAL CUISINE (BRAZILLIAN DISHES):
Moqueca Baiana
INTERNATIONAL CUISINE (INDONESIAN DISHES):
Ikan Kembong Bakar Bumbu Pedas
Salam sejahtera buat ibu-ibu di luar sana. Bagaimanakan perkembangan pembelajaran anak-anak semua. Mengajar sendiri di rumah sememangnya sangat mencabar penggunaan ruang masa kita. Segala aktiviti menyelenggara rumahtangga terutamanya menyediakan makan minum seharian terpaksa di rancang sebaik mungkin agar proses homeschooling tidak tergendala. Saya sendiri sering buntu memikirkan apakah sajian seterusnya supaya keluarga kita tidak rasa jemu kerana menyantap sajian yang hampir sama setiap hari. Justeru itu, GANDINGAN LAUK PAUK HARIAN ini saya nukilkan khas buat rujukan saya sendiri dan juga buat para ibu-ibu yang sibuk dengan menyelenggarakan homeschool setiap hari.
Moqueca Baiana
Sajian ini sangat mudah dan murah. Rasa dan rupanya seakan-akan gulai kari kita tetapi dalam versi Brazil. Sajian ini tidak menggunakan rempah kari, sebaliknya rasa capsicum, daun ketumbar dan serbuk jintan putih serta masam tomato menyerlahkan personalitinya. Memang sedap dan penuh dengan fibre yang diperlukan oleh anak-anak yang membesar. Rasanya tidak pedas. Namun begitu sekiranya puan sekeluarga adalah peminat makanan pedas, tidak salah kita menambah beberapa biji cili api sebagai penyudahnya. Saya sudah nukilkan resepinya dalam entri
Sebagai penambahan kepada resepi di atas, kali ini saya masukkan beberapa biji bendi. Rasanya masih sama kerana bendi tidak mempunyai rasa yang dominant. Bendi adalah sayur kegemaran anak-anak. Dengan ini mereka sudah jatuh cinta dengan Moqueca Baiana sama seperti cintanya pada gulai kari. Semoga sajian ini menambahkan CINTA KEPADA ALLAH.
INTERNATIONAL CUISINE (INDONESIAN DISHES):
Ikan Kembong Bakar Bumbu Pedas
Sememangnya Malaysian dan Indonesia adalah serumpun. Bahasa kita juga sama cuma ada sedikit kelainan.Kita masih dapat memahami apa yang diperkatakan sekiranya kita pergi melancong ke Indonesia, sama seperti warga Indonesia yang melawat negara kita. Maka tidak hairanlah makanan kita seakan sama. Namun, jika diteliti dengan halus, sememangnya ada kelainan dari segi penggunaan bahan. Ikan Kembong Bakar Bumbu Pedas ini juga nampak seperti biasa seperti yang kita selalu nikmati. Namun penggunaan bahannya nyata ada perbezaan seperti daun serai, daun kemangi, daun salam dan kemiri.
Ikan ini sangat istimewa kerana gandingan berbagai jenis daun seperti daun serai, daun bawang, daun kemangi (selasih), daun salam dan balutan daun pisang membuatkan rasanya sangat berlainan dari ikan bakar biasa. Walla....super delicious! Adakah anda peminat makanan exotic ? Bagi saya ikan bakar ini memang boleh dimasukkan dalam kategori itu. Cubalah....pasti anda jatuh cinta.
Bahan-bahannya:
6 ekor ikan (borek, pelata, selayang)/ 8 kepingan ikan besar
1 biji limau nipis
garam secukupnya
1 sudu gula untuk mengimbangi rasa pedas dan masin
daun pisang secukupnya yang telah dilayur terlebih dahulu
lidi atau pencongkil gigi untuk menyemat
1) Bahan untuk dikisar halus:
1 cm lengkuas
5 biji buah keras
1 ruas jari kunyit hidup
8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
15 biji cili api merah (ditambah jika mahu lebih pedas)
1 kiub ayam knorr (optional)
2) Bahan yang dicampurkan dalam bahan yang telah dikisar di atas:
2 daun bawang, dipotong 1 inci panjang
4 daun salam (saya guna daun salam kering..bay leave)
Segenggam daun selasih (thai basil)
2 helai daun serai yang disimpul
Cara-caranya:
1- Kelar ikan beberapa tempat yang sesuai untuk memastikan rempah masuk kedalam isi ikan. Tetapi awas jangan sampai hancur isi ikan dan ikan sudah tidak nampak cantik ketika menghidang.
2- Masukkan bahan kedua di atas kedalam bahan kisar. Sapu bahan yang telah disatukan itu kepada semua ikan dengan rata dan sebatikan rasanya. Tipsnya jangan terlalu masin kerana akan menghilangkan rasa manis ikan. Begitu juga dengan rasa masamnya jangan terlalu kuat hingga hilang rasa asli rempah. Perap ikan selama 10 minit.
3- Bungkus ikan dengan daun pisang satu persatu. Bakar ikan hingga masak. Biasanya mengambil masa selama 20 minit.
Gandingan yang lengkap dan menyelerakan
Hidang panas-panas. Heaven!! Tiada tandingan masakan air tangan sendiri jika
dibandingkan dengan hidangan hotel 5 bintang.
Pasti sekali doa sebelum makan akan ,melengkapkan hidangan ini dan doa selepas makan mencantikkan lagi kehidupan kita. Semoga rezeki Allah ini menjana segala aliran darah
dan urat saraf kita sekeluarga kearah menjadi insan yang mengenali
Pemberi Yang Maha Pemurah. Amin.