( GUIDANCE CORNER )
MEMORI KHAS BUAT TATAPANMU WAHAI PENJAGA LANGKAWI
KELANTAN DALAM KENANGAN
Kebanyakan rumah-rumah kenalan bonsai yang kami singgah tidak terletak di tepi jalan besar. Maka wira-wira kami berpeluang menyusur jauh ke dalam kampong negeri Cik Siti Wan Kembang. Masih banyak tempat yang kekal dengan keindahan alam semula jadi. Mungkin kerana Kelantan tidak membangun sepesat setengah-setengah negeri-negeri seperti Pulau Pinang, Selangor dan Perak.
Suasana kampong yang penuh dengan kedamaian. Keindahannya memukau hati.
Sungai mengalir tenang di tengah-tengah sawah yang menghijau. Deretan pepohon kelapa melambai-lambai, seolah-olah menggamit ucapan selamat datang.
Walaupun Kelantan masih lagi dalam musim tengkujuh, perjalanan kami
mendapat rahmat Allah kerana sinar mentari tetap mengiringi kami kemana
sahaja kami pergi. Namun begitu,
kami tetap mengalami kesukaran apabila jalan yang kami lalui itu di tenggelami air. Dengan itu hanya kaum lelaki sahaja meredah air setingi lutut untuk menziarah rumah kenalan bonsai manakala kaum perempuan pula hanya melepak dalam kereta
kami tetap mengalami kesukaran apabila jalan yang kami lalui itu di tenggelami air. Dengan itu hanya kaum lelaki sahaja meredah air setingi lutut untuk menziarah rumah kenalan bonsai manakala kaum perempuan pula hanya melepak dalam kereta
Walaupun sudah berpuluh tahun tidak menjejakkan kaki di bumi Kelantan, aku masih dapat menikmati pemandangan yang sama seperti di zaman kanak-kanak dahulu.
Di persimpangan ini, kami terus ke Kandis untuk meneruskan perjalanan ke Trengganu. Mataku hanya sempat menyapa dan mengambil photo papan tanda di atas. Kami perlu segera berlalu. Selamat tinggal Pantai Irama Bandar Pelancongan Islam tempat tumpahnya darahku, yang pasti merinduku dan terima kasih kepada para penghuni Kelantan atas layanan mesramu. Hingga kita ketemu lagi.......
INFO : BACHOK BANDAR PELANCONGAN ISLAM
Sejarah Bachok - Bandar Pelancongan Islam
Bachok merupakan salah satu daripada 10 jajahan pentadbiran negeri Kelantan yang terdiri daripada: Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Pasir Puteh, Bachok, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Gua Musang. Bandar Bachok terletak di sebelah barat daya, lebih kurang 35 kilometer dari Kota Bharu.Tempat ini lebih dikenali sebagai perkampungan nelayan dengan pantainya yang menarik diantaranya yang terkenal ialah Pantai Irama, Pantai Kandis, Pantai Kemayang, Pantai Melawi dan Pantai Pengkalan Pateh.
Pada masa dahulu sejumlah orang Siam telah datang ke Bachok dan menetap di situ sebagai nelayan. Di antara kampung orang Siam yang terkenal di Bachok ialah Kampung Aril.
Nama Bachok dikatakan berasal dari dua perkataan Siam iaitu Ban dan Choh. Ban bererti kampung dan Choh pula bermakna jala/jaring untuk menangkap ikan. Orang Siam memanggil tempat itu Ban Choh kerana mata pencarian penduduknya tertumpu kepada menangkap ikan. Sebutan Ban Choh akhirnya bertukar menjadi Bachok mengikut loghat Kelantan.
Kononnya pada zaman dahulu kala terdapat sebuah batu menyerupai seekor burung yang seakan-akan sedang terbang dari laut di tepi pantai sepanjang kira-kira 2 kilometer itu. Tempat di mana batu yang dikatakan wujud kini dikenali sebagai Kampung Tok Burong.
Masyarakat dahulu kala di sini juga percaya mengenai cerita kononnya wujud sebuah kemudi emas yang timbul dipermukaan air di pantai itu bersama-sama seekor buaya putih. Menurut cerita, buaya putih sakti itu telah mengambil seorang budak perempuan di situ untuk dijadikan anak angkatnya sehingga dewasa.
Kerana sayangnya yang tidak terhingga, buaya putih itu sentiasa memberi berupa barang-barang kemas kepada budak perempuan itu. Tempat di mana berasalnya cerita dongeng itu kini dikenali sebagai Kampung Seri Kemudi.
Pantai Irama juga menyimpan sejarah pahit tanahair kerana menjadi salah satu tempat pendaratan utama tentera Jepun di Tanah Melayu pada zaman Perang Dunia Kedua dahulu dan kesan yang masih boleh dilihat ialah beberapa buah kubu tentera inggeris yang masih terdapat di situ.
Terdapat beberapa kubu seperti ini di sepanjang Pantai Irama. Ketika kecil dulu, aku sering bermain sorok-sorok di dalamnya.
Di antara tempat-tempat menarik di Bachok ialah;
1. Pantai Irama Bachok
Lokasinya
terletak di pinggir Bandar Bachok. Banyak kemudahan yang disediakan di
kawasan ini seperti gerai jualan, tandas awam, surau, wakaf, tempat
letak kerata, dataran, tempat menyalin pakaian dan taman permainan
kanak-kanak.
Kemasyhuran Pantai Irama Bachok sudah tidak asing lagi bagi penduduk Bachok dan penduduk di Kelantan amnya. Pantai Irama Bachok seringkali dijadikan tempat mengadakan pesta dan pelbagai acara keramaian yang lain.
KOLEKSI PEMANDANGAN PANTAI IRAMA YANG SANGAT CANTIK DAN PERMAI
(Ihsan dari Google)
Air sungai ini mengalir dengan tenang dan sering menjadi tempat penghuni membilas badan setelah mandi air laut yang masin itu. Semasa tahun 197oan dulu, sungai ini lebih luas dan dalam. Ada sebuah jambatan gantung melintasinya yang dibina semasa zaman Jepun. Apabila kita berada di atas jambatan gantung itu, terasa diayun-ayun oleh angin laut yang bertiup kencang.
Beginilah ramainya pengunjung pada hujung minggu. Masa kecil dulu,aku sering berjalan kaki dengan adik-adik sambil membawa bekalan makanan yang disediakan oleh ibu. Rumahku hanya di sekitar pantai ini. Di samping pantainya yang cantik, pengunjung juga dapat mencari REMIS yang sangat banyak di sepanjang pantai Bachok. Dalam masa yang sekejap aje dah dapat sebesen besar remis yang saiznya besar-besar. Goreng dengan cabai dan makan depan tv. Ah! Enak sekali.
Beginilah rupa remis yang memang banyak terdapat di sepanjang Pantai Irama. Cara mengutipnya pun sangat senang. Sebaik sahaja air ombak berlalu, cepat-cepat kaiskan pasir pantai dengan kaki. Pasti kita akan nampak remis ini dalam pasir. Masukkan pasir bearsama remis ini ke dalam bekas penapis sayuran di rumah. Bila air ombak datang lagi, cepat-cepat ayak pasir yang berisi remis. Kita akan dapat lihat remis memenuhi bekas. Masukkan remis yang sudah bersih ini ke dalam baldi yang berisi air laut. Setelah berulang-ulang dilakukan, dalam masa sekejap sahaja kita dah dapat separuh baldi dan dah cukup nak buat kenduri satu rumah dengan snek remis yang lazat.
Remis akan terbuka apabila dimasak. Sebenarnya bermacam-macam resepi boleh dimasak kerana rasa remis sungguh sedap terutamanya kalau yang dah benar matang iaitu sebesar setengah ibu jari orang dewasa. Masak gulai lemak pun boleh. Masa dulu, mak selalu masak lemak cili api untuk makan dengan nasi. Nenek pula suka buat jeruk remis. Masukkan remis yang bersaiz besar ke dalam balang yang berisi air garam pekat yang sudah dimasak terlebih dahulu. Biarkan remis ini selama seminggu dua. Lepas itu kita dah boleh makan terus dengan nasi bercicahkan air asam. Menambah-nambahlah jawabnya....
Bagi mereka yang berkeluarga, kawasan yang mempunyai teduhan begini menjadi pilihan agar tidak begitu panas dek panahan sang mentari.
Padang rumput yang penuh dengan bunga kaki gunung ini sayup mata memandang. Memang cantik untuk bergambar di kawasan ini. Kelihatan bagai kita berada dalam musim bunga !!!
Lihatlah betapa putih bersihnya pasir pantai ini.
Berbagai-bagai kemudahan disediakan buat pengunjung
Sebahagian pantainya dipenuhi hanya pokok Ru. Kelihatan begitu romantis dengan lambaian lembut dedaun Ru menggamit pengunjung untuk datang lagi.
Indahnya suasana senja di Pantai Irama
Ruang pantainya yang sangat luas itu membolehkan berbagai aktiviti pantai dijalankan pada setiap musim perayaan.
Terdapat beberapa chalet disediakan di sepanjang sungai yang mengalir ke Laut China Selatan buat pengunjung yang datang dari jauh.
Penduduk tempatan sedang berpesta main wau yang sangat terkenal di Kelantan.
Antara kemudahan-kemudahan yang disediakan kepada pengunjung adalah seperti berikut:
- Gerai makanan laut goreng
- Taman permainan kanak-kanak
- Tandas awam
- Chalet
- Kemudahan pengangkutan awam
- Surau
- Pasar malam (Jumaat) dan pasar tani (Sabtu)
2. Pantai Kemayang
Pantai Kemayang terletak di daerah Kemasin, iaitu kira-kira 5 km dari Bandar Bachok. Kemudahan yang disediakan adalah seperti tandas awan, surau dan juga gerai-gerai yang menjual pelbagai barangan seperti makanan barasaskan makanan laut dan juga masakan panas.
Keistimewaan Pantai Kemayang ialah ianya mempunyai pemandangan yang amat menarik dan sesuai dikunjungi oleh pelbagai golongan masyarakat.
Pantai ini Terletak didalam Daerah Perupok dan bersebelahan dengan Pantai Kemayang. Ia merupakan sebuah jeti pendaratan ikan yang utama bagi Daerah Bachok.
Pantai ini sering dikunjugi bagi mendapatkan bekalan hasil laut yang segar dan murah.
Suasana di sini cukup menarik memperlihatkan kehidupan masyarakat nelayan disepanjang jeti pendaratan ikan. Di sini juga disediakan kemudahan-kemudahan seperti gerai-gerai yang menjual makanan dan minuman kepada pengunjung.
4. Pusat Sumber Kandis
Keunikan Pusat Sumber Kandis ialah di sini banyak menyimpan khazanah seni ukiran Melayu yang berorientasikan seni langkasuka seperti batu nisan kubur, rehal, mimbar, hiasan dinding, senibina masjid dan istana daripada pengaruh pantai timur Malaysia dan Patani, Thailand yang unik dengan motif-motif tersendiri.
TRENGGANU NEGERI PANTAI YANG INDAH
Kami terus menyusur jalan menuju ke Tok Bali dengan niat untuk makan di tepi pantai. Walau bagaimanapun Allah itidak zinkan dan kami makan nasi lemak dan ayam kentucky
yang dibeli di Petronas Pasir Puteh. Memang kami sangat lapar kerana
waktu dah hampir Asar. Hidangan terakhir yang kami jamah ialah makan
pagi di rumah saudara Mat Yie di Kampong Pintu Gang. Inilah cabaran bila bermusafir.
Di sepanjang jalan, wira-wira kami merempuh hembusan angin pantai. Hanya kepadaMu segala puji-pujian mencipta alam yang serba indah ini. Masyaallah....pantai bumi Trengganu sungguh cantik dengan desiran ombak tengkujuh yang menunjukkan kuasa mutlaknya menghempas pantai yang putih bersih.
Walau pun hati ingin singgah menikmati keindahan pantai-pantai ini tapi kami terpaksa teruskan perjalanan kerana sudah ada kenalan menunggu kedatangan kami di persinggahan seterusnya.
Akhirnya kami berjaya menghubungi saudara Lan di Stiu yang kemudiannnya membawa kami makan di sebuah restoran yang pernah dibina nya. Memang cantik restoran tersebut yang terletak di tepi laut. Desiran angin laut dan deruan hempasan ombak jelas kedengaran ketika kami menikmati hidangan makan malam. Memang meninggalkan satu kenangan yang sukar dilupakan kerana suasana romantiknya. Sambil makan sambil menikmati kecantikan ukiran tradisi Melayu yang menjadi teras utama hiasannya. Pada mulanya kami ingin bersantai sambil makan di luar bumbung restoran tetapi keadaan cuaca musim tengkujuh yang tak menentu memaksa kami memilih untuk duduk di dalam. Namun, suasana yang damai dan relax membuat kami tidak rasa terkilan dengan pilihan kedua. Alhamdulillah....
Inilah suasana dari luar restoran D'OMBAK yang menyajikan hidangan makan malam kami. Memang unik cara hiasannya dan juga kelihatan begitu romantik dengan cahaya lampu kemerahannya.
Seratus peratus binaannya adalah dari kayu kayan dan buluh tempatan. Memang menarik terutamanya bagi pelancong luar negara yang asing dengan budaya Melayu.
Pemilik restoran ini begitu bijak mengadunkan hiasan
dalaman dengan kehijauan tumbuhan tropika dan percikan air terjun di
setiap sudut ruang. Damai dan mengasyikkan suasan D'OMBAK yang pasti
meninggalkan kenangan yang sangat manis buat pengunjung.
Syukur ke hadrat Ilahi diatas rezekiNya. Sudah kenyang dah ....Hanya tinggal mangkuk-mangkuk kosong di atas meja. Bila dah kenyang, tentu nak cari tempat berehat untuk melelapkan mata yang letih seharian dalam musafir.
Saudara Lan telah menyediakan kepada kami sekeluarga sebuah rumah kampong kepunyaan ibunya yang kini menetap di Dungun bersama kakaknya. Memang sudah lama tidak tinggal di rumah kampong yang hiasan dalamannya begitu simple dan luas. Sangat terasa seperti berada di zaman 60an. Memang bagus buat pendedahan anak-anak yang juga begitu teruja dengan air telaga dan peralatan menoreh getah dan tempayan lama. FCUHOMESCHOOLING terus beroperasi seperti biasa di mana para pelajarnya berada dalam bilik darjah yang begitu luas dan ilmu sentiasa mengalir tanpa hadnya.
CIKU OH CIKU.....
Di sekeliling rumah ini di tanam dengan berbagai jenis pokok buah-buahan. Yang paling ketara sekali di hadapan rumah emaknya ada sepohon pokok ciku yang besar dan rindang. Begitulah juga di belakang rumah saudara Lan juga ada sepohon pokok ciku yang besar. Kedua-dua pokok ini sedang berbuah dengan lebatnya tapi masih belum ranum.
Kami sampai ke rumah ini hampi jam sepuluh malam. Sebaik sahaja kami menjejakkan kaki di depan rumahnya, Hafidz yang awal-awal lagi dah memeriksa sekeliling rumah kampong itu memberitahu tentang pokok ciku tersebut.
Beberapa bulan yang lalu Hafidz ada mengumpulkan beberapa biji benih buah ciku. Sebelum itu abangnya Musa telah membeli sekilo buah ciku yang sangat manis rasanya. Kerana sangat suka akan rasanya, Hafidz teruja untuk menanamnya di sekeliling rumah. Namun usahanya mendapat tentangan dariku kerana setahuku pokok ciku tidak sesuai di taman berdekatan dengan rumah. Ini adalah kerana makhluk halus sangat suka tinggal di atas pokok ciku terutama yang rendang dan besar. Lagilah Hafidz tak percaya....baginya tiada kaitan antara makhluk halus dan jenis-jenis pokok. Untuk mengesahkannya aku bagi beberapa contoh rumah-rumah saudara mara dan jiran sekampung yang ada banyak pokok ciku di sekeliling rumah mereka. Boleh dikatakan hampir semua keluarga-keluarga ini mempunyai anak yang cacat anggota. Sungguh ironi dan Hafidz mula tergamam dan mula rasa ada kesahihan dakwaanku sebelum ini. Hafidz memang susah percaya tanpa bukti yang kukuh. Aku mula surf internet mengenai pokok ciku dan kaitannya dengan makhluk halus. Sebaik sahaja Hafidz membaca info tersebut, terus dia menggali balik semua benih ciku yang sudah di tanamnya.
CIKU RENDANG BERBUAH DI TEBANG SEMUANYA
Sesampai sahaja di tempat penginapan baru, GM sentiasa mengingatkan kami untuk membaca banyak ayatul Kursi terutamanya sebelum tidur. Pada keesokannya isteri saudara Lan iaitu Zaharah telah menghidangkan kami dengan nasi dagang yang enak sekali. Kedua-dua negeri Kelantan dan Trengganu sangat popular dengan nasi dagangnya. Selepas itu kami sempat berbual-bual dengannya.
Antara topik yang dibualkan ialah berkenaan masaalah dengan anak-anaknya. Mengikut puan Zaharah, semua anak lelakinya sangat lembab dalam pembelajaran. Padahal suaminya adalah seorang arkitek dan pengusaha binaan. Manakala anak perempuannya pula sangat malas belajar tapi tidaklah lembab. Hingga tidak dapat faham apa yang cikgu ajar. Di samping itu mereka sekeluarga sering di serang sakit kepala yang teramat sangat hingga mahu dihentak ke dinding rasanya. Sakit itu sangat pelik dan bila di periksa doktor, tiada pula hadapi apa-apa penyakit. Macam sakit misterilah.... Manakala ibu saudara Lan pula lumpuh dan terpaksa tinggal dengan anak-anak secara bergilir-gilir. Kasihan keluarga malang ini.
Rupanya kecacatan ada berbagai kategori. Otak yang sangat lembab juga boleh dianggap cacat walhal ibubapanya sangat cerdik. Dengan sedikit ilmu pengetahuan yang ada kami pun memberitahu tentang apa yang kami tahu berkenaan kesan pokok ciku terhadap penghuni rumahnya. Di samping itu kami juga menyuruh beliau membaca sendiri di website ini.
Setelah mengetahui punca kelembapan otak anak-anak lelakinya dan juga sakit kepala yang teramat sangat tanpa sebab, mereka mengambil keputusan untuk menebang sahaja pokok yang sudah banyak berjasa menghasilkan buah ciku yang manis dan lazat. Mungkin ini sahaja penyelesaiannya tanpa rasa kesal kerana kesihatan adalah segala-gala dan juga mudah-mudahan terubat kelembapan otak anak-anak lelaki mereka. Wallahualam....
Ini adalah persinggahan yang kedua kami bermalam semasa musafir ini. Pagi-pagi lagi GM dan anak-anak lelaki pergi ke hutan mencari pokok bonsai terutamanya pokok CUCUR ATAP yang terkenal dan mahal har
ganya.
Bonsai CUCUR ATAP di salah sebuah rumah kenalan yang kami singgah. Sungguh cantik dan menarik.
Kami bertolak sebelum tengahari untuk bertandang ke beberapa kenalan bonsai yang juga pernah bertamu di rumah kami tempoh hari. Sebenarnya bilangan mereka yang bertamu di rumah kami di Langkawi adalah sebelas orang. Mungkin kami tidak sempat untuk bertandang ke semua rumah kerana kami terpaksa bergegas ke PAKA dimana Suhaib dan isterinya (ibu bapa Alyssa) sedang menunggu kedatangan kami.
DEAR READERS!!
YOUR POSITIVE COMMENTS ARE HIGHLY APPRECIATE.
♥♥♥ FCU MALAYSIAN HOMESCHOOLING ♥♥♥