TRANSLATE THE BLOG TO YOUR LANGUAGE
English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Selasa, 24 Mei 2011

HOMESCHOOLING ACTIVITIES FOR TODAY


( GUIDANCE CORNER )


Ketenangan dan kesyahduan suasana menjelang subuh, paling indah bila dihiasi dengan tahajjud dan witir.
5:30 pagi:
Menghidupkan dinihari dengan solat sunat tahajjud dan witir.



6:00  pagi:
Solat subuh berjemaah.
Habiskan wirid harian sebelum matahari terbit.

Kelihatan Hafidz tengah membancuh secawan green tea panas yang diperah limau nipis. Inilah minuman kegemarannya selain dari white coffee. Kemudian dia menghilang melalui pintu dapur. Dah boleh agak dah..dia pasti ke beranda belakang. Melalui celah-celah dedaun pokok bonsai yang tersusun rapi, kelihatan Hafidz sedang menghirup green tea panasnya di atas kerusi. Di depannya terbentang luas pantai yang sungguh landai. Kejauhan air laut berombak tenang. Biasanya pukul sebelas ke atas barulah air laut pasang tinggi hingga memenuhi ruang bawah rumah umpama satu tasik luas yang hijau kebiruan airnya.


Subhanallah....

 Waktu begini, jangan harap nak kacau Hafidz. Dah faham sangat kegemarannya menikmati matahari terbit dengan secawan teh atau kopi panas. Memang indah ...terutama sesekali diselangi bunyi kicauan sekawan burung bangau pantai yang terbang rendah dan terus mendarat di gigi air laut mencari rezeki pagi. Teringin nak joinnya tapi.....nak kena buat breakfast ni..nanti lewat pula homeschooling class. Dari kejauhan, aku mengintai langit yang mula mencorakkan warna pagi.

Dalam usia 12 tahun, Hafidz sudah menunjukkan keperibadiannya yang tersendiri. Cita rasanya juga seperti orang dewasa. Persekitaran dan pergaulan dengan  masyarakat yang berbagai peringkat umur banyak mematangkannya. Syukur ke hadrat Ilahi. Walaubagaimanapun, masih banyak minat keanak-anakannya yang kami tidak sekat antaranya menonton kartun. Memang homeschooling banyak membantu perkembangan positive ini.

8:00 pagi:
Selepas mandi, Hafidz dan Tajrid mula bersarapan nasi goreng dan telor mata kerbau. Begitulah selalunya....simple aje breakfast agar tak terganggu dengan kelas pagi. Kadang-kadang cucur masin cicah sos, lebihan  roti atau piza yang dibuat dari malamnya. Mereka ni...jenis tak memilih sangat janji kenyang.


8:30 pagi:
Kelas bermula. Hafidz nak buat "reading" bagi english classnya. Selalunya dia akan baca buku englishnya.Tapi kali ini suruh dia baca cerita di e-book. Kelmarin aku terserempak dengan website ini: 
Memang bagus untuk anak-anak dimana ada 3 peringkat jenis buku cerita.
-Young children
-Older children
-Young adult
Yang seronoknya...cerita itu dilengkapi dengan suara. Bolehlah Hafidz check pronunciation tanpa dipantau. Bolehlah tumpu kat Tajrid sorang. Hari ini kami teroka peradaban Mesopotamia. Kami banyak search di internet. Di samping itu selit cerita-cerita yang berkenaan tamadun manusia . Kiranya pelajaran sejarah jadi seronoklah.....teringat masa zaman persekolahan dulu. Cikgu yang ajar tak pandai sangat nak sampaikan, akhirnya ramai yang mengantuk. Masa tu....mana ada komputer apalagi internet. Sekitar tahun 1970an.
 
Dah jemu baca, Hafidz sambung dengan latihan Bahasa Malaysia.Kami banyak guna buku latihan yang murah-murah sekitar 4 hingga 5 ringgit sebuah.Bukunya nipis dan bila habis, boleh cari yang lain pula.

Selepas belajar sejarah, bincang Peribahasa dengan Tajrid. Kami memang menekankan pengkayaan bahasa melalui simpulan bahasa, peribahasa , puisi, pantun, sajak dan cerpen. Ilmu ini akan sentiasa kita gunakan dalam kehidupan seharian. Inilah ilmu hidup. Kalau belajar semata-mata untuk peperiksaan, pasti lupa selepas exam dan ini adalah ilmu yang mati.

Mata pelajaran seterusnya, Travel and Learning. Hafidz cukup suka pelajaran ini. Bagi dia pilih negara mana untuk dilawati dan kali ini dia memilih Korea Selatan. Minggu depan, giliran abangnya pula memilih negara yang akan kami lawati secara maya. Aduhai....Insyaallah!! Suatu hari nanti dapatlah travel all around the world. Dengan bantuan goggle map, dapatlah kami merayau-rayau di bandar dan juga kampung-kamung  Korea Selatan. Lebih kurang macam pelajaran Geography ajelah.....search tentang iklim, budaya, ekonomi dan pelancongan.




Sebagai crew FCUPRODUCTION, mereka banyak belajar tentang pembikinan video dan short film.


















12:00 tengahari
Habis dah masa mengajar dan berkejar ke dapur  pula. Dalam masa yang singkat inilah nak siapkan makan tengahari. Sebab itulah bila masak resepi yang demand sikit, kena buat cooking class for Hafidz dan Tajrid. Di samping membantu di dapur, dapatlah mereka kemahiran memasak sedikit sebanyak.
Hafidz dan Tajrid meneruskan pembelajaran dengan menolong mengurus pembungkusan product kami
(  FCU MIRACLE PRODUCT ) untuk di pos sebelum pukul 4:00 petang. Ini termasuk menyediakan bahan product , membaca  e-mail pelanggan dan memastikan wang bank-in pelanggan tepat dengan pembelian.


1:30 petang
Solat Zuhur berjemaah
Makan tengahari bersama-sama.
Hafidz menyelesaikan tugas khasnya iaitu menyiram semua pokok-pokok di garden dan di beranda belakang. Biasanya dia akan mengambil masa sejam setengah untuk menyiapkan kerjanya. Dia akan pastikan semuanya beres sebelum solat Asar. Kalau hujan, senyum lebarlah dia kerana dah tak payah siram.


Semasa penggambaran salah satu short film FCUPRODUCTION.



Salah satu  adegan dari short film


Piano adalah salah satu dari mata pelajaran yang diajar.

 4:30 petang
Solat Asar berjemaah.
Aktiviti sendiri. Biasanya anak-anak akan pergi bersukan seperti sepak raga, futsal dan football.

7:00 petang
Semuanya dah balik, mandi dan ready for solat Maghrib.
Masing-masing dengan urusan sendiri.

8:30 malam
Solat Isyak berjemaah
Mengajar Quran for homeschooling students.

11:30 malam
Ready to sleep. Set for tomorrow.
Thank you Allah for blessing us today and hoping for tomorrow and forever.


Khamis, 19 Mei 2011

WHAT IS THE BENEFIT OF COOKING CLASS?



( GUIDANCE CORNER )

Memang sejak dari dahulu lagi Hafidz sering menolong di dapur. Apalagi...anak-anak yang adapun...semuanya lelaki. Bila tak cukup masa baru minta tolong apa yang boleh. Cuma kebelakangna ini sahaja mula buat cooking class secara formal.

Sebenarnya banyak yang Hafidz belajar semasa cooking class. Memanglah yang paling ketara ialah....dia dapat kepakaran memasak berbagai-bagai resepi. Yang menariknya, dapat disulam dengan pelajaran lain seperti sains, geografi, vocabulary dan sejarah. Semasa membersih ayam, Hafidz sangat berminat dengan internal organ ayam. Habis dibelek dan ditanya.

Bab pernafasan dan penghadaman sudah diajar tahun lepas. Jadinya, sekarang ni..dapur dah jadi makmal biology pula. Pernah sekali tu....berjam masa dihabiskan semasa memotong ayam. Kita yang terang tentang fungsi setiap organ kena cekaplah.....Kalau tidak dialah pula yang ajar kita walaupun dia tak berapa tahu. Siap kita kena goreng pula. Kalau tak pasti...cepat-cepatlah ke komputer dan search. Jadi...taklah kita kena goreng. Dia pun berpuas hati dengan cara ini. Beginilah kalau ajar remaja. Bukan boleh kita kurang ilmu apalagi tersalah beri info.....nanti mereka kurang yakin dengan apa yang kita ajar. Selalunya saya ambil pendekatan sama-sama belajar. Dia pun seronok kerana.....mungkin dia rasa macam kawan-kawan.

Semasa cooking class banyak juga vocabulary english dapat diajar seperti nama sayur-sayuran dan rempah
-rempah. Mulut kita kena asyik mengajar ajelah....Saya akan memberitahu nutrient yang terkandung dalam bahan-bahan makanan yang digunakan. Apakah kegunaaan nutrient itu kepada badan kita.

Jadinya, setiap kali cooking class ada sahaja bahan makanan yang jadi topik utama. Mungkin kali ini saya terangkan tentang kunyit. Apa nama bahasa Inggerisnya dan kalau ingat ....nama saintificnya. Kelebihan kunyit dalam perubatan. Ha...Ini yang paling Hafidz minat. Keesokan harinya dia akan cari benih untuk tanam apa-apa yang kita telah ajar. Kunyit, halia, lengkuas, serai, daun kesom dan macam-macam lagi yang dia tanam dalam garden. Kami adalah pengeluar produk traditional yang berasaskan bahan semulajadi. Bahan-bahan sebegini memang banyak kami gunakan dan adalah sangat penting untuk Hafidz mengetahui dengan terperinci setiap kelebihan yang ada.

Bukan setakat pelajaran sains, kadang-kadang tengah memasak, terpaksa ke komputer untuk search google map. Apahal? Tak lain tak bukan nak cari negara mana asal masakan yang tengah di masak. Kalau masak DOSAI atau kita panggil TOSE, kenalah search nama negeri tempat asal resepi tersebut.

Sebenarnya bukan Hafidz sahaja yang belajar. Saya juga banyak dapat menafaat dari cooking class ni....Sebelum ajak dia ke dapur, kena buat research dulu agar dapat menerang sesuatu masa memasak. Saya mula memandang kerja masak memasak melalui sudut lain. Terasa lebih profesional dari dulu dan berilmu.


Seperti remaja-remaja yang lain, Hafidz berminat dalam teknik kita melakukan sesuatu. Contohnya cara memotong dengan laju macam chef dalam tv, melakukan "juggling" dengan bawang atau limau, menumbuk sambil membaling batu lesung ke atas dan sambut balik dan macam-macam lagi. Kita kena layanlah....terpaksa sabarlah bila limau nipis bertaburan dek tak expert melakukan "juggling". Kalau kita terror melakukan semua itu, respect habislah dia.....Remaja tetap remaja. Bagus juga....kita masuk alam baru pula.








READERS!! 
YOUR POSITIVE COMMENTS ARE HIGHLY APPRECIATE. 
♥♥♥ FCU MALAYSIAN HOMESCHOOLING ♥♥♥

Rabu, 18 Mei 2011

AYAM GOLEK MADU KUNYIT AND AYAM GOLEK MADU BEREMPAH

Today is my elder brother Din's birthday. We are going to celebrate him with ayam golek. That  is his favourite and also my favourite. Yummy....yummy!!!As usuall, my mom will call me for a cooking class. We are going to cook ayam golek madu kunyit and ayam golek madu rempah . I never know that there are so many types of ayam golek,,,,,



I like this part the most. Cleaning and cutting the chicken. It just like a 
science class for me. This time I just take out all the internal organs without cutting 
the chickens. We need the whole chicken for ayam golek.




We are going to make ayam golek madu kunyit first. I put some salt and turmeric 
on two of the chickens  and
steam it for 10 minutes. The chickens should be half cook only.

Coat the chickens with a special herbs mixture that had been our family secret
for generations. Now the secrets are revealed...some lemon grass, onion, honey,
thick coconut milk, salt, ginger and kurma spice.The turmeric makes it yellow in colour.
Kaffir lime leaves also bring a distinct  odour to the chicken.



Stuff the chicken with some potatoes, eggs and chicken internal organs. 
Take a large piece of aluminum foil to wraps the whole chicken and left it 
aside for 3 hours before grill it in the oven.



Alhamdulillah....It turns out really good. See the colour, crispy yellow out side and juicy inside. The smell is so tempting and I just can't wait for another chicken to cook. Ayam golek madu berempah is on the way!!




Preparing for ayam golek madu berempah. I really like to put a lot of honey because 
of its natural sweet taste.I have to pound some coriander seeds and black paper to 
sprinkle on the chicken. Add some oyster flavoured sauce, sweet soya sauce and 
fennel powder to marinate the chicken for 3 hours or more. 
My mom said the longer the better.




 During the marinate process, we have to pierce the chicken with coconut 
leave stick so that the chicken will well flavoured.




During the grilling process, we have to keep on putting the marinate
mixture sothat the chicken taste good inside.





At last, our ayam golek madu berempah is ready for the celebration.
Eventhough I feel a bit tired, everything is worthy.



(GUIDANCE CORNER)

Bila sebut saje nak buat ayam golek...Hafidz cepat-cepat menyuarakan hasrat untuk buat cooking class. Memang favourite dialah tu... Awal-awal pagi lagi abangnya dah pergi pasar dan pulang dengan 3 ekor ayam dan bahan-bahan untuk masak. Tak pernah ajak lagi Hafidz belajar masak ayam golek. This is his first timelah....Bila dah siap masak...dia kata "senang je...buat ayam ni. Ingatkan susah!!"

Memang benar. Nampak macam susah tapi senang je...terutama bila dah mahir. Janji perap biar lama hingga segala rempah menyerap ke isi ayam. Pasti best.

RESEPI AYAM GOLEK MADU KUNYIT


Bahan untuk perap ayam:
2 ekor ayam sedang
6 batang besar serai
3 bawang besar
6 cm halia
6-8 sudu besar madu (terpulang kepada selera masing-masing)
gula sesedap rasa. Ada orang suka lebih rasa manis dan ada yang tidak. Terpulang.
3 sudu besar serbuk kunyit.
2 cawan santan pekat.
Garam secukup rasa
5 sudu besar minyak masak
4 sudu besar serbuk kurma
Segenggam daun limau purut
Bahan untuk sumbat ke dalam perut ayam:
Organ dalaman ayam seperti hati, jantung dan pedal
4 biji telur rebus keras
3 biji ubi kentang direbus sedang-sedang empok dan tidak terlalu lembut.

 Bahan untuk kuah ayam golek:
1 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
2 batang serai
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
2 cm halia
10 bji cili padi (ikut pedas)
kunyit, garam dan gula.
limau nipis diperah secukup masam

CARA-CARA:

1-Bersihkan ayam dan keluarkan semua organ dalaman dan bersihkan.
2-Lumurkan sedikit kunyit dan sedikit garam ( lemak-lemak masin saja)
3-Kukuskan selama 10 minit atau separuh masak
4-Blend serai, halia, bawang besar hingga betul-betul lumat
5-Campurkan serbuk kunyit, serbuk rempah kurma, madu, minyak masak, garam dan gula secukup rasa dan santan pekat.
6-Setengah dari daun limau dihiris halus dan setengah lagi diramas.
7-Perap selama 3 jam. Tidak boleh terlalu lama sebab ada santan. Elakkan guna tangan untuk menggaul rempah dengan ayam.

Untuk kuah dan isi perut ayam:
Blend semua bahan dan masak dengan santan cair. Masukkan organ ayam dan masak hingga mendidih. Masukkan garam, gula dan limau nipis. Masukkan santan pekat dan rasa secukupnya. Masukkan ubi kentang yang sudah direbus empok. Bila dah sebati dengan kuah, angkat ubi dan organ dalaman ayam bersama sedikit kuah.Potong empat setiap biji telur dan campurkan dengan ubi dan organ dalaman. Sumbatkan bahan yang dah siap ini ke dalam kedua-dua perut ayam.

Untuk membakar ayam:
Masukkan ayam ke dalam aluminium foil yang besar dan bungkus rapi, Bakar kedua-dua hingga daging empuk. Petua untuk mempastikan ayam sudah masak ialah dengan mencucuk lidi pada daging ayam. Apabila lelehan air yang keluar sudah tidak berwarna darah, maka ayam itu sudah dikira masak. Untuk mereka yang suka makan daging yang betul-betul masak, pastikan tiada lelehan cecair apabila mencucuk daging ayam dengan lidi. Selepas itu buang lapisan aluminium dan sapu ayam  dengan kuah dan bakar lagi hingga kuah yang disapu tadi jadi kering. Ulang proses hingga ayam betul-betul masak. Hidang ayam bersama kuah. Memang sedap cicah ayam golek madu kunyit ini dengan kuahnya...



RESEPI AYAM GOLEK MADU BEREMPAH:

Seekor ayam sederhana besar, dibuang organ dalaman dan cucuk isinya dengan  benda tajam agar senang rempah menyerap.

1 labu bawang putih
1 bawang besar
2 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk ketumbar
3 sudu besar biji ketumbar, ditumbuk halus dan kasar
2 batang serai
Daun rosemary atau boleh juga ditukar dengan daun limau purut atau daun sop jika tak ada (dipotong halus)

Kicap pekat
4 sudu madu
gula dan garam secukup rasa.

CARA-CARA:

Gaulkan semua bahan dengan ayam dan perap lebih dari 3 jam. Lebih lama lebih baik tetapi tidak lebih dari 6 jam dalam peti ais kerana ayam akan rasa tidak segar lagi. Sekiranya anda tidak mempunyai masa, ayam ini juga boleh dimasak dengan kuahnya di dalam kuali dengan api perlahan. Tambahkan air hingga ke paras sesuku badan ayam. Ulang-ulang membalikkan badan ayam agar kulit ayam tidak hangit dan rosak. Masak hingga kuah ayam jadi pekat dan rasa garam dan manis secukupnya. Di saat ini ayam masih tidak masak betul. Bakar hingga masak dan ulang menyalut ayam dengan perencah lebihan perap ayam hingga ayam garing diluar dan juicy di dalam. Cicah dengan thai sauce.

SELAMAT MENCUBA


Sabtu, 14 Mei 2011

DAGING DENDENG AND ACAR CAMPUR FOR LUNCH

Again? Actually I don't mind and even I love it.
Yes, today I will spend hours in the kitchen, helping my mother. We called it COOKING CLASS.
What is the menu for today?
Daging Dendeng and Acar Campur.

The class started at 10.00 am. As usual, after breakfast I did my Penulisan and read some news in KOSMO, my favourite news online. Later, my mother gave me some mathematics drills for me to cramp my brain. 
As I said, at 10.00 am I started cutting the meat that my mother had boiled for 2 hours.

Cutting 2 kilos of meat. No big deal.


This is my first time doing Daging Dendeng. I never taste it before.
After cutting, I had to pound it till flat. Quite a lots of work.




And then fried it with little oil till a bit crispy. My mom added some 
lemon grass, salt and garlic. Wow! It smelled nice.


At last, Daging Dendeng and Acar Campur were on the table for us.
Everybody gathered in the kitchen for lunch. Thank you Allah for the food!!




 ( GUIDANCE CORNER )

Dari beranda dapur, jelas nampak titik-titik air hujan jatuh ke laut. Percikan air hujan itu nampak seperti bintang-bintang  bertaburan dan berkilauan di atas permukaan laut, yang sesekali dihias dengan desiran ombak yang memukul lembut tiang-tiang rumah. Mentari pagi seolah-olah malas untuk menyinari bumi Langkawi dan relak berselimutkan awan mendung. Ah!!cantik sekali panorama ini. Pasti rakaman indah ini akan terus terpahat di sanubari.

Kelihatan Hafidz sedang menyiapkan latihan mathematiknya di ruang tamu. Memang dia tak suka suasana  pembelajaran yang formal . Untunglah dia homeschool kerana dapat belajar sambil bersantai. Yang penting dia seronok belajar. Awal-awal pagi tadi dia dah buat penulisan dan baca berita online. Ketiga-tiga pelajaran ini adalah rutin untuk mempastikan dia laju dan rapi dalam menulis dan otak tak berkarat. Lajulah sifirnya bila buat drill hari-hari. Soalannya senang-senang aje...tapi berasap jugalah otak si Hafidz tu....Alhamdulillah dia tahu kebaikan dari rutin ini dan nampak perkembangannya. Taklah payah nak paksa-paksa sangat. Selepas ini, ada pelajaran sains di garden berkenaan tumbuh-tumbuhan berbunga dan tidak berbunga. Nak kena kaji bunga, daun dan akar pokok. Hujan pulak tuh...Mengantuk pun ia juga. Tukar hari lainlah.

" Quick finish your math. Tomorrow we do science. How about cooking class?"
Tersengeh-sengeh dia. Seronoklah tu..

" What are we going to cook?"
" Daging dendeng and acar campur...new menu. Don't ask about its taste. I also don't know. Click at the recipe in computer. Hurry up..we start at ten okay!"

Laju je...dia siapkan kerjanya. Sejak tengok rancangan JUNIOR MASTERCHEF di astro, pandangannya dalam bidang masak memasak berubahlah sikit. Kalau dulu...dia akan kata pondanlah dan seribu alasan. Nak ajar anak dara masak, nun jauh di KL. Anak bujang pun bolehlah...

RESEPI DAGING DENDENG:



Bahan-bahan:
-2 kg daging lembu
-2 cekak cili kering. Lebih kurang 2 ringgit hargalah.
-10 ulas bawang putih
-4 labu bawang besar
-3 cm halia
-2 cm lengkuas
-3 sudu besar  serbuk kari daging
-Setengah cawan hingga secawan gula merah ( secukup rasa)
-Setengah cawan air asam jawa pekat
-Setengah cawan kicap pekat manis
-1 kilo bawang merah di mayang dan digoreng.
-3 sudu besar ketumbar biji
-4 batang serai
-Minyak untuk menumis

Cara-cara:
1. Daging lembu direbus hingga empuk. Dipotong nipis-nipis dan di tumbuk. Kemudian di goreng dengan sedikit bawang putih tumbuk dan serai yang ditumb;uk. Masukkan sedikit garam.

2.Kisar bawang besar dan halia. Tumbuk bawang putih dan tumis dengan minyak lebihan goreng bawang merah hingga kekuningan. Masukkan bawang bawang besar dan halia yang dikisar hingga wangi. Masukkan cili kering yang sudah siap dikisar pekat. Bila mdah agak garing, masukkan serbuk kari dan kacau hingga pecah minyak. Masukkan kicap,asam jawa dan gula merah. Garam dan gula secukup rasa.

3. Bila kuah dah cukup pekat, masukkan daging yang sudah digoreng tadi. Kecilkan api dan kacau hingga sebati kuah dan daging.

4. Goreng biji ketumbar dengan api sederhana hingga agak garing. Jangan terlalu garing sebab rasanya akan pahit. Tumbuk rempah tadi kasar-kasar.

 5. Masukkan rempah ke dalam daging dan kacau. Taburkan bawang goreng ke dalam kuali daging dan kacau hingga rata.



RESEPI ACAR CAMPUR:
Bahan-bahannya:
1 biji nenas sedang yang ranum.
1 batang lobak merah yang besar.
3 batang timun yang sedang
2 labu bawang besar.
2 biji cili merah
5 biji cili padi (ikut suka kepedasannya)
cuka, garam dan gula secukup rasa.

Cara-cara:
-Potonglah sayur-sayur ikut kreativiti masing-masing.
-Cili merah dan cili hijau dipotong nipis-nipis
-Potong bawang besar bulat-bulat.
-Masukkan cuka, garam dan gula secukup rasa.
-Boleh juga masukkan sedikit cili sos dan kacang goreng tanpa minyak yang ditumbuk kasar. Pasti lagi sedap!!

SELAMAT MENCUBA

Selasa, 10 Mei 2011

SHORT FILLM: THE BOY FROM NOWHERE (HORROR)


A short film about a young man who was being disturbed by a little haunted boy.
Watch if you dare!!




(GUIDANCE CORNER)
Penggambaran short film THE BOY FROM NOWHERE ini adalah di sekitar perkampungan Kampung
Bakau Tepi Laut. Kampung ini menjadi pilihan kami kerana suasana aman damai dan udara laut yang sangat nyaman. Desiran hempasan ombak ke pantai adalah lagu natural menghibur para penduduknya.

Tajrid dan Hafidz sering menjadi pelakun dalam mana-mana short film terbitan FCUPRODUCTION. Ini adalah sebahagian dari kurikulum homeschooling kami. Bukanlah untuk mendidik mereka menjadi artis .
Sebenarnya  banyak yang mereka belajar sepanjang shooting. Yang paling ketara ialah keyakinan diri dan tidak gentar di khalayak ramai. Nampak aja sunyi sepi tapi.....ramai juga budak-budak dan orang dewasa yang turut menyaksikan apa yang mereka tengah buat tu....Selamba aje mereka dan tak terganggu dengan renungan orang ramai. Inilah yang ingin kami semai dalam diri mereka.

Pada permulaan short film ini, macam film horror aje. Nampak sungguh sunyi sepi dan terpencil tempat tu....nak-nak hutan di sepanjang jalan. Tak nampak rumah orang langsung. Joging sorang-sorang pula tu...Hai berani betul budak lelaki ni. Suasana macam ni...sering kita tonton dalam film horror .

Nak tergelak tengok gaya Hafidz jadi budak misteri. Terliuk-liuk badannya yang penuh dengan lumpur tu..Kalau dulu, jangan harap dia nak buat gaya macam tu. Banyak sangat malunya!!
Tajrid pula...gayanya bersahaja aje. Kiranya ....tak kakulah lakunan mereka.

Part yang paling funny tu..ending. Tengoklah Si Hantu Berkulit Hitam....tu..sakit kena "sigung" oleh pemuda yang dia dok kacau. Padan muka...lain kali jangan cuba meraba tak tentu pasal. Nak bergurau tapi tak kena tempat lah tu.

BEHIND THE SCENE OF THE BOY FROM NOWHERE


Macam tu rupanya nak salut  badan dengan lumpur. Macam nak salut chicken chop dengan tepung aje. Golek sana, golek sini dah  penuh tepung dan masuk dalam kuali. Ingatkan ada orang tukang sapu lumpur kat badan Si Hafidz ni. Cuba perhati...sebelum dia golek-golek badan kat tepi tebing sungai tu...panjang lehernya mengintai-ngintai kot ada peminat curi tengok. Bila ada motor lalu, dia buat bersahaja seolah-olah tak buat apa-apa. Bila motor dah berlalu baru dia baring. Yang kantoinya.....memang ada dua peminat tengah mengintai apa yang Hafidz buat. Hafidz tak sedar tentang kehadhiran peminat setia ni...Kalau tidak, nahas kena halau. Panjang leher mereka mengintai sambil berfikir apalah Si Hafidz tengah buat. Betul ke tak betul budak ni....ada ke pula bermandikan lumpur. Orang selalunya mandi sungai.

Itulah antara kucing-kucing kesayangan Hafidz. Kemana saja Hafidz pergi, mereka akan ikut. Kiranya jauh juga tempat penggambaran ini dari rumah kami. Yang putih gebu tu....GENIUS namanya dan yang hitam legam tu...CHEERFUL .
Shooting  Behind The Scene ni....spontan aje. Tak dirancang dan Hafidz pun tak tahu dan kucing-kucing itu pun tak diundang.

Part kat depan computer pun...real juga. Nasib baik tak berdarah mulut Si Hafidz kena "sigung". Mereka berdua ni...selalu bergurau dan kadang-kadang kasar gurauannya. Maklum lah budak lelaki.
Sejak homeschooling, mereka jadji sangat rapat dan akrab. Selalu saja mereka berdua dalam apa-apa aktiviti keluarga terutamanya dalam tugasan business keluarga. Kalau dulu..mereka sibuk dengan hal masing-masing. Sorang sekolah menengah dan sorang pula sekolah rendah. Aktiviti sekolah pun berbeza dan kerja sekolah pun melambak. Syukurlah pada Allah. Mereka membesar dengan baik sekali dan banyak nilai-nilai murni dapat disemai kepada mereka terutama bab tolong menolong dalam business keluarga.

CATS' LOVE STORY:


Bukan sahaja para pelajar FCUHOMESCHOOLING yang berlakon, malah kucing-kucing FCU juga pandai berlakun. Agaknya dek selalu mengekor Hafidz dan crew FCUPRODUCTION ke tempat penggambaran, dan mengintai apa yang mereka buat, mereka pun pandai berlakun ala-ala kucing.

Yang tebaring tu...adalah TERROR. Dalam short film ni...dia pegang watak ORANGE. Kononnya dia bermimpilah ...Dalam mimpi tu, dia berkenan kat WHITEY si putih gebu. Watak WHITEY ini dipegang oleh GENIUS.
Kononnya ada pula kucing lain nak mengurat si WHITEY iaitu si BLACK. Watak si BLACK ini dipegang oleh CHEERFUL( kucing yang mengintai Hafid mengecat badan dengan selut).
Setelah dapat menumpaskan si BLACK, ORANGE cuba mengumpan si WHITEY yang pada mulanya menunjukkan rensponse manja. ORANGE tersilap rupanya. Si WHITEY ni...jinak-jinak merpati aje rupanya. Dah terkena penampar!!! Pada masa tu...ada orang tepuk dia dan rosakkan mimpi indah bersama WHITEY....Ha..ha..ha..Kesian si ORANGE. Itu cuma lakunan aje. Reality nya...mereka semua adalah adik beradik. Yang lawaknya si CHEERFUL adalah kucing betina dan bukannya jantan. Nasiblah...



DEAR READERS!! 
YOUR POSITIVE COMMENTS ARE HIGHLY APPRECIATE. 
♥♥♥ FCU MALAYSIAN HOMESCHOOLING ♥♥♥

Isnin, 18 April 2011

FCU CHICKEN RICE

What is the menu for today? Chicken rice? Wow.....That is my favourite. My mom will be busy this morning and per sure I will spend my class in the kitchen. I like the idea since I like to eat. Teenager like me need lots of food to grow up. Of course....all the good food. I mean well balance diet. Anyhow vegetable is not my taste and my mom keep on forcing me. But I like some fresh vegetable like ulam with "budu" or "cincalok.
Today, my mother will teach me how to make Chicken Rice. Yummy!!




Cut the chicken into small pieces and boil with herbs. I really hate
cutting the onions.
It makes my eyes become watery.




Pound the garlic and ginger. Later, put soya sauce, chicken brooth,
salt and
sugar to the chicken and leave it for 30 minutes.



I like this part the most. The aroma of fried chicken spread all over
the house.
Make everybody feel hungry. I already expert in frying chicken.

Bismillahhirrohmanirrohim.....I really like cooking class but I don't 
want to be a cheff.




(HAFIDZ GUIDANCE)




Salam sejahtera .
Buat nasi ayam tak lah susah sangat cuma agak banyak kerja yang perlu dibuat. Untunglah ada 2 orang students FCUHOMESCHOOLING ni....Kalau bab masak makanan kegemaran mereka, Alhamdulillah....
mereka rajin menolong dan dah makin mahir. Setakat masak nasi, goreng telor, goreng ikan, pan cake, nasi goreng dan megi goreng...lepaslah untuk mereka kenyang!

RESEPI NASI AYAM FCU:

-3 ekor ayam besar dan di potong-potong ikut suka hati.
(Keluarga kami ramai sebab itu 3 ekor. Boleh kecilkan sukatan bahan ikut keluarga anda).
-2 sop bunjut
-6 kuntum bunga lawang
-15 biji buah pelaga
-2 keratan kulit kayu manis
-3 inci halia di pecahkan saja.
-10 ulas bawang putih ditumbuk kasar.

Masakkan air dan masukkan semua bahan kecuali ayam. Sukatan air adalah 4 kali isipadu ayam. Apabila mendidih, masukkan ayam dan kecilkan api untuk 10 minit. Ayam tu....kalau tak buang kulit, lagi sedap. Ikut suka hatilah. Tutup api dan tutup tudung periuk. Dengan cara ini, daging ayam tidak keras dan sedap dimakan. Angkat daging sebaik sahaja masak. Jangan terlalu lama kerana daging akan relai. Air rebusan  ayam adalah untuk masak nasi, rendam ayam, sup dan kuah cabai.

UNTUK NASI AYAM:
-6 mug beras ( Ini adalah untuk 15 orang dewasa. Kalau keluarga kecil, kurangkan sukatannya. Hari ini semua ahli keluarga pulang...memang ramai!!)
-Sukatan air macam biasa kita masak nasi je...Bagi mereka yang suka nasi ayam agak berlemak, tumis bawang mayang dengan marjerin dan masukkan air dan beras. Bagi mereka yang nak jaga badan, cukuplah dengan air rebusan ayam tadi.
-2 sudu besar garam.
-2 sudu besar gula
-6 helai daun pandan.
Masak macam biasa.

KUAH RENDAM AYAM:
-Rendam ayam di dalam kuah rebusan hingga agak-agak tenggelam.
-Kicap pekat hingga warna agak hitam. Terpulang kepada selera masing-masing.
-5 ulas bawang putih yang ditumbuk agak halus.
-Gula ikut cita rasa
-Garam ikut cita rasa
-1 sudu besar serbuk lada hitam
-Setengan sudu serbuk lada putih
-Goreng ayam hingga agak garing dengan api sederhana agar ayam tidak keras.

KUAH KICAP:
-Air bekas rendam ayam di atas
-Cili padi di potong-potong kecil atau ditumbuk kasar. Ikut suka kepedasannya.
-Kicap pekat hingga warna hitam pekat.
-Gula secukup rasa
-Garam secukup rasa

KUAH CABAI:
-10 biji lada besar
-2 biji tomato
-10 cabai kering
-6 cili api
-cili sos hingga pekat kuah
-6 ulas bawang putih
-1 biji limau nipis
-Air rebusan ayam (digunakan untuk kisar bahan-bahan di atas)
-gula dan garam secukup rasa.
Jangan kisar hingga terlalu halus.

SOP AYAM:
-Lebihan rebusan ayam
-Beberapa ketul ayam bahagian tulang bagi mereka yang suka makan ayam dalam kuah
-6 labu bawang besar dipotong seperti masak dhal
-2 batang lobak merah dipotong panjang-panjang.
-Garam dan gula secukup rasa
-Perasa ayam knorr bagi mereka yang suka. Kalau nak jaga kesihatan....tak perlu masukkan. Dah sedap dah.....
Masak sop hingga bawang dan lobak sederhana masak. Taburkan daun sop yang dipotong-potong halus.

ULAM:
-Daun salad
-Timun

HIASAN ATAS NASI:
-Bawang goreng (Dibuat sendiri. Jangan terlalu garing sebab rasanya pahit)
-Daun sop yang dipotong halus.

SELAMAT MENCUBA...!!!

DEAR READERS!!
YOUR POSITIVE COMMENTS ARE HIGHLY APPRECIATE.
♥♥♥ FCU MALAYSIAN HOMESCHOOLING ♥♥♥

Sabtu, 16 April 2011

HALA TUJU FCUHOMESCHOOLING


FCUHOMESCHOOLING sudah lama beroperasi  dan dalam jangkamasa tersebut, banyak sudah asam garam yang mematang dan mengukuhkan lagi institusi pembelajaran ini. Sebenarnya, FCU sudah lama mengamalkan homeschooling iaitu seawal tahun 1983 lagi. Masa itu anak sulung dah berumur 5 tahun , anak kedua berumur 3 tahun dan yang ketiga berumur 2 tahun. Nak cari keluarga yang buat homeschooling masa itu memang susah sangat. Tak jumpa pun. Bukannya ada komputer macam sekarang di mana kita boleh senang-senang search aja...berlambak dalam dan luar negara.

Orang mencemuh memang ramai dan yang pandang serong tak terbilang. Bukan salah mereka....pengetahuan mereka tentang homeschooling tak wujud pun dalam kotak pemikiran. Mereka label aja yang anak kami tak sekolah dan gelap masa depan. Masa itu universiti adalah segala-galanya. Mana taknya...sesiapa yang keluar dari universiti pasti kerja hebat dan rumah besar dan kereta besar. Ekonomi tak berkembang macam sekarang. Makan gaji adalah yang terbaik. Nak cari usahawan melayu berjaya masa tu...satu dalam beribu.

Apabila anak kami yang sulung berumur 12 tahun, anak kedua 10 tahun dan anak ketiga berumur 9 tahun, kami tukar selera dengan menghantar ketiga-tiga ke sekolah kerajaan. Namun homeschooling tetap diteruskan dan jelas sekali ketiga-tiganya berjaya dengan cemerlang hingga belajar keluar negara. Seterusnya anak keempat, kelima, keenam juga menjejak kaki ke menara gading.

Bermula dengan anak ketujuh, kelapan dan kesembilan, mereka menolak tawaran ke menara gading dan meneruskan pembelajaran di FAMILY CHESS UNIVERSITI selepas form five. Kami bebaskan mereka untuk membuat pilihan sendiri walaupun ramai juga yang menganggap mereka mensia-siakan peluang yang orang lain sangat dambakan. Mereka lebih bijak dan tahu hala tuju masa depan mereka kerana bukanlah satu isu yang baru tentang berlonggok para graduan menganggur. Di FCU, mereka belajar sambil bekerja. Malah anak yang kelima turut memilih FCU sebagai tempat buat praktikal tahun akhir jurusan robotik.


.
Generasi kedua iaitu para cucunda Afiq dan Afiqah.


Hubungan adik beradik yang sangat akrab.




Alyssa sedang kusyuk membuat latihan penulisan




Adelyn adalah pelajar yang paling muda tetapi tidak mahu ketinggalan dalam 
pembelajaran homeschool.




Suasana pembelajaran FCUHOMESCHOOLING



Pada tahun 2010, kami ambil keputusan untuk homeschool sepenuhnya anak kesepuluh dan kesebelas (Tajrid 15 dan Hafidz 11Snterian Pelajaran, pihak sekolah dan juga PPD Langkawi.
Pada permulaannya, kami ikut seperti pembelajarn sekolah biasa. Kalau tengok entri yang lama-lama dulu, ada siap dengan jadual. Oleh kerana ramai abang-abang yang berpelajaran tinggi, masaalah cikgu tak jadi hal.
Hikmahnya, pertukaran dari sekolah kerajaan kehomeschooling taklah ketara dan kedua-dua anak nampak selesa sekali. Mungkin pada permulaannya, mereka rasa akan kehilangan rakan sebaya tetapi lama kelamaan tempat yang kosong itu diganti dengan rakan yang lebih baik. Kali ini pergaulan mereka lebih meluas termasuk orang-orang dewasa. Mereka jadi cepat matang terutamanya Hafidz. Keluarga yang besar adalah satu kelebihan kepada homeschooling kerana abang dan kakak turut memberi tunjuk ajar.

Pengalaman membesarkan anak-anak yang ramai dan kini beberapa orang telah berumah tangga, membantu kami membuat kiraan campur tolak untuk memilih corak pembelajaran terbaik buat generasi homeschooling kami yang terkini. Kami tidak akan mengulangi cara yang complicated yang sekian lama kami gunakan, sebaliknya ambil yang termudah dan efektif.


Asas utama ialah mengajar mereka untuk mereka mengajar diri sendiri. 
Ini akan membina keyakinan untuk mereka belajar sendiri dan meneroka segala ilmu yang berguna. Kemudahan internet memungkinkan impian jadi kenyataan. Sedar-sedar mereka dah pun menguasai bahasa Inggeris kerana kebanyakan artikel adalah dalam bahasa Inggeris.

Pegang kuncinya, dapatlah kita membuka pintu ilmu itu.
Pada kami kunci itu adalah kemampuan anak-anak mengajar diri sendiri. Kita tak perlu terburu-buru atau memaksa mereka sebaliknya gunakan cara saikoloji dan keselesaan mereka. Dengan cara ini, homeschooling tidak terbatas kepada ibubapa yang berpelajaran tinggi sahaja. Sesiapa sahaja boleh kerana apabila anak-anak sudah besar, mereka akan teroka sendiri. Kita hanya menyediakan segala keperluan pembelajaran dan memberi dorongan dan sokongan. Homeschooling tidak menggunakan wang yang banyak. Jadi..wang yang diperuntukkan untuk pelajaran anak-anak seperti pakaian seragam sekolah, beg sekolah, kasut sekolah, buku rujukan, yuran tambahan, bayaran tiution, tambang perjalanan ulang alik ke sekolah dan entah apa lagi...bolehlah belikan sebuah komputer untuk mereka. Jadi kita tak perlu ada segala ilmu itu untuk disampaikan kepada anak-anak. Buktinya, kebolehan anak-anak kami dalam biz  video clips dan short films juga adalah melalui  pembelajaran sendiri di internet.

Di samping itu kami banyak buat research tentang homeschooling di luar negara yang telah berjaya membentuk insan yang berjaya dan berakhlak. Akhirnya kami buat keputusan bahawa kedua-dua anak kami tidak perlu menduduki peperiksaan UPSR dan PMR. Mereka bebas untuk menduduki peperiksaan SPM. Hanya SPM yang laku untuk memasuki mana-mana IPT. Ataupun mereka juga bebas untuk memilih Universiti Terbuka Malaysia sekiranya mereka tidak berminat untuk menduduki sebarang peperiksaan. Kami sangat menggalakkan mereka untuk mengambil kursus-kursus pendek dalam bidang yang mereka minati dan menafaat dalam bisnes FCU seperti product berasaskan bahan  natural (  http://www.fcumiracle.com/ ), dokumentari film(you tube: fcuproduction) dan bonsai.

Yang paling penting dan paling utama ialah pendidikan kerohanian yang akan membentuk keperibadian seorang khalifah di atas muka bumi ini seperti yang dituntut oleh Allah. Keperibadian ini akan menjaga mereka walaupun di mana mereka berada. Itulah bekalan yang paling penting kerana apalah gunanya sekira mereka kaya raya tapi bermaruah rendah dan melakukan kerosakan di atas muka bumi ini. Anak-anak adalah harta di dunia dan di akhirat. Mereka umpama kain yang putih, terpulang kepada kita untuk mencorakkannya.

Wallahualam bi shawab


Khamis, 14 April 2011

LANGKAWI STORY

Are you planning to come to langkawi in your next holidays?
Make sure you  don't miss any of the events that had been held in Langkawi. You also can check the current future events to match with your holiday plans. All these can be search at: http://www.langkawistory.com/



 FCUPRODUCTION launched this website early this year, especially for the all Langkawi residents and also to boost Langkawi's tourism sector.



Some of the crew members of FCUPRODUCTION



In the mission of IODA 2011 coverage

 I was taking charge of all the apparatus using in the coverage. 
Make sure that everything was there !!





Feel free to view the detail of the world sailing championship in LANGKAWISTORY:

DEAR READERS!! 
YOUR POSITIVE COMMENTS ARE HIGHLY APPRECIATE.
♥♥♥ FCU MALAYSIAN HOMESCHOOLING ♥♥♥

IN THE MISSION OF MAKING VIDEO CLIPS FOOTAGE

FCUPRODUCTION  has a new project that is making a video clips for Jimmy Fong, a singer from Melbourne, Australia. He is a Malaysian but has been living in Australia for more than 30 years.
Here is one of his video clip in youtube :





Five of  FCUPRODUCTION members, my father(big boss), 3 big brothers and me were going to accomplished the mission. I felt so lucky and excited for being chosen in this big project. For me, this kind of mission was very interesting and a good knowledge for my homeschooling. I would be playing a lot with camera, crane and gopro then.
Yahoo....Travel and Learnig to Melaka, Kuala Lumpur and Johor. We would be on the road for more than a week. 

HOMESCHOOLING IS FUN...FUN....AND ...FUN ! !




Early in the morning we left Langkawi by boat. It took an hour journey to reach Kuala Kedah. All of us were full with spirit to do the best. May Allah bless us !!!



Waiting for our car at the Jetty Kuala Kedah.




I was one of the cameraman in charged.



One...and Two and...Three, Action !!



My sister joined us later at Melaka. This was her great opportunity to be self  elected model. Whatever.....





Kota Afamosa was one of my favourite site for shooting. The 
building has its own history that happened long time ago.
Be steady...calm down Mr. horse. Can I touch your face? 
Don't kick me okay!! I had been kicked by a cow 
once and standing near this Mr. horse really make
 me nervous.



Riding a trishaw around bandaraya Melaka





The decorated trishaw really make me feel like in one of Hindi movie.
Who is the hero and the heroin then....




Our interest is shooting all the historical place and all exotic things in Malaysia. This old building that had been built during Portuguese era looked interesting to me.


Pasar malam was always the best place for shopping .











Amazing Muzium Samudera (Replica of Flor de La Mar).



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...