TRANSLATE THE BLOG TO YOUR LANGUAGE
English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Selasa, 5 Jun 2012

HOMEMADE FCU PIZZA




STATION 1 FCU kembali meriah setelah hampir kesemua ahlinya berkumpul kembali( beberapa orang ditempatkan di STATION 2 FCU ). Pertama kali kami keluar Langkawi dalam SIRI PENJELAJAHAN SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA yang mengambil masa lebih dari dua bulan. Ketika itu hanya dua orang ahli ditugaskan menjaga segala urusan di STATION 1 FCU. Merekalah antara sebabnya siri ini ditulis dengan agak terperinci agar segala pengalaman kami dapat dikongsi bersama. Selain itu, siri ini adalah bahan rujuk pembelajaran kelas homeschooling kami. Memang banyak membantu. Yang paling penting, siri penjelajahan ini adalah merupakan antara sejarah istimewa FCU.

RESEPI PIZZA FCU


Beberapa tahun yang lalu, ketika lawatan kami sekeluarga ke Kuala Lumpur, pernah kami order pizza ketika makan di sebuah restauran. Harganya memang mahal walaupun piza tu...simple aje. Oleh kerana kami ramai, memang terasa jugalah wang dikeluarkan.

Bila balik ke Langkawi, kami cuba buat pizza. Wau...belanjanya memang tinggi kerana cheese di Langkawi sangatlah mahal. Tapi puas hatilah sebab boleh makan piza yang penuh dengan macam-macam atasnya. Oleh kerana anak-anak suka makan piza, kami pun reka resepi sendiri yang sedap tapi taklah keluar belanja yang tinggi.

Kali ini....buat cooking class dengan pelajar FCUHOMESCHOOL. Wah....bukan main seronok mereka. Oleh kerana dah banyak buat cooking class, Afiqah dan Afiq dah tak kekok dalam tugasan mereka. Banyak juga kerja yang dah dapat mereka lakukan dengan jayanya seperti potong memotong dan blend bahan-bahan yang diperlukan. Tujuan utama buat cooking class dengan mereka bukanlah nak jadikan mereka chef satu hari nanti.Yang paling penting mereka survive bila berjauhan dari keluarga dan persediaan awal buat Afiqah yang bakal menjadi seorang ibu kelak.





Kami nak buka puasa dengan pizza hari ini. Inilah antara bahan-bahan yang kami gunakan. Sebenarnya kita boleh guna apa sahaja yang sesuai dengan selera kita. Setiap kali buat piza, kami guna bahan yang 
sama sebab anak-anak dah suka.


Inilah kegemaran Afiqah iaitu play with dough. Baginya...ini adalah permainan dan bukan satu kerja. Masa proses buat roti ni...ajarlah sains tentang Yeast. Bagi dia peluang untuk adunkan yeast dengan gula dan air suam. Seronok betul dia apabila tahu yeast makan gula sebab dia memang suka makan gula. Dah besar ni...baru dia agak-agak bila makan benda manis sebab dah tahu pentingnya gigi yang sihat. Masa ni....Afiq tidur so...misslah dia cooking class.


RESEPI BUAT ROTI

-1 peket yeast 11 gm (saya guna jenama mauri-pan)
-1 sudu makan gula pasir untuk bancuh yeast
-1/2 cawan air suam untuk bancuh yeast
-1.5 kilo tepung serba guna
-1 sudu makan garam halus untuk bancuh dough
-1 biji telor
-1/2 cawan minyak panas.
-3 sudu makan gula untuk bancuh dough

cara-cara:
-Masukkan yeast kering ke dalam bekas dan oles dengan 5 sudu air biasa bersama gula. Bila dah sebati,
 tuangkan air suam kuku dan kacau hingga hilang ketul-ketul. Air yang terlebih panas boleh mematikan
 yeast. Tunggu hingga yeast kembang betul. Biasanya dalam 20 minit.
-Masukkan tepung ke dalam bekas yang agak besar agar senang proses menguli nanti.
-Tuang minyak panas dan kacau rata dengan tepung guna senduk.
-Masukkan gula dan garam . Gaul rata-rata.
-Tuangkan yeast ke dalam bancuhan tepung. Perlu ingat jangan terkena garam secara direct sebab yeast
  akan mati.
-Pecahkan telur dan masukkan air sedikit demi sedikit hingga dough dah sempurna. Tepung ditambah bila
  dough agak lembih. Sebab itu mesti spare sedikit tepung untuk sempurnakan dough. Bila tangan dan bekas
  dah tak melekat dengan tepung, tanda dough dah sempurna. Uli dough ini selama 15 minit hingga kenyal.
  Roti ini boleh digunakan dalam berbagai resepi seperti roti bakar, pau dan biskut kering.


Ha...Afiq dan bangun..dan dengan seronoknya join cooking class. Inilah part yang paling mereka suka that is menguli dough. Sambil-sambil tu...mereka reka bentuk macam-macam, ayam lah...bolalah...apple lah...




Bulatkan dough seperti di atas dan tutup bekas itu dengan kain basah atau plastik. 
Tujuannya ialah untuk mengelakkan dough jadi keras. 
Afiqah kata "lets the dough sleep to grow just like Alyssa."



Tengok tu...dough dah naik memenuhi bekas. Sebab itulah kena guna bekas besar. 
Afiqah dan Afiq cukup seronok betul tengok transformation ini...Inilah masanya nak ajar sains. Ceritakan berkenaan proses respiration dimana gas carbon dioxide dikeluarkan. Setelah yeast diaktifkan dengan air panas dan dijamu dengan gula, mereka mula bergerak aktif. Tepung tetap sama valuenya cuma antara satu atom dengan atom tepung tu...dipenuhi dengan atom carbon dioxide. Macam-macamlah mereka mencelah tambah seronok lagi cerita kita. Maklumlah...imaginasi kanak-kanak sangat tinggi. Walaupun mereka masih perigkat sekolah rendah, kami tidak teragak-agak memperkenalkan atom sebagai zarah yang terkecil dalam sesuatu benda. Inilah...kebaikan homeschool dimana syllabusnya tak terhad. Sebenarnya kanak-kanak boleh faham fizik dan chemistry asalkan cara yang sesuai dengan pemikiran mereka. Masyaallah....  


RESEPI HOMEMADE FCU PIZA:

-4 keping roti dari 1.5 kg tepung
-6 biji tomato merah dipotong nipis
-2 biji nenas yang masak ranum (manis) di potong kecil-kecil
-2.5 cawan cendawan shiitake kering di poting kecil
-5 biji lada capsicon bersaiz besar potong kecil-kecil
-4 labu bawang kuning dipotong keci-kecil
-1kilo daging tanpa urat di rebus hingga empok dan potong keci-kecil
-3 bungkusan sausage dipotong nipis


Tibalah masa untuk buat roti pizza. Dough itu dibahagikan 4 bahagian kerana kami 
nak buat 4 dulang besar pizza. Kalau keluarga tak ramai, cuma perlu sikit ajelah 
dough tu...Agak-agaklah. Lapik kepingan dough yang dipenyet memenuhi dulang pembakar 
dengan kertas pelapik kek. Apa-apa kertas boleh asalkan antara kertas dan kepingan dough 
di taburi dengan sedikit tepung. Dengan ini, kertas itu tak akan melekat pada pizza nanti.


Inilah dia rupa kepingan dough yang telah dibakar masak. Jangan terlalu garing sebab kita akan 
bakar lagi nanti bersama bahan-bahan lain. Oleh kerana kami buat 3 keping pizza, kena 
tunggulah satu persatu masak dulu. Kena buat awallah agar dapat makan tepat pada 
waktu berbuka.





Sapukan kepingan roti pizza dengan black paper sauce. Saucenya dibuat lebih pekat dari biasa.

RESEPI BLACK PAPER SAUCE

-3 labu bawang besar di dadu
-1/2 cawan minyak masak
-1 cawan tepung gandum serba guna
-sos tiram ikut suka
-kicap pekat hingga dapat warna agak hitam
-garam secukupnya
-1 kiub pati ayam knorr (tak mahu pun sedap juga )
-1 biji sederhana limau nipis
- Kulat kering yang dah direbus kembang dan didadu halus. Tapi dalam sos untuk pizza kami tak masukkan 
  kerana kulat itu dibuat hiasan atas piza nanti
-lada hitam ikut suka banyaknya.

cara-cara:
1-Cairkan majerin dalam kuali panas dan tumiskan bawang besar yang didadu tadi hingga wangi dan
    keperangan warnanya. Kalau tidak cukup garingnya, rasa sauce ini tak akan sedap. Elakkan terlalu garing
    kerana sauce akan rasa pahit nanti.
2-Masukkan gandum dan goreng hingga warna perang. Kena kacau sentiasa agar tak hangus. Tambah lagi
   sedikit minyak andai tak cukup untuk goreng tepung. Campurkan sedikit air dan kacau. Bila semua tepung
   dah sebati, campurkan lagi air hingga cukup pekat.
3-Masukkan sos tiram, lada hitam (ikut suka banyaknya), kiub ayam, garam dan limau nipis. Untuk black
   paper sauce yang biasa, masukkan kulat yang telah direndam terlebih dahulu. Kulat ini hendaklah
   potong kecil-kecil.




Semakin besar Afiqah makin menunjukkan minat dalam bidang masakan. 
" Can I help? " Itulah soalan yang selalu bermain dibibirnya.
Memang target kami untuk memahirkannya dalam ilmu rumahtangga.
Inilah didikan asas untuk menjadi seorang muslimah yang cemerlang
dan bakal menjana generasi yang akan datang.



Antara bahan-bahan yang sudah siap dipotong. Kredit buat
Afiqah yang banyak menolong.




Daging yang dicincang halus ini direbus sampai empok dengan air yang sedikit dan
dibiarkan kering airnya. Masukkan sedikit garam .





Sausage yang dipotong menjadi kepingan-kepingan nipis.





Lapisan pertama, aturkan hirisan tomato





Lapisan kedua, kulat kering yang telah direbus hingga kembang dan dipotong-potong kecil.




Seterusnya, taburkan daging diikuti oleh dengan nenas dan capsicon.
Curahkan sos tomato di atas permukaan pizza ikut suka banyak mana.




Diikuti dengan bawang , sausage dan curahan cili sauce.



Akhir sekali curahkan lagi black paper sauce dan diikuti dengan mayonese.




Inilah dia pizza yang sudah bersedia untuk dibakar. Bakarlah dengan
suhu 180 celcius hingga warna mayonese berubah sedikit.




 
Dua dari empat kepingan pizza yang menanti untuk dibakar. Hmm..Yummy!!



Makan panas-panas memang sedap. Rasa crispy roti pizza dan rasa mayonese yang dibakar serta bahan-bahan yang balance memang cukup enak sekali. Begitu juga jika makan sejuk dari refrigerator. 1/4 dari kepingan besar pizza untuk setiap orang. Empat kepingan besar pizza akan dibahagi 4 dan menghasilkan 16 keping pizza yang lebih kecil. Alhamdulillah...cukup-cukup untuk semua ahli FCU. Memang kenyang tak terhingga dah tak payah makan nasi untuk berbuka. Carbohydrate, protein, mineral and vitamin dah tersedia .



Akhirnya dapat makan pizza kegemaran Afiqah. Insyaallah satu hari nanti, Afiqah 
boleh buat pizza tanpa bantuan dari tenaga pengajar. Memang sedap homemade pizza ni... dan tak guna belanja banyak pun. Comment dari anak-anak..... " The Best Pizza I Ever Eat ".  Memang betul sedap!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...