( GUIDANCE CORNER )
MEMORI KHAS BUAT TATAPANMU WAHAI PENJAGA LANGKAWI
ALLAH SAMPAIKAN HAJAT KAMI
Kabus masih menutupi sebahagian pemandangan lautan sekitar Pulau Langkawi. Sebaik sahaja kami mengambil tempat masing-masing di dalam bot, terpandang kelibat dari belakang dua orang gadis mat salleh yang juga sedang mencari tempat duduk mereka mengikut nombor yang tertera pada tiket yang dibeli. Sebaik sahaja mereka memalingkan muka, senyuman lebar yang manis sekali mereka lemparkan kepada kami dengan penuh keterujaan. Malah kami juga teruja seperti mereka sambil melambai-lambaikan tangan agar mereka mampir bersua muka.
Kauthar dan Tesnim terus menghulurkan tangan, dan kami sambut dengan ucapan salam sejahtera. Terasa sungguh lega dapat bersua muka sekali lagi dengan mereka. Tidak lama kemudian ibu mereka ( Casandra ) bersama adik lelaki ( Musa ) dan adik bungsu perempuan ( Sansabilla ) menyusul. Apalagi....suasana menjadi sungguh ceria dan masing-masing berpelukan. Oleh kerana bot mula bergerak, kami hanya mampu melemparkan senyuman lebar antara satu sama lain. Perbualan bersambung sebaik sahaja kami menjejakkan kaki di Jeti Kuala Kedah.
Cassandra adalah seorang wanita warga Australia yang telah berkahwin dengan seorang lelaki Mesir. Dia menceritakan bagaimana sabarnya suami tersayang menarik dia agar cinta kepada Islam. Akhirnya dia memeluk Islam dan cuba sedaya mendapat keredhaan Ilahi dalam kehidupan sehariannya.
Sebulan selepas Hari Raya Aidil Fitri yang lalu, dia dan keempat-empat anaknya telah berkunjung ke FCU atas dasar melawat FCUHOMESCHOOLING. Kesemua anaknya juga homeschool seperti kami. Sebelum datang ke Langkawi, mereka sudah tinggal di Kelantan dan Trengganu buat beberapa tahun. Mereka sekeluarga sudah berada di Langkawi buat setahun lebih. Hanya di penghujung persinggahan mereka baru Allah takdirkan pertemuan kami. Itupun melalui hebahan seorang rakan mereka dari Amerika.
Musa yang selalu tersenyum. Kebetulan FCU juga ada seorang yang bernama Musa. |
Afiqah duduk di atas riba Kauthar di atas bot. Tempat duduk yang sempit tidak menghalang kemestaan mereka. |
Walaupun baru 2 kali bertemu, mereka sudah menjadi rakan baik dan sangat serasi. |
Selepas kunjungan mereka tempoh hari, kami mendapat tahu dari seorang rakan dari Australia bahawa keluarga ini akan pulang ke tanah air mereka pada penghujung December. Sayang sekali kami tiada nombor tel. mereka untuk mengundang mereka sama-sama meraikan Hari Raya Korban tempoh hari. Memang rasa terkilan juga kerana perkenalan itu berhenti setakat itu setelah kemesraan dijalin. Alhamdulillah, akhirnya kami bersua muka juga pada saat-saat akhir mereka di Malaysia. Walaupun jauh tapi khidmat Skype pasti kami masih dapat berintraksi face to face. Hebatnya teknologi yang Allah ilhamkan kepada manusia !!
LAWATAN MEREKA KE HOMESCHOOL KAMI
Suasana meriah semasa lawatan mereka ke FCU tempoh hari |
Marry Ann (paling kiri) telah memberitahu Cassandra tentang kami. Masih ingat lagi ketika kali pertama bersua muka, dia menyambut ucapan Hello saya dengan ucapan Assalamualaikum. Terkejut juga kerana kami tidak tahu mereka adalah muslim. Walaupun jelas dari pakaiannya yang menutup aurat tapi pada mulanya saya ingatkan fesyen semata-mata kerana kebanyakan tetamu bangsa asing kami adalah Kristian. Sehari suntuk kami bermesra sambil makan dan berbual panjang.
Alyssa tetap jadi tumpuan ramai |
Sedang mengayuh basikal exercise kaki |
Musa ( 8 tahun) pada mulanya asyik mengajak emaknya balik tetapi setelah berkenalan dengan Hafidz, terus merasa seronok. Hafidz membawanya meneroka pantai dan melawat sekeliling Kampung Bakau.
Sebaik sahaja Hafidz membawanya bersiar-siar sekeliling kampung, dia
pula tak mahu pulang bila tiba waktunya.
Sangat teruja dengan kanta pembesar |
Bersama Afiqah meneropong cacing dan serangga dalam pasu bonsai |
Semua benda menjadi bahan kajian mereka termasuklah ikan dalam aquarium. |
Saintis muda (Afiqah, Afiq dan Sansabilla) tengah berekperiment dalam taman bonsai FCU. Hai...tak cukup dengan alam sekeliling, jari pun jadi bahan kajian. |
DEAR READERS!!
YOUR POSITIVE COMMENTS ARE HIGHLY APPRECIATE.
♥♥♥ FCU MALAYSIAN HOMESCHOOLING ♥♥♥