TRANSLATE THE BLOG TO YOUR LANGUAGE
English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Sabtu, 14 Januari 2017

GANDINGAN LAUK PAUK HARIAN 6 (MEEN POLLICHATHU DAN JAPCHAE)



GABUNGAN LAUK PAUK HARIAN 6:

INTERNATIONAL CUISINE (INDIAN DISHES):
Meen Pollichathu

INTERNATIONAL CUISINE (JAPANESE DISHES):
Japchae



Warnanya memukau pandangan dan pastinya selera juga terbuka untuk menikmatinya. Gandingan ini bukan sahaja sihat untuk disantapi malah ianya juga penuh dengan cita rasa kelainan budaya namun cukup serasi bila disatukan. Penceritaan bagi setiap budaya yang berbeza ini kepada anak-anak sememangnya akan mencetus rasa ingin tahu mereka kepada negara asal juadah yang dihidangkan. Masih saya ingat semasa saya membuat homeschooling cooking class kepada Hafidz dalam tahun 2011. Dalam entri HEI..LET'S TRAVEL WITH ME TO INDIA TO EAT DELICIOUS THOSAI, Hafidz meminta untuk saya mengajarnya tentang India.

Sememangnya saya yang memasak tetapi point yang paling penting ialah mengajak anak-anak turut sama mengambil bahagian dalam aktiviti memasak itu. Di sinilah letaknya kecantikan pembelajaran homeschool dimana kita bukan sahaja mengajar anak-anak dimeja tulis tetapi kita membuka scop pembelajaran kepada syllabus yang tiada tepinya. Bukankan ini akan menghasilkan generasi yang berfikiran luas dan tahu segala ilmu asas kehidupan.


INTERNATIONAL CUISINE (INDIAN DISHES):
Meen Pollichathu



Meen Pollichathu





Antara bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan Meen Pollichathu


Bahan-bahannya:
8 ekor ikan (sebarang ikan/8 kepingan ikan besar)
Minyak untuk menggoreng dan menumis
Daun pisang (tidak perlu dilayur)


Bahan Perap Ikan:
2 sudu teh perahan limau (hanya bagi mereka yang suka rasa masam pada ikan)
1 sudu teh serbuk perasa ayam (optional)
2 sudu teh serbuk cili
1.5 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk kunyit
garam secukupnya


Bahan-bahan untuk menumis:
10 biji cili api merah (dipotong pendek-pendek. Kuantitinya boleh ditambah ikut selera)
6 ulas bawang putih (dicincang halus)
2 bawang besar (didadu)
1 inci halia (dicincang halus)
1/4 sudu teh biji sawi
1/4 sudu teh jintan putih
2 tangkai daun kari

Bahan Untuk Kuah:
1 cawan bawang merah (dimayang dan digoreng)
1 biji tomato (didadu)
1/4 serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk jintan manis
2 sudu besar garam masala ikan
1/2 cawan santan pekat
Gula dan garam secukup rasa

Bahan hiasan:

Daun ketumbar dipotong kasar


Homemade Masala Ikan:

1 cawan biji ketumbar
1.5 sudu besar biji jintan manis
2 sudu teh lada hitam
20 biji cili kering
1 sudu teh serbuk kunyit
Secekak daun kari

Cara-caranya:

1) Perap ikan selama 10 minit. Goreng ikan separa masak didalam kuali leper dengan minyak sedikit.
2) Di dalam kuali lain, tumis bawang putih dan halia hingga perang. Masukkan bawang besar dan cili     api dan tumis hingga bau wangi. Masukkan daun kari, jintan  putih dan biji sawi dan kacau dengan
 api perlahan.
3) Masukkan segala jenis serbuk rempah kedalam kuali bersama sedikit air dan kacau hingga pecah minyak. Akhirnya masukkan segala bahan yang selebihnya kedalam periuk. Kacau hingga sebati dan rasakan masam, manis dan masinnya sesedap rasa.



Sebarang ikan boleh digunakan termasuk kepingan ikan besar



Ikan diperap selama 10 minit



Ikan sepaara masak ini akan dibakar bersama kuah


HOMEMADE FISH MASALA:


Himpunan rempah-rempah yang digunakan



Digoreng tanpa minyak dengan api kecil sahaja agar rempah tidak hangit.




Garam Masala Ikan


PROSES MEMASAK
Bawang putih dan halia ditumis terlebih dahulu



Apabila kekuningan, masukkan cili dan bawang besar 




Gabungan rempah-rempah di dalam kuah




Rempah-rempah digoreng bersama bawang hingga garing.


Santan dimasukkan dan diikuti bawang goreng




Kemanisan bawang goreng yang ranguk ini menambah 
kelazatan masakan ini
.

PROSES MEMBAKAR
Daun pisang diletakkan di atas kuali pembakar ikan dan 
letakkan separuh dari kuah ke atas daun pisang




Susun ikan di atas kuah tadi




Tuang semua kuah  selebihnya keatas ikan




Tutup ikan dalam kuali pembakar dengan daun pisang



Tutup pembakar ikan tadi dengan penutupnya dan bakar dengan api 
yang kuat. Setelah 5 minit, bakar sebelah lagi ikan samaada dengan terbalikkan 
kuali pembakar atau terbalikkan ikan.


Memang sedap bakar ikan cara ini. Disamping kita tidak mengambil masa yang lama, ikan juga dapat dibakar dengan sempurna (tidak hangus)



INTERNATIONAL CUISINE (KOREAN DISHES):
Japchae

Ini adalah antara juadah Korea yang popular di atas meja makan kami. Setiap kali dihidangkan pasti licin. Malah kita boleh menjamu Japchae tanpa gandingan masakan lain kerana bahan-bahan yang digunakan sudah menepati satu hidangan yang seimbang dari segi kabohidrat, protein dan vitamin serta fibre.



Japche pasti dapat menawan hati anak-anak kerana warnanya yang terang dan menarik.


Bahan-bahannya:
-250 g Korean sweet potato starch noodles (saya guna suun)
-3 biji telor 
-1 batang lobak merah (kerat 2 dan dipotong memanjang dan nipis -juliened-)
-100 g kulat shiitake kering (rebus hingga lembut dan dipotong nipis-nipis. Tidak perlu perasakan dengan garam)
-Segenggam daun bawang (ambil bahagian hijau sahaja dan dipotong dua)
-5 bok choy ( setiap pelepah dipotong dua memanjang. Masukkan kedalam air tengah mendidih dan dimasukkan sedikit garam. Sebaik sahaja warna hijau bertukar makin terang, cepat-cepat alirkan bawah paip air mengalir agar suhu cepat turun dan warnanya tetap segar. Perah air hingga kering. Perasakan dengan sedikit garam sahaja.
-1 capsicum kuning yang besar ( dipotong memanjang nipis-juliened-)
-2 cili merah (dipotong memanjang nipis-juliened-)
-Setengah labu bawang putih (dicincang halus)
-3 sudu besar sos tiram
-Gula dan garam secukup rasa
-1 sudu besar minyak bijan (boleh kurangkan ikut selera)
-3 sudu besar biji bijan (digoreng tanpa minyak)
-sedikit minyak untuk menggoreng
-Fish cake (Digoreng dan dipotong memanjang. Optional)

Cara-caranya:
1) Rendam suun dengan air selama 10 minit. Toskan dan rendamkan dalam air panas 1 minit hingga lembut tapi kenyal. Toskan dan lapkan hingga kering. Perasakan dengan setengah sudu sos tiram.
2) Asingkan telor putih dan telor kuning. Masukkan sedikit garam dan lada sulah . Goreng dadar nipis dengan sedikit sahaja minyak dan dipotong memanjang seperti dalam gambar di bawah.


3)  Goreng sekejap kepingan capsicum dengan sedikit minyak. Toskan dan lap lebihan minyak dengan tuala bersih. Perasakan dengan garam. Proses yang sama dilakukan kepada lobak merah dan cili besar merah.
4) Tumis bawang putih dengan sedikit saja minyak hingga keperangan sahaja. Tutup api dapur. Masukkan sos tiram, garam dan gula secukupnya.
5) Masukkan semua bahan ke dalam mangkok besar dan tuangkan bahan tumis tadi. Gaul hingga sebati. 
6) Tuangkan minyak bijan dan biji lenga. Gaulkan hingga semuanya sebati dan seimbangkan rasanya hingga memenuhi selera anda
7) Hidangkan ke dalam pinggan panjang.

NOTE:
Sekiranya kita tidak memerah kering bok choy dan juga tidak lap lebihan minyak pada sayur yang digoreng, Japchae akan kelihatan berair ketika dihidang. Ini tidak sepatutnya berlaku kerana air itu akan menyebabkan Japchae tidak rangup dan lazat.



Japchae sangat popular di Korea 




Japchae




Gandingan yang pasti memuaskan selera anda.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...