TRANSLATE THE BLOG TO YOUR LANGUAGE
English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Sabtu, 14 Mei 2011

DAGING DENDENG AND ACAR CAMPUR FOR LUNCH

Again? Actually I don't mind and even I love it.
Yes, today I will spend hours in the kitchen, helping my mother. We called it COOKING CLASS.
What is the menu for today?
Daging Dendeng and Acar Campur.

The class started at 10.00 am. As usual, after breakfast I did my Penulisan and read some news in KOSMO, my favourite news online. Later, my mother gave me some mathematics drills for me to cramp my brain. 
As I said, at 10.00 am I started cutting the meat that my mother had boiled for 2 hours.

Cutting 2 kilos of meat. No big deal.


This is my first time doing Daging Dendeng. I never taste it before.
After cutting, I had to pound it till flat. Quite a lots of work.




And then fried it with little oil till a bit crispy. My mom added some 
lemon grass, salt and garlic. Wow! It smelled nice.


At last, Daging Dendeng and Acar Campur were on the table for us.
Everybody gathered in the kitchen for lunch. Thank you Allah for the food!!




 ( GUIDANCE CORNER )

Dari beranda dapur, jelas nampak titik-titik air hujan jatuh ke laut. Percikan air hujan itu nampak seperti bintang-bintang  bertaburan dan berkilauan di atas permukaan laut, yang sesekali dihias dengan desiran ombak yang memukul lembut tiang-tiang rumah. Mentari pagi seolah-olah malas untuk menyinari bumi Langkawi dan relak berselimutkan awan mendung. Ah!!cantik sekali panorama ini. Pasti rakaman indah ini akan terus terpahat di sanubari.

Kelihatan Hafidz sedang menyiapkan latihan mathematiknya di ruang tamu. Memang dia tak suka suasana  pembelajaran yang formal . Untunglah dia homeschool kerana dapat belajar sambil bersantai. Yang penting dia seronok belajar. Awal-awal pagi tadi dia dah buat penulisan dan baca berita online. Ketiga-tiga pelajaran ini adalah rutin untuk mempastikan dia laju dan rapi dalam menulis dan otak tak berkarat. Lajulah sifirnya bila buat drill hari-hari. Soalannya senang-senang aje...tapi berasap jugalah otak si Hafidz tu....Alhamdulillah dia tahu kebaikan dari rutin ini dan nampak perkembangannya. Taklah payah nak paksa-paksa sangat. Selepas ini, ada pelajaran sains di garden berkenaan tumbuh-tumbuhan berbunga dan tidak berbunga. Nak kena kaji bunga, daun dan akar pokok. Hujan pulak tuh...Mengantuk pun ia juga. Tukar hari lainlah.

" Quick finish your math. Tomorrow we do science. How about cooking class?"
Tersengeh-sengeh dia. Seronoklah tu..

" What are we going to cook?"
" Daging dendeng and acar campur...new menu. Don't ask about its taste. I also don't know. Click at the recipe in computer. Hurry up..we start at ten okay!"

Laju je...dia siapkan kerjanya. Sejak tengok rancangan JUNIOR MASTERCHEF di astro, pandangannya dalam bidang masak memasak berubahlah sikit. Kalau dulu...dia akan kata pondanlah dan seribu alasan. Nak ajar anak dara masak, nun jauh di KL. Anak bujang pun bolehlah...

RESEPI DAGING DENDENG:



Bahan-bahan:
-2 kg daging lembu
-2 cekak cili kering. Lebih kurang 2 ringgit hargalah.
-10 ulas bawang putih
-4 labu bawang besar
-3 cm halia
-2 cm lengkuas
-3 sudu besar  serbuk kari daging
-Setengah cawan hingga secawan gula merah ( secukup rasa)
-Setengah cawan air asam jawa pekat
-Setengah cawan kicap pekat manis
-1 kilo bawang merah di mayang dan digoreng.
-3 sudu besar ketumbar biji
-4 batang serai
-Minyak untuk menumis

Cara-cara:
1. Daging lembu direbus hingga empuk. Dipotong nipis-nipis dan di tumbuk. Kemudian di goreng dengan sedikit bawang putih tumbuk dan serai yang ditumb;uk. Masukkan sedikit garam.

2.Kisar bawang besar dan halia. Tumbuk bawang putih dan tumis dengan minyak lebihan goreng bawang merah hingga kekuningan. Masukkan bawang bawang besar dan halia yang dikisar hingga wangi. Masukkan cili kering yang sudah siap dikisar pekat. Bila mdah agak garing, masukkan serbuk kari dan kacau hingga pecah minyak. Masukkan kicap,asam jawa dan gula merah. Garam dan gula secukup rasa.

3. Bila kuah dah cukup pekat, masukkan daging yang sudah digoreng tadi. Kecilkan api dan kacau hingga sebati kuah dan daging.

4. Goreng biji ketumbar dengan api sederhana hingga agak garing. Jangan terlalu garing sebab rasanya akan pahit. Tumbuk rempah tadi kasar-kasar.

 5. Masukkan rempah ke dalam daging dan kacau. Taburkan bawang goreng ke dalam kuali daging dan kacau hingga rata.



RESEPI ACAR CAMPUR:
Bahan-bahannya:
1 biji nenas sedang yang ranum.
1 batang lobak merah yang besar.
3 batang timun yang sedang
2 labu bawang besar.
2 biji cili merah
5 biji cili padi (ikut suka kepedasannya)
cuka, garam dan gula secukup rasa.

Cara-cara:
-Potonglah sayur-sayur ikut kreativiti masing-masing.
-Cili merah dan cili hijau dipotong nipis-nipis
-Potong bawang besar bulat-bulat.
-Masukkan cuka, garam dan gula secukup rasa.
-Boleh juga masukkan sedikit cili sos dan kacang goreng tanpa minyak yang ditumbuk kasar. Pasti lagi sedap!!

SELAMAT MENCUBA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...