( GUIDANCE CORNER)
Rupanya sudah enam bulan berlalu sejak tarikh akhir kami membuat penjelajahan seluruh Semenanjung. Namun begitu, segala memori begitu segar dalam ingatan bagai baru saja melewati tempat-tempat yang telah dijajah itu. Hingga kini barulah Allah mengizinkan saya mencoret sebahagian lagi siri penjelajahan yang begitu bermakna bagi pembelajaran homeschool kami terutamanya dalam pelajaran geography dan sejarah. Memang berbaloi saya membuat lapuran agak terpeinci dalam setiap entri siri penjelajahan tersebut kerana anak-anak sering merujuk kembali coretan tersebut dalam kelas homeschool kami. Alhamdulillah...semoga Allah memberi keberkatan di dalam ilmu yang dicoretkan ini.
Mengimbau kembali entri saya dalam
ada menceritakan bagaimana rancangan kami ke Cameron Highland berubah ke STATION 2 FCU pada tanggal 3.1. 2012 (Selasa). Setelah beberapa hari berehat di Pasir Gudang, kami sekeluarga kembali menjelajah dalam wira-wira yang sudah ternanti-nanti untuk menyusur bumi Johor pula.
SABTU (7.1.2012)
Dari pagi lagi kami sudah bersiap sedia. Semua orang teruja untuk meneruskan penjelajahan setelah beberapa hari berada di STATION 2 FCU. Kali ini kami akan ke suatu tempat yang mempunyai pengertian yang besar dari sudut geographi iaitu THE SOUTHERN MOST TIP OF MAINLAND ASIA.
1- PEKAN FRANCAIS MARA PULAI
2- PEKAN NANAS
3- TAMAN PERINDUSTRIAN
4- MASJID RIMBA TERJUN
Jolokan ini cukup gah untuk memasyhurkan Tanjung Piai sebagai satu destinasi perlancungan di Johor. Ia terletak dalam mukim Kukup, daerah Pontian, Johor , Malaysia. Saya sebagai tenaga pengajar FCUHOMESCHOOL, mengambil kesempatan untuk menjadikan perjalanan ini sebagai satu pembelajaran yang bermakna kepada pelajar kami. Setiap lokasi yang menarik di sepanjang perjalanan, bersama kami amati buat bahan rujukan dikemudian hari. Seperti biasa, peta memainkan peranan yang penting untuk memberi gambaran jelas tentang destinasi yang telah kami jelajahi kepada anak-anak.
Kami bertolak tepat pada pukul 12. 00 tengahari setelah makan terlebih dahulu. Kami melintasi Bandar Sri Alam Masai yang cantik dengan gubahan taman sepanjang jalan.
Deretan pokok palma di sepanjang jalan kelihatan sungguh unik dan menarik sekali.
Seterusnya kami melalui Pekan Francais Mara Pulai yang terletak di lokasi strategik berkeluasan 2.3 hektar dengan kos RM 8.8 juta. Tetapi sayang pekan ini agak lengang setelah hanya beberapa lot perniagaan beroperasi. Info dari Berita Harian On-line mungkin menjelaskan apa yang kami lihat.
Sebuah tugu nenas yang besar terletak di hadapan Public Bank di Pekan Nanas
menjadi tumpuan para pelajar ketika kami melintasi lokasi ini.
Di sepanjang jalan banyak terdapat berbagai kilang yang bersekala besar dan kecil. Di sini para pelajar dapat menbuat pemerhatian bahawa tidak banyak penempatan rumah penduduk didirikan. Tentu sekali kerana udaranya yang kurang bersih akibat dari kilang-kilang yang bercambah di tepi-tepi jalan. Sepanjang penjelajahan seluruh Semenanjung Malaysia ini, jarang kami melihat bandar yang teratur seperti yang dipamerkan di daerah ini di mana setiap tempat ada pengkhususan nasing-masing. Memang satu contoh yang baik bagi menjaga kebersihan alam sekitar.
Kami melewati Masjid Rimba Terjun sebelum sampai ke Tanjung Piai. Reka bentuk masjid ini memang cantik dan menarik.
TANJUNG PIAI ( THE SOUTHERN MOST TIP OF MAINLAND ASIA )
MERCU TANDA TANJUNG PIAI
(latitud 01.16 `Utara dan longitud 103.30.46 ` Timur)
Peta dunia dan peta Malaysia tertera dengan jelasnya di mercu tanda Tanjung Piai yang diperbuat dari gentian konkrit mesra alam setinggi 20 m dan 10 m lebar. Warna kelabu pada mercu tanda ini menggambarkan kekayaan hutan paya bakau dan dataran lumpurnya. Kira-kira 526 hektar daripada kawasan taman negara ini meliputi hutan bakau, manakala bakinya dataran berlumpur. Dua pelepah Paku Piai Raya (acrostichum aureum) diukir di permukaan mercu tanda bagi mengabadikan sejarah nama Tanjung Piai.
DI SEBALIK SEJARAH NAMA TANJUNG PIAI
Piai Raya merupakan antara paku-pakis yang boleh bertoleransi dengan kawasan air
masin dimana ianya tumbuh di belakang pokok bakau dan tumbuh
dalam kelompok rumpun sangat besar hingga 2 m tingginya.
dalam kelompok rumpun sangat besar hingga 2 m tingginya.
Kegunaan Piai Raya:
1. Bahan makanan: Pucuk daun piai yang masih muda dapat dijamah mentah seperti salad atau dimasak untuk dimakan (Melayu, India, Sri Lanka). Daun-daun itu juga digunakan sebagai makanan lembu. Daun lebih tua apabila kering adalah seperti kertas dan digunakan penahan kebakaran bagi bumbung jerami (Vietnam Dan Pasifik). Serat-serat bagi daun lama juga digunakan untuk membuat tali.
2. Ubatan tradisional: Rizomnya ditumbuk membentuk adunan dan boleh merawat luka dan bisul (Melayu). Daunnya juga digunakan bagi menghentikan pendarahan.
Sebaik sahaja sampai di perkarangan Taman National Johor, penjual topi
telah berjaya menarik perhatian Afiqah, Afiq dan Alyssa dengan topi yang berbagai gaya.
Akhirnya kami membeli tiga topi sebagai ole-ole dari Tanjung Piai.
bergambar kenang-kenangan.
Masing-masing bergaya dengan topi yang baru dibeli tadi
Afiqah sedang meneliti denai yang akan kami lalui di peta Taman
National Johor yang tertera di sebuah papan tanda. Sepanjang
penjelajahan seluruh Semenanjung Malaysia ini kami banyak
mendedahkah penggunaan peta kepada para pelajar. Hasilnya sangat
menakjubkan kerana pantang melihat peta di mana-mana sahaja mereka
akan berminat untuk mengamati dan cuba memahami
simbol-simbol yang digunakan dalam peta tersebut.
Terdapat banyak kata-kata positive yang indah di sepanjang
jambatan kayu menuju ke Komplex Pelawat.
Untuk meneroka hutan bakau dan sampai ke penghujung tanah benua Asia,
pengunjung dikenakan pembayaran sebayak MYR 5.00 untuk rakyat Malaysia
dan MYR10.00 untuk pelawat asing .Car parking fee is MYR3.00 per car.
FunCUPRODUCTION CREW sedang bertugas di lokasi Komplex Melawat yang mempamerkan berbagai info tentang Taman Negara Tanjung Piai dan habitatnya. Mengapa perlu banyak kamera? Sebenarnya setiap orang ada tugas masing-masing. Ada yang ditugaskan mengambil photo secara menyeluruh sahaja. Ada yang ditugaskan ambil photo close up sahaja, ada pula yang mengambil video sahaja dan berbagai lagi. Semua photo dan video ini akan digabungkan menjadi satu hasil kerja yang bermutu tinggi.
Antara bahan yang dipamerkan di Komplex Pelawat ialah berbagai jenis
hidupan cengkerang laut yang hidup di hutan bakau ini. Bagi kami yang sudah
lama mendiami Kampung Bakau Langkawi, memang sangat arif dengan
keenakan siput-siput ini. Kami hanya kutip di belakang rumah dan masak dengan
resepi yang hebat untuk mendapat rasa yang enak sekali. Boleh baca dalam entri
NEVER -ENDING ADVENTURES IN MANGROVE JUNGLE
untuk sama-sama menjelajah hutan bakau Kampung Bakau Tepi Laut bersama Hafidz.
hidupan cengkerang laut yang hidup di hutan bakau ini. Bagi kami yang sudah
lama mendiami Kampung Bakau Langkawi, memang sangat arif dengan
keenakan siput-siput ini. Kami hanya kutip di belakang rumah dan masak dengan
resepi yang hebat untuk mendapat rasa yang enak sekali. Boleh baca dalam entri
NEVER -ENDING ADVENTURES IN MANGROVE JUNGLE
untuk sama-sama menjelajah hutan bakau Kampung Bakau Tepi Laut bersama Hafidz.
Suasana di Jambatan Hijau ini sungguh menarik kerana warna suasana sekitar
semuanya bertukar menjadi hijau. Bumbung jambatan inilah yang memainkan peranan
di sebalik keunikan ini. Kami meniti jambatan ini dari Komplex Melawat
untuk terus menjelajah Hutan Bakau yang luas itu.
semuanya bertukar menjadi hijau. Bumbung jambatan inilah yang memainkan peranan
di sebalik keunikan ini. Kami meniti jambatan ini dari Komplex Melawat
untuk terus menjelajah Hutan Bakau yang luas itu.
MENEROKA WETLAND OF TANJUNG PIAI
Perlu mengamati papan tanda arah trail yang akan kita lalui agar kita dapat sampai ke destinasi yang betul. Pemandangan sekeliling memang sama sahaja di sepanjang perjalanan.
Tanda jalur merah itu adalah trail yang kami gunakan untuk sampai ke Penghujung Tanah Besar Asia.
1- TRAIL TO THE TIP OF MAINLAND ASIA (653 m)
2- JAMBU LAUT TRAIL(1800 m)
3- MONKEY TERRITORY TRAIL
4- BEBARU TRAIL (600 m)
Tanjung Piai National Park ini dijaga dengan baik dari ganguan manusia. Suasana sekeliling sungguh harmoni. Pemandangan hijau pokok bakau sungguh menyejukkan mata kami.
yang berada di belakang. Tugas mereka yang paling penting ialah merakam segala hidupan
yang terdapat dalam hutan bakau ini.
Sepanjang penjelajahan ini, Hafidz sentiasa mendapat
bimbingan cara untuk merakam photo dan video yang berkualiti.
Pondok perhentian rehat banyak disediakan di sepanjang trail ini. Bagi mereka yang tak biasa jalan jauh, pondok ini memang sangat membantu. Ini juga bermakna para pelawat tidak perlu risau jika cuaca tiba-tiba berubah dan hujan turun dengan lebatnya. Suasana sekitar memang sunyi dan para pelawat juga tidak tentu ramai pada masa tertentu. Oleh itu, memang dicadangkan datang dalam kelompok yang ramai seperti bersama keluarga atau persatuan. Untuk sampai ke Tip terselatan benua Asia dan balik kembali ke Komplex Melawat pun dah satu kilometer jauhnya. Perjalanan ini memang mengambil masa yang agak lama tapi menyeronokkan terutama bagi mereka yang tidak biasa dengan hutan bakau.
Yang ini pula mengintai-ngintai di sebalik pokok. Gayanya macam memerhati beg-beg kami. Mungkin dia tengah aim sesiapa yang ada bawa makanan. Sebab itulah para pengunjung dilarang membawa sebarang bentuk makanan atau mengunyah makanan ringan sewaktu meneroka hutan ini. Memang bahaya sebab mereka akan cuba rebut dari kita. Pernah terjadi waktu kami sekeluarga mendaki telaga tujuh. Monyet jantan tiba-tiba muncul di depan kami dan cuba rampas beg yang mengandungi keropok. Untuk menjaga keselamatan kami, terpaksa bagi beg tersebut. Ingatkan akan selesai masaalah. Rupanya banyak monyet-monyet lain yang bersembunyi sebelum ini keluar dan cuba merampas beg makanan tersebut. Riuh rendah hutan sekeliling dengan "peperangan" sesama monyet. Mungkin ada monyet yang tercedera dalam perebutan itu. Cepat-cepat kami berlalu dari situ bimbang monyet yang gagal dalam perebutan itu akan cuba dapatkan makanan yang lain dari kami.
Ha..ha..Tiba-tiba sahaja monyet seekor ini muncul di depan kami. Yang menggelikan hati ialah lagaknya macam nak tunjuk body kepada kami. Walaubagaimana pun kami cepat-cepat berlalu kerana kemungkinan monyet ini nak kencing. Hai..boleh bayangkan betapa malangnya jika terkena pancutan air kencing monyet.
Akhirnya terserempak dengan monyet jantan yang besar. Gayanya macam nak serang kami
dengan menunjukkan taring tajamnya dan mata putihnya. Bayangkan kalau kita hanya seorang
diri atau dalam kumpulan kecil yang hanya perempuan. Monyet jantan tidak berani jika ada
lelaki dalam group. Jadinya...hanya setakat lagak nak serang sajalah....
Besar juga saiz ikan belacak yang berjaya kami rakam ini. Ikan belacak di belakang rumah kami agak kecil saiznya. Ikan ini sangat istimewa kerana mampu bertahan lama tanpa air. Sekali tengok macam ada kaki yang sebenarnya ialah sirip. Sebenarnya ikan ini ada keupayaan menyimpan air dalam insang dan bernafas melalui kulit. Masyaallah...Terpegun Afiqah dan Afiq mendengar penerangan tentang kebolehan ikan ini.
Hafidz menunggu kelibat biawak air ini untuk dirakam dalam kameranya tetapi tak berhasil.
Mungkin kedatangan kami yang agak ramai ini menakutkan biawak air yang memang banyak
dalam hutan ini. Sebab itulah kalau kita hendak melihat semua binatang yang tinggal
di habitat ini, kena tunggu lama sikit baru berhasil.
Inilah rupa biawak air . Gambar ini adalah dari ihsan google.
Ketam Rebab (Fiddler Crab) memang banyak di belakang rumah kami apabila air laut surut. Kami cuba meninjau-ninjau kehadhirannya di hutan bakau ini...Susah juga nak jumpa. Sekali sekala baru ada seekor dua merayap atas lantai hutan. Mungkin yang lain tengah tidur dalam lubang mereka. Sepit yang besar digunakan sebagai senjata bila diserang manakala sepit yang kecil digunakan untuk makan. Apabila air pasang, ketam ini akan membuat perangkap udara dalam lubang mereka yang membolehkan mereka bernafas.
Hebat sungguh ciptaan Allah mencipta kepelbagaian ini.
Inilah dia Ketam Pepanjat (Tree Climbing Crab) yang berupaya memanjat tinggi apabila air laut pasang. Dalam bilik air kami selalu juga jumpa ketam ini. Kadang-kadang berbulan ketam ini mendiami bilik air kami dari kecil saiznya hingga besar saiznya. Ketam ini nampak jinak dan tidak merbaya. Biasanya ketam ini akan bersembunyi di belakang sinki dan mengutip sisa-sisa makanan yang terlekat di penjuru-penjuru.
Kami cuba untuk rakam Burung Botak yang banyak mendiami hutan bakau
Tanjung Piai tapi tak berhasil.
Tinggi akar ini adalah 4.27 m dari aras tanah. Usia pokok ini memang dah lama kalau di kira dengan ketinggian akarnya. Belakang rumah kami memang banyak terdapat akar-akar macam ini...Memang unik dan menarik sekali. Bila air pasang dalam, boleh bertenggek atas akar ini untuk jadi flatform untuk terjun kelaut macam kolam renang. Memang best !! Terdapat lebih kurang 20 jenis pokok bakau dalam hutan bakau Tanjung Piai. Untuk mengenal setiap jenis memang memerlukan kepakaran kerana mereka tidak banyak berbeza. Hanya yang arif boleh berjaya. Hafidz memang arif tentang hutan bakau kerana selalu meneroka hutan bakau bila ada kelapangan.
TIP OF MAINLAND ASIA
Kejauhan kelihatan Globe Dunia yang dibina atas platform di Penghujung Tanah Besar Asia.
Rupa bentuk globe dari dekat.
Rupa bentuk globe sebelum digantikan dengan rekaan terkini.
Rupa bentuk globe dari dekat.
Rupa bentuk globe sebelum digantikan dengan rekaan terkini.
Akhirnya kami sqampai juga ke destinasi yang memberi makna besar dalam Penjelajahan Seluruh Semenanjung Malaysia ini. Memang terasa gah kerana kini kami sedang berdiri atas penghujung bumi Benua Asia. Bagi Afiqah dan Afiq, pengetahuan geographi yang baru mereka pelajari ini sangat bermakna. Sebelum ini mereka tidak tahu apa-apa tentang pengertian perkataaan "benua". Kehadhiran banyak kapal-kapal besar di lautan waktu itu juga turut menjadi bonus dalam pembelajaran homeschool kami. Malaysia dipisahkan dengan Singapura oleh Selat Teberau. Perkataan Benua Asia, Tanjung, Selat, Pelabuhan dan Singapura akan menjadi topik pelajaran homeschool kami nanti . Insyaallah.....
Tajrid (16) adalah salah seorang pelajar FCUHOMESCHOOL.
Dia juga adalah salah seorang jurukamera FCUPRODUCTION.
Cuaca yang baik semasa kami berada di Tip Tanjung Piai membolehkan kami melihat
bangunan-bangunan pencakar langit di kota Singapura.
Kata-kata ini memang membuat kita teruja kerana telah berjaya berdiri di atas bumi Benua Asia paling terselatan. Syukur kepada segala nikmat Allah!!!
"VENI, VIDI, VICI" adalah ayat Latin dan merupakan kata-kata Julius Caesar setelah berjaya dalam pertempuran dengan Pharnaces ll dari Pontus. Pertempuran ini telah berlaku pada 47 BC dalam bandar Zela. Sekarang tempat itu dikenali sebagai Zile, Turki.
Gambar kenangan FCU di PENGHUJUNG SELATAN TANAH BEAR ASIA. Memori indah ini kami hadiahkan kepada dua orang lagi ahli FCU yang menjadi galang ganti kami menjaga Langkawi.
Pemandangan dari platform 1. Memang curam tangganya.
Pendakian yang memberi kepuasan hati.
Pembelajaran homeschool telah berjaya mempertingkatkan kemahiran
Hafidz dalam bidang penerbitan. Sememangnya dia punya peluang yang
besar untuk terus berkembang setaraf abang-abangnya.
Pemandangan dari Platform 1 ini sangat cantik dan nyaman sekali. Andai dibenarkan bawa makanan,
memang hebat rasanya dapat berkelah di menara ini. Kita boleh nampak laut dari celah-celah pokok bakau. Kebanyakan pokok bakau di hutan ini sangat tinggi walaupun batangnya tidak besar dan tumbuh tegak. Berbeza pula dengan kebanyakan pokok bakau di hutan kampung kami. Kebanyakannya berbatang besar dan tumbuh berbagai gaya macam bonsai gergasi. Maha suci Allah atas segala kelainan dalam ciptaaanya walaupun dari species yang sama.
Sweet Memories Forever !!!
INFO TANJUNG PIAI BUAT HOMESCHOOLING
(semua photo-phota di bawah ini adalah dari ihsan google)
2- Jambu Laut Trail
Kita boleh menikmati pemandangan laut dengan jelas sekali.
Pengunjung juga boleh memancing di sini.
Bila kita disekelilingi lautan begini, aktiviti yang paling menghidupkan
jiwa kita ialah berzikir dan berfikir tentang Allah. Semoga Allah
sentiasa merahmati kita semua.
jiwa kita ialah berzikir dan berfikir tentang Allah. Semoga Allah
sentiasa merahmati kita semua.
Terdapat papan tanda arah bandaraya terkenal di dunia
di tengah-tengah jeti.
Kita boleh agak ke arah manakah bandar-bandar ini terletak dan
berapa jauhnya dari Jeti ini. Sungguh menarik !!
Terdapat banyak burung-burung laut bertenggek di akar dan
batang pokok bakau.
3- Monkey Territory Trail (Not the real name)
Beginilah pemandangan di sepanjang trail ini. Penyambut tetamu setia
menunggu kedatangan para pengunjung dengan senyuman manis dan mesra.
Pastikan anda dalam kelompok yang ramai dan ada hero-hero bersama.
Namun begitu...kita tidak akan diganggu andai kita ikut peraturan
iaitu tidak membawa sebarang makanan
(yang tersembunyi dalam beg sangkut tak pa kut...) atau
pun kelihatan mengunyah makanan.
menunggu kedatangan para pengunjung dengan senyuman manis dan mesra.
Pastikan anda dalam kelompok yang ramai dan ada hero-hero bersama.
Namun begitu...kita tidak akan diganggu andai kita ikut peraturan
iaitu tidak membawa sebarang makanan
(yang tersembunyi dalam beg sangkut tak pa kut...) atau
pun kelihatan mengunyah makanan.
Dalam senario ini, kelihatan monyet ini boleh hidup harmoni bersama manusia.
Lelaki ini sikitpun tak gentar menggunakan laluan yang sama dengan monyet.
Sekiranya seorang perempuan berjalan seorang diri seperti ini,
adakah masih boleh aman seperti ini ?
Lelaki ini sikitpun tak gentar menggunakan laluan yang sama dengan monyet.
Sekiranya seorang perempuan berjalan seorang diri seperti ini,
adakah masih boleh aman seperti ini ?
4- Bebaru Trail (600 m)
Jalur merah menandakan Bebaru Trail yang panjangnya hanya
600 m dari Komplex Melawat. Di sinilah terletak kawasan perkhemahan
kepada sesiapa yang berminat untuk meneroka hutan bakau dan
mengamatinya secara lebih terperinci. Memang seronok jika sekiranya
perkhemahan inidijalankan dalam group yang ramai.
Inilah tapak perkhemahan untuk lelaki. Setiap petak
untuk setiap orang. Memang ada privasi!!
Ini pula tapak perkhemahan bagi perempuan. Pihak pengurusan
menitik beratkan soal keselamatan perempuan dengan
mendirikan pondok yang berpintu.
Bekalan air paip juga disediakan untuk kemudahan
para pengunjung. Peringatan untuk menjimatkan air turut
diperingatkan kepada pengguna.
Bagi mereka yang suka adventure lebih mencabar, pihak
pengurusan menyediakan laluan lumpur untuk diteroka.
Antara laluan yang mencabar untuk para pengunjung.
Titi yang diperbuat dari batang kayu juga turut mencabar
keupayaan pengunjung.
Laluan ini yang paling mencabar kerana pengunjung akan berdepan
dengan selut secara terus. Biasanya selut ini akan menenggelamkan
hingga ke betis kita. Memang paling mencabar!!!
Menara yang terdapat di tapak perkhemahan ini cukup
tinggi untuk meninjau suasana seluruh Tanjung Piai.
Pada saya, Tanjung Piai adalah satu destinasi yang tepat buat keluarga terutamanya bagi mereka yang tidak biasa dengan hutan bakau. Taman negara ini memberi satu pengalaman yang sungguh bermakna dan anda akan berasa seperti berada dalam satu alam lain.
Pada saya, Tanjung Piai adalah satu destinasi yang tepat buat keluarga terutamanya bagi mereka yang tidak biasa dengan hutan bakau. Taman negara ini memberi satu pengalaman yang sungguh bermakna dan anda akan berasa seperti berada dalam satu alam lain.