Ketenangan dan kesyahduan suasana menjelang subuh, paling indah bila dihiasi dengan tahajjud dan witir. |
Menghidupkan dinihari dengan solat sunat tahajjud dan witir.
6:00 pagi:
Solat subuh berjemaah.
Habiskan wirid harian sebelum matahari terbit.
Kelihatan Hafidz tengah membancuh secawan green tea panas yang diperah limau nipis. Inilah minuman kegemarannya selain dari white coffee. Kemudian dia menghilang melalui pintu dapur. Dah boleh agak dah..dia pasti ke beranda belakang. Melalui celah-celah dedaun pokok bonsai yang tersusun rapi, kelihatan Hafidz sedang menghirup green tea panasnya di atas kerusi. Di depannya terbentang luas pantai yang sungguh landai. Kejauhan air laut berombak tenang. Biasanya pukul sebelas ke atas barulah air laut pasang tinggi hingga memenuhi ruang bawah rumah umpama satu tasik luas yang hijau kebiruan airnya.
Subhanallah.... |
Waktu begini, jangan harap nak kacau Hafidz. Dah faham sangat kegemarannya menikmati matahari terbit dengan secawan teh atau kopi panas. Memang indah ...terutama sesekali diselangi bunyi kicauan sekawan burung bangau pantai yang terbang rendah dan terus mendarat di gigi air laut mencari rezeki pagi. Teringin nak joinnya tapi.....nak kena buat breakfast ni..nanti lewat pula homeschooling class. Dari kejauhan, aku mengintai langit yang mula mencorakkan warna pagi.
Dalam usia 12 tahun, Hafidz sudah menunjukkan keperibadiannya yang tersendiri. Cita rasanya juga seperti orang dewasa. Persekitaran dan pergaulan dengan masyarakat yang berbagai peringkat umur banyak mematangkannya. Syukur ke hadrat Ilahi. Walaubagaimanapun, masih banyak minat keanak-anakannya yang kami tidak sekat antaranya menonton kartun. Memang homeschooling banyak membantu perkembangan positive ini.
8:00 pagi:
Selepas mandi, Hafidz dan Tajrid mula bersarapan nasi goreng dan telor mata kerbau. Begitulah selalunya....simple aje breakfast agar tak terganggu dengan kelas pagi. Kadang-kadang cucur masin cicah sos, lebihan roti atau piza yang dibuat dari malamnya. Mereka ni...jenis tak memilih sangat janji kenyang.
8:30 pagi:
Kelas bermula. Hafidz nak buat "reading" bagi english classnya. Selalunya dia akan baca buku englishnya.Tapi kali ini suruh dia baca cerita di e-book. Kelmarin aku terserempak dengan website ini:
Memang bagus untuk anak-anak dimana ada 3 peringkat jenis buku cerita.
-Young children
-Older children
-Young adult
Yang seronoknya...cerita itu dilengkapi dengan suara. Bolehlah Hafidz check pronunciation tanpa dipantau. Bolehlah tumpu kat Tajrid sorang. Hari ini kami teroka peradaban Mesopotamia. Kami banyak search di internet. Di samping itu selit cerita-cerita yang berkenaan tamadun manusia . Kiranya pelajaran sejarah jadi seronoklah.....teringat masa zaman persekolahan dulu. Cikgu yang ajar tak pandai sangat nak sampaikan, akhirnya ramai yang mengantuk. Masa tu....mana ada komputer apalagi internet. Sekitar tahun 1970an.
Dah jemu baca, Hafidz sambung dengan latihan Bahasa Malaysia.Kami banyak guna buku latihan yang murah-murah sekitar 4 hingga 5 ringgit sebuah.Bukunya nipis dan bila habis, boleh cari yang lain pula.
Selepas belajar sejarah, bincang Peribahasa dengan Tajrid. Kami memang menekankan pengkayaan bahasa melalui simpulan bahasa, peribahasa , puisi, pantun, sajak dan cerpen. Ilmu ini akan sentiasa kita gunakan dalam kehidupan seharian. Inilah ilmu hidup. Kalau belajar semata-mata untuk peperiksaan, pasti lupa selepas exam dan ini adalah ilmu yang mati.
Mata pelajaran seterusnya, Travel and Learning. Hafidz cukup suka pelajaran ini. Bagi dia pilih negara mana untuk dilawati dan kali ini dia memilih Korea Selatan. Minggu depan, giliran abangnya pula memilih negara yang akan kami lawati secara maya. Aduhai....Insyaallah!! Suatu hari nanti dapatlah travel all around the world. Dengan bantuan goggle map, dapatlah kami merayau-rayau di bandar dan juga kampung-kamung Korea Selatan. Lebih kurang macam pelajaran Geography ajelah.....search tentang iklim, budaya, ekonomi dan pelancongan.
12:00 tengahari
Habis dah masa mengajar dan berkejar ke dapur pula. Dalam masa yang singkat inilah nak siapkan makan tengahari. Sebab itulah bila masak resepi yang demand sikit, kena buat cooking class for Hafidz dan Tajrid. Di samping membantu di dapur, dapatlah mereka kemahiran memasak sedikit sebanyak.
Hafidz dan Tajrid meneruskan pembelajaran dengan menolong mengurus pembungkusan product kami
( FCU MIRACLE PRODUCT ) untuk di pos sebelum pukul 4:00 petang. Ini termasuk menyediakan bahan product , membaca e-mail pelanggan dan memastikan wang bank-in pelanggan tepat dengan pembelian.
1:30 petang
Solat Zuhur berjemaah
Makan tengahari bersama-sama.
Hafidz menyelesaikan tugas khasnya iaitu menyiram semua pokok-pokok di garden dan di beranda belakang. Biasanya dia akan mengambil masa sejam setengah untuk menyiapkan kerjanya. Dia akan pastikan semuanya beres sebelum solat Asar. Kalau hujan, senyum lebarlah dia kerana dah tak payah siram.
Solat Asar berjemaah.
Aktiviti sendiri. Biasanya anak-anak akan pergi bersukan seperti sepak raga, futsal dan football.
7:00 petang
Semuanya dah balik, mandi dan ready for solat Maghrib.
Masing-masing dengan urusan sendiri.
8:30 malam
Solat Isyak berjemaah
Mengajar Quran for homeschooling students.
11:30 malam
Ready to sleep. Set for tomorrow.
Thank you Allah for blessing us today and hoping for tomorrow and forever.