Masih lagi di bawah tajuk yang sama kerana bagi saya tajuk ini membuat kita berfikir sejenak akan kebenarannya. Paling-paling tidak, cuba meletakkan diri anda dan anak-anak dalam suasana homeschool walaupun hanya dalam bayangan.
KEBENARAN DALAM HOMESCHOOL
Homeschool tidak selalu indah...Malah perjalanannya juga penuh dengan jerih dan pengorbanan. Andai anda mencari kesenangan diri sebagai alasan kukuh untuk homeschoolkan anak-anak, anda benar-benar telah melakukan satu kesilapan yang besar.
Homeschool adalah satu perjalanan kerohanian. Kesulitannya bukan dalam bentuk material tetapi dalam bentuk kejiwaaan. Kita tidak memerlukan modal yang besar untuk menjayakan sebuah homeschool. FCUHOMESCHOOLING sendiri pun tidak punya satu bilik khas untuk para pelajarnya. Setakat ini, kemudahan yang penting kami ada adalah beberapa komputer, sebuah white board yang besar, peralatan alat tulis dan melukis, alat bantuan mengajar(kebanyakannya dibuat sendiri), teleskope untuk pelajaran astonomi (sebuah kamera yang berupaya zoom hingga 13000x) dan buku-buku pelajaran untuk anak-anak dan tenaga pengajar. Harga perbelanjaan homeschool jauh lebih kecil jika dibandingkan dengan apa yang kita belanja untuk persekolahan biasa.
PERMASAALAHAN DALAM TENAGA PENGAJAR
Masaalah yang besar adalah berkisar dengan kejiwaan. Untuk memupuk jiwa kita dan jiwa anak-anak bukanlah sesuatu yang mudah. Mengubah gunung adalah lebih senang dari mengubah jiwa seseorang manusia. Masa depan anak-anak dan perkembangan diri anak-anak sangat bergantung kepada percaturan yang kita buat sebagai satu-satunya tenaga pengajar. Andai kita silap mencatur, hasilnya juga juga akan berlandaskan kesilapan kita itu. Percaturan mestilah berlandaskan tujuan utama kita diwujudkan di atas muka bumi ini dan apa yang akan kita dipertanggungjawabkan kelak di akhirat.
Sebagai manusia biasa, kita pasti mempunyai kelemahan dalam segi kewibawaan, emosi dan tabiat buruk yang sudah berakar umbi dalam diri. Jika kita tidak dapat tangani jiwa kita sendiri, homeschool yang kita tadbir akan terumbang ambing dan berjalan ala kadar sahaja. Anak-anak akan terabai dan tidak dapat menjadi insan cemerlang. Dengan itu, diri kita sebagai satu-satunya pendidik kepada anak-anak kita mestilah sentiasa berubah ke arah kebaikan. Usaha untuk menjadi ibubapa yang lebih baik dan doa berpanjangan mestilah seiring dengan homeschool. Hati kita mesti cekal dan jiwa kita mesti kuat. Hasilnya kita akan dapati bukan sahaja kita mengajar anak-anak jadi cemerlang tetapi homeschool itu sendiri telah mengajar kita dan membawa kita kearah menjadi ibubapa yang lebih cemerlang. PERCAYALAH....
PERMASAALAHAN DALAM DIRI ANAK-ANAK
Setiap anak mempunyai personaliti yang berlainan. Semasa mereka kecil, kita tidak begitu sukar dalam menangani jiwa mereka. Semakin meningkat remaja, pergolakan jiwa mereka makin ketara dan kita akan berdepan dengan kesukaran yang sangat memerlukan kepakaran dalam menanganinya. Hormon mereka yang tidak stabil membuat mereka suka memberontak samaada secara senyap atau terang-terangan. Ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus dan tepung tidak bertaburan. Homeschool akan menjadi sukar dan tidak kesampaian. Kita akan rasa kecewa dan putus asa dengan anak-anak kita. Hari-hari homeschool tidak akan selalu indah melainkana kita perlu lebih berusaha dan sentiasa memohon pertolongan Allah.
Bayangkan jika tanggungjawab ini kita serahkan kepada orang lain yang tidak kenal sebenar-benar kenal akan anak kita. Untuk kecemerlangan jiwa anak-anak memerlukan pengorbanan dan kasih sayang. Mampukan guru-guru di luar sana berkorban dan mencurah sepenuh kasih sayang kepada anak-anak kita. Guru-guru ini berdepan dengan bilangan anak murid yang ramai dan tugasan yang menimbun. Penghalang yang paling besar, mereka juga punya permasaalahan keluarga dan dirisendiri untuk diuruskan selain dari mendidik anak-anak kita. Malangnya anak-anak kita sememangnya habiskan lebih banyak masa bersama mereka dibandingkan kita di rumah. Mungkin pada zahirnya mereka nampak cemerlang dalam pencapaian akedemik tetapi belum tentu jiwa mereka cemerlang.
Adalah satu kesalahan yang besar sekiranya kita membiarkan pendidikan anak-anak kepada orang lain semata-mata.
Adalah satu kesalahan yang besar sekiranya kita membiarkan pendidikan anak-anak kepada orang lain semata-mata.
SIAPAKAH YANG AKAN MENGUKUR KEJAYAAN HOMESCHOOL KITA?
Alam yang luas adalah sebaik-baik bilik darjah bagi anak-anak kita
Disinilah letaknya kekuatan sesebuah homeschool. Tiada sesiapa berkak mengadili homeschool kita melainkan diri kita sendiri dan Allah. Tidak ada istilah gagal dalam homeschool sekiranya kita sudah berusaha dengan tepat dan sentiasa berdoa. Tiada label untuk pencapaian anak-anak kita seperti di sekolah biasa. Mereka tidak menjadi mangsa gred A, B atau C sedangkan untuk mencapai gred yang bagus adalah berdasarkan hafalan yang hilang selepas musim peperiksaan. Mereka selamat dari proses pembelajaran yang melemahkan pembentukan jiwa mereka dan juga merugikan ruang masa mereka. Hanya satu kelas A sahaja yang terbaik dalam sistem pembelajaran sekolah. Kelas kedua dan seterusnya adalah kurang baik. Bayangkan dari kecil lagi anak kita telah dimomokkan bahawa mereka adalah termasuk dalam "kelas bawahan" dan persepsi ini terus dibawa hingga ke besar. Bayangkan bagaimanakah mereka akan mendapat jiwa yang cemerlang? Seterusnya mereka tidak akan jadi hamba yang cemerlang hingga ke akhir hayat sekiranya persepsi "kurang baik" tidak dikikiskan dalam jiwa mereka.
ANAK-ANAK YANG BERKEYAKINAN TINGGI
Homeschool memberi harapan yang tinggi kepada anak-anak kita. Kita sentiasa memupuk dan memuji setiap pencapaian kecil mereka dan inilah sebenarnya yang akan membawa kepada pencapaian besar mereka dan ketinggian jiwa mereka. Mereka sentiasa berkeyakinan tinggi dan tidak pernah merasa mereka kurang baik kerana tiada siapa yang akan melebelkan mereka kurang baik melainkan kebodohan kita sendiri mengatakan mereka kurang baik bila kita tidak dapat mengawal diri bila marah atau kecewa semasa mendidik mereka. Proses homeschooling tiada hadnya seperti pembelajaran di sekolah biasa. Biasalah kita akan mendengar kata-kata " dah habis belajar" bila seseorang itu mula bekerja. Kata-kata ini memang mempunyai kuasa kepada minda kita bahawa kita dah tak perlu belajar lagi.
Manakala proses pembelajaran sepanjang hayat adalah proses pembelajaran dihomeschooling. Selagi kita bernafas, selagi itulah kita belajar dalam homeschooling dan selagi itulah kita sentiasa menempa kejayaan buat diri sendiri. Kontek pembelajaran homeschooling sungguh luas dan luar biasa kerana alam yang luas ini adalah medan bilik darjah mereka. Masyaallah...hebatnya homeschooling yang tiada hujungnya. Kesannya....anak-anak kita akan sentiasa belajar hingga ke liang lahat seperti yang dianjurkan oleh Islam. Inilah kesan jangka panjang hasil dari persepsi awal anak-anak dididik oleh kita sendiri. Proses pembelajaran sebeginilah yang telah lama hilang dan antara penyebab umat Islam tidak cemerlang gemilang seperti generasi sebelum ini yang pernah menempa sejarah kegemilangan dalam Islam.
Kegemilangan pembelajaran homeschool bergantung atas persepsi
kita yang positive.
kita yang positive.
Ikatan kasih sayang sesama adik beradik dapat diterapkan dengan lebih mendalam. Mereka saling membantu antara satu sama lain. Si abang yang lebih berilmu akan membantu si adik yang memerlukan tunjuk ajar.
Mereka lebih berdikari kerana kebanyakan pembelajaran adalah berbentuk self learning.
Kemudahan internet telah membuat homeschool lebih senang dikendalikan. Mereka berpeluang untuk belajar apa sahaja yang bermenafaat mengikut minat masing-masing.
Kemudahan internet telah membuat homeschool lebih senang dikendalikan. Mereka berpeluang untuk belajar apa sahaja yang bermenafaat mengikut minat masing-masing.