( GUIDANCE CORNER )
1. Jaga Pemakanan
Sumber rezeki yang halal itu adalah seperti:
- Bukan daripada sumber rasuah
- Bukan daripada sumber judi dan nombor ekor
- Bukan daripada mencuri dan menipu
- Bukan daripada sumber perniagaan yang haram seperti menjual dadah dan sebagainya
- Bukan daripada sumber menipu timbangan dalam urusan jual beli
- Tidak mencuri tulang apabila dibayar gaji bekerja 8 jam sehari
Selain punca rezeki ini, peliharalah juga pemakanan yang diberi kepada
keluarga baik daripada segi kebersihannya, penyediaannya, kualitinya
serta rasanya.
2. Betulkan Fokus Kita
“kenapa kamu ni, kan mak dah ajar tadi, dengar lah baik-baik”
Saya pasti bila pun masalah anak tidak akan selesai. Hal ini kerana apa
yang kita fokuskan adalah pada anak. Akan tetapi, untuk menyelesaikan
masalah ini, sepatutnya ibu bapa memberi fokus kepada punca masalah
tersebut. Jika masalah tersebut datang daripada masalah tumpuan anak
yang singkat, cubalah ubah cara mengajar anak. Jika masalahnya adalah
anak tiada motivasi dengan keadaan sekeliling, ubahlah tempat belajar
anak. Analoginya adala seperti bomba yang ingin memadamkan api. Para
ahli bomba tidak fokus kepada api yang sedang merebak untuk menyembur
air, akan tetapi mereka mencari punca api itu.
Selain memberi fokus kepada punca masalah anak, berikan fokus kepada
diri sendiri. Fokus kepada diri sendiri bermakna kita bertanya soalan
berikut:
a) “Apa yang boleh aku lakukan lagi bagi menjadikan anak aku cemerlang?”
b) “Apa yang belum aku lakukan selama ini?”
Bukannya
a) “Kenapa anak aku mesti jadi begini?”
b) “Kenapa anak aku tidak faham aku?”
c) “Kenapa anak aku ini lemah sangat?”
Kemudian berilah fokus kepada kelebihan dan kebolehan anak. Dengan cara
ini, ibu bapa tidaklah perlu memikirkan masalah anak setiap masa
sepanjang hidupnya. Kadangkala, apabila terlalu fokus kepada masalah
anak, ibu bapa akan terlupa kepada kebolehannya.
3. Gunakan Pendekatan Emosi
Sebenarnya
anak juga begitu. Mereka lebih terkesan dengan emosi daripada
kata-kata. Apabila sesuatu keadaan berlaku dan disertai dengan kekuatan
emosi kita, maka ia kan lebih terpahat di hati dan tertanam di minda
anak.
Maka, apabila ibu atau bapa berdoa, kadangkala biarkan anak mendengar
rintihan kita yang benar-benar ikhlas. Berdoalah dengan jelas dan
menggunakan bahasa yang mudah difahami anak. Kelak ia akan menjadikan
doa kita sebagai azimat dalam hidupnya.
4. Menjaga Kredebiliti
-Tidak menunjukkan kelemahan diri di hadapan anak
-Tunjukkan kehebatan diri
-Akui kesilapan dan minta maaf
-Menjadi contoh
-Mendampingi anak dalam semua perkara
-Cakap serupa bikin
-Berpegang pada janji
5. Kenali Anak Kita
Ingatlah bahawa setiap
anak adalah unik. Mereka dilahirkan berbeza-beza. Dengan mengenali
anak, insyaAllah ibu bapa akan mudah mendekati dan membentuk mereka
menjadi anak yang berjaya. Kekurangan yang terdapat pada anak bukanlah
bermakna anak sudah tiada lagi masa depan. Berikan tumpuan kepada
kebolehannya dan gilap bakatnya.
Sekiranya anak tidak dapat memberi kejayaan dalam akademiknya,
terimalah anak seadanya. Mereka adalah seorang anak yang juga seorang
manusia. Manusia yang berjaya pernah menemui kegagalan. Dan kegagalan
itu akan menjadi titik permulaan dalam mengejar kejayaannya.
6. Baik Sangka Dan Elakkan Perkataan Negative
DIAGRAM 1 |
Setiap ibu bapa inginkan anak mereka cemerlang dalam
hidup. Baik di dunia mahupun di akhirat. Akan tetapi kecemerlangan anak
itu seringkali diukur melalui aspek akademiknya di sekolah. Keluhan
demi keluhan akan keluar dari mulut ibu apabila anaknya tidak cemerlang
di sekolah. Kadangkala ibu memberitahu jiran di depan anaknya.
“Anak saya memang lambat. Cikgu ajar dia banyak kali pun dia tak ingat. Ish, tak tahu lah apa nak jadi”
Apa perasaan anak ketika itu? Zahirnya muka anak seperti biasa, bak kata orang “blurr”.
Akan tetapi siapa yang tahu perasaan di hatinya ketika itu. Cukuplah
kita meletakkan diri kita di tempatnya untuk merasai apa yang dirasai
anak. Ketika bos kita merendahkan kita di depan kita sendiri. Mesti
sangat sedih kan?
"Anak saya memang lambat" Kita
sendiri yang meletakkan dimana gred anak kita. Ingat...Kata-kata ibu
adalah doa. Kekerapan kita mengatakan perkara ini, anak kita pasti akan
jadi seorang insan yang lambat dan bengap.
"Cikgu ajar dia banyak kali pun dia tak ingat. Ish, tak tahu lah apa nak jadi”
Kita sendiri merendahkan harga diri anak kita. Seseorang yang mempunyai
harga diri yang rendah agak sukar untuk maju dan cemerlang dalam hidup.
Apalagi sekiranya ibubapa sendiri yang merendahkan diri mereka dan lebih
parah apabila hal ini berlaku di depan orang lain terutamanya
rakan-rakan mereka.
Kata-kata ini akan tersimpan dalam minda separa sedar mereka dan kata-kata ini akan sentiasa menjadi satu sumpahan.
Walaupun budak ini cuba naik dengan menyimpan hasrat untuk berubah dan
hasrat ini hanya berada dalam minda sedar mereka, usaha mereka tidak
akan sampai kemana kerana yang berkuasa merubah diri anak tersebut
adalah dipegang oleh otak separa sedar. Melainkan satu usaha dilakukan
secara praktikal untuk menghilangkan sumpahan tersebut dan masukkan yang
terbaik tentang anak-anak itu ke dalam minda separa sedar mereka.
Untuk mendapat info yang lebih terperinci sila layari
DIAGRAM 1:
Diagram 1 jelas menunjukkan bagaimana segala maklumat yang diterima oleh
minda sedar kita diserap sepenuhnya oleh minda separa sedar kita. Maklumat-maklumat ini bersifat jangka pendek di dalam minda sedar, tetapi berubah menjadi maklumat jangka panjang
dalam minda separa sedar dan menguasai minda kita
setiap masa tanpa henti dan terus kekal. Sekiranya dia menerima maklumat
bahawa diri tuannya bodoh, dia akan berkerja siang dan malam, setiap
saat untuk menjadikan tuan badan bodoh. Manakala bagi yang bertuah
dimana minda separa sedarnya menerima arahan bahawa tuan badannya
cerdik, minda separa sedarnya akan berusaha setiap saat tanpa henti
untuk menjadikan tuan badan cerdik. Bukan itu sahaja, minda ini juga
menjana gelombang yang mempertemukan tuan badan dengan segala peluang
yang membolehkan tuan badan jadi cerdik dan berjaya. Begitulah
sebaliknya.
Sangat penting para ibubapa mengeluarkan kata-kata yang membuat
anak-anak itu rasa mereka istimewa dan unik dan berkebolehan. Bagi
mereka percaya bahawa mereka boleh berjaya dan jadi insan hebat dengan
keunikan yang ada pada diri mereka. Sesungguhnya setiap insan di dunia
ini adalah unik dan mempunyai kekuatan masing-masing walaupun mereka
cacat anggota dan buta.
Tugas ibubapa ialah mencari kunikkan anak mereka dan kehebatan yang
tersembunyi dalam keunikan itu. Jangan diperbesarkan kelemahan tetapi
dengan penuk hikmah cuba sama-sama memperbaikinya. Bagi anak yang sudah
percaya akan kebolehan dirnya, adalah senang untuk membetulkan
kelemahannya Manakala bagi mereka yang tiada kepercayaan pada diri
sendiri, adalah mustahil untuk dia berjaya walaupun peluang sudah berada
dalam genggaman.
Sumber:
http://anakkusayang.com/blog/ulasan-buku/ulasan-buku-jadikan-rujukan-dalam-mendidik-anak#more-1998
DEAR READERS!!
YOUR POSITIVE COMMENTS ARE HIGHLY APPRECIATE.
♥♥♥ FCU MALAYSIAN HOMESCHOOLING ♥♥♥