TRANSLATE THE BLOG TO YOUR LANGUAGE
English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Selasa, 10 Januari 2012

SIRI 3 (BONSAI) : CACATAN PENJELAJAHAN FCU KE SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA.



( GUIDANCE CORNER )
MEMORI KHAS BUAT TATAPANMU WAHAI  PENJAGA  LANGKAWI

KUALA KEDAH ( 21.12.2012)

Sebaik sahaja kereta kami yang dihantar terlebih awal dengan feri tiba di perkarangan Jeti Kuala Kedah, aktiviti menyusun beg-beg pakaian dan peralatan FCUPRODUCTION pun bermula. Belakang Frontier inilah  akan menjadi tempat menyimpan segala barangan. Dalam kereta hanya muat untuk memasukkan botol-botol air minuman dan makanan ringan sepanjang perjalanan. Beg pakaian yang paling besar adalah kepunyaan Afiqah, Afiq dan Alyssa. Mungkin kerana mereka perlu kerap menyalin pakaian, tidak seperti orang dewasa. Setiap orang membawa cukup pakaian untuk di pusing agar tidak menggangu kelancaran perjalanan. Sebolehnya masih ada ruang untuk bakal-bakal bonsai yang akan kami sunting di sepanjang perjalanan terutamanya di Kelantan dan Trengganu yang terkenal dengan pokok cucur atap.


Semoga Allah kurnian kekuatan pada wira Frontier untuk menanggung beban  di sepanjang perjalanan ini.






Sementara ahli lain sibuk menyusun barang ke atas kereta, Afiqah tidak lepas peluang untuk menulis dan melukis apa yang tercetus di fikiran. Biasanya gambar yang di lukis itu adalah yang dia nampak di sepanjang jalan yang di lalui. Inilah gaya homeschool semasa travel. Pasti sekali perjalanan ini akan mengajar Afiqah dan Afiq banyak pengalaman untuk dirakam dalam memori mereka.


Pencucian sangat penting untuk memulakan perjalanan. Kami sejukkan kedua-dua wira kami di kedai mencuci kereta.



Perut mula lapar kerana tidak sempat menjamah apa-apa sebelum keluar dari rumah pagi subuh tadi. Warung di tepi sebuah jalan di Kuala Kedah ini menjadi pilihan kami. Suasananya yang terbuka dan masih tidak ramai pelanggan memang sesuai dengan angkatan tentera kami.



Deretan lauk pauk menunggu untuk dipilih. Memang rambang mata kita dibuatnya. Sebelum memulakan perjalanan, setiap ahli sudah ditarbiahkan berkenaan pemakanan . Yang paling senang untuk diamalkan ialah sunnah Rasulullah. Makan setelah lapar dan berhenti sebelum kenyang. Dengan itu taklah kita makan ikut nafsu. Rasulullah juga suruh kita bersederhana dalam kehidupan. Taklah  timbul rambang mata. Yang penting ikut keseimbangan diet. Ada carbohydrate, protein, vitamin dan minerals. Makanan yang berkat akan menjana badan yang berkat untuk sebuah perjalanan kerohanian yang penuh keberkatan.



Inilah kedai kanvas yang telah kami hubungi sebelum memulakan perjalanan lagi. Tidak begitu susah menjejaknya kerana Kuala Kedah tidaklah terlalu sibuk dan padat. Oleh kerana kami perlu segera, tidaklah sempat survey kedai lain walaupun agak mahal. Mengikut penduduk tempatan, masih ada kedai lain yang lebih murah. Mungkin dah jadi rezeki tuan kedai ini . Yang penting ....kami tak perlu ruang masa yang lama untuk urusan memasang kanvas.


Walaupun agak mahal, tapi pemasangan yang cekap dan teliti membuat kami puas hati. Sebenarnya tak susah sangat nak pasang kanvas ni...Pengalaman pertama akan buat kami lebih peka dan arif.


Ha...dah beargaya wira Frontier kami. Perjalanan yang akan menyusur di sepanjang negeri di Pantai Timur sudah pasti akan berdepan dengan keberangkalian hujan lebat kerana masih dalam musim tengkujuh. Kanvas ini kelihatan cukup kebal untuk memastikan segala beg pakaian dan peralatan dalam keadaaan selamat. Ia...kami sudah bersedia untuk memulakan perjalan yang penuh sejarah ini...Semoga Allah sentiasa melindungi dan memberkati kami semua. Amin...


Kami menggunakan laluan lebuh raya Grik (TIMUR) yang kemudiannya bercabang ke Kelantan. Pada mulannya agak keliru kerana kami jarang ke Pantai Timur tetapi dengan penggunaan GPS, Alhamdulillah...semuanya berjalan dengan lancar. Bersyukur dengan teknologi moden yang menyenangkan segala urusan.


Satu beg yang mengandungi beberapa buku bacaan dan untuk menulis berserta alat tulis sedia menunggu di seat belakang wira kami. Afiqah dan Afiq sangat teruja untuk belajar dalam kereta. Maklumlah pengalaman baru tentu mencetuskan perasaan baru dan diri baru. Baru berada di ambang perjalanan, mereka nampak begitu matang dan cerdik. Alhamdulillah....betullah...jauh berjalan akan luaskan pandangan. Sesungguhnya mereka amat bertuah kerana berpeluang berkelana dalam usia yang begitu muda.

KELANTAN DARULNAIM

Sepanjang perjalanan ke Kelantan dan Trengganu, memang kami jangkakan untuk singgah di beberapa buah rumah kenalan bonsai.Kebanyakan mereka sudah bertandang di rumah kami di Langkawi semasa Pameran Bonsai Malaysia yan g berlangsung di sana tempoh hari.

Sebelum memulakan perjalanan, memang ada persediaan di hati mengenai cuaca yang bakal di hadapi kerana masih dalam musim tengkujuh. Banyakkan doa dan pohon Allah mempermudahkan urusan.

Sepanjang perjalanan ke Kelantan, wira-wira kami menyusur laluan yang tenang dalam suasana ceria. Cuacanya indah sekali kerana tidak panas terik. Kebanyakan masa, kami melalui rimbunan hutan-hutarn kerana lebuh raya ini masih baru dan masih tidak dibangunkan sepenuhnya. Gunung ganang dan bukit bukau menjadi penghias pandangan. Kerap juga menemui sungai dan tasik besar. Memang cantik sungguh hutan-hutan di Malaysia.

Waktu Maghrib menyambut ketibaan kami di Wakaf Chek Yeh, Kelantan. Saudara Mat Yie ( nama gelaran seorang kenalan ) sudah sedia menunggu kami untuk di bawa ke Homestay yang telah diuruskannya di Pintu Geng. Selepas mandi dan solat, kami bertolak dari homestay ke rumah saudara Mat Yie untuk menjamah hidangan pertama di Kelantan yang di sediakan oleh keluarganya.

PERSATUAN BONSAI SENIMAN MALAYSIA






Kedatangan kami disambut oleh deretan bonsai yang bertaraf dunia. Kebanyakan bonsai-bonsai ini telah bertanding di peringkat antarabangsa dan pernah memenangi beberapa anugerah. Tuan punya garden bonsai yang indah ini adalah saudara Mat Yie, Timbalan Presiden Persatuan Bonsai Seniman Malaysia. Selain dari keluarganya, beberapa ahli PBSM juga turut meraikan kami pada malam itu.



Salah satu bonsai yang sangat menarik hati. Sebelah batangnya sudah terkopek, namun dia masih hidup. Hanya orang yang mahir boleh melakukan teknik sebegini, kerana pokok akan mati kalau tak kena cara. Untuk menghasilkan bonsai seunik ini, memerlukan masa berbelas tahun. Malah ada bonsai yang sudah dibela berpuluh tahun oleh saudara Mat Yie. Syabat Sifu Mat Yie !!!!


Pokok jenis palma ini juga berjaya dijadikan bonsai. 


Masih teringat lagi keenakan nasi lemak kukus yang kami jamah di rumah ini. Keunikan rasanya memang berlain dengan rasa nasi lemak yang biasa. Mengikut isteri saudara Mat Yie, Puan Rosnani, resepi nasi lemak ini adalah dari emaknya yang juga seorang peniaga nasi lemak khas untuk kakitangan Hospital Besar Kota Bharu.



Selesai sahaja menikmati nasi lemak special, FCUPRODUCTION terus memulakan shooting video di perkarangan Mat Yie Garden. Disinilah keistimewaan perjalanan ini di mana crew FCUPRODUCTION dapat merakamkan apa-apa sahaja peristiwa menarik untuk dijadikan video edisi khas musafir yang bermakna ini.


Hafidz tengah membelek-belek sepohon bonsai yang sangat kecil. Harga bonsai ini sudah mencecah hampir   RM 4,000 dan baru-baru ini telah memenangi hadiah dalam pertandingan di Kuala Lumpur. Menurut Puan Rosnani ( isteri saudara Mat Yie ), pokok bonsai mini sangat susah untuk dijaga dan dibentuk. Memang patutlah harganya sangat tinggi.









Malam itu kami bermalam di Homestay HIDAYAH. Pagi-pagi lagi kami sudah bersiap sedia untuk meneruskan kembara seluruh Semenanjung Malaysia. Sekali lagi keluarga saudara Mat Yie menjemput kami makan pagi di rumahnya. Kali ini kami dijamu dengan hidangan istimewa Kelantan iaitu Nasi Dagang dan Nasi Kerabu Hitam. Memang sedap dan istimewa. Pernah makan kedua-dua jenis nasi ini yang dijual di Langkawi tetapi rasanya tidaklah sesedap nasi yang dibuat di tempat induknya.


 Keunikan dan keindahan bonsai-bonsai ini yang pasti berharga ribuan ringgit. Malah ada juga koleksi yang sudah jadi terlalu peribadi hingga tidak dapat ditukar deng. Tidak peliklah sekiranya di Jepun terdapat koleksi sesebuah keluarga yang dibelai dari satu generasi hingga ke satu generasi. Ini tidak mustahil kerana usia pokok boleh mencapai ratusan tahun lamanya.





Keindahan pemandangan di Garden Mat Yie lebih terserlah bila kami tiba untuk menjamah makan pagi. Perkarangan rumah yang luas dan tersusun dengan deretan bonsai yang mempersonakan sungguh memukau  hati sesiapa sahaja. Malah ada sepohon rambutan yang sedang berbuah lebat dan ranum dijadikan bonsai. Sungguh menarik bentuknya. Sayang sekali saya terlupa untuk merakamnya untuk ditatap di sini.


Tajrid, salah seorang pelajar FCUHOMESCHOOLING sudah mahir menggunakan berbagai jenis kemera. Kini dia sudah diberi tugas dalam pengambilan video dan photo dalam video terbitan FCUPRODUCTION.

Begitu asyik Hafidz dan abangnya Musa mendengar penerangan tentang bonsai oleh Timbalan Presiden Persatuan Bonsai Seniman Malaysia (PBSM). Mereka berdua ditugaskan menemuramah saudara Mat Yie dalam video edisi khas.



Antara tujuan kami menziarahi saudara Mat Yie ialah untuk menimba ilmu melalui pengalamannya.




Untuk penjagaan bonsai yang sempurna, jenis-jenis tanah tanih juga memainkan peranan.



Afiqah dan Afiq mendapat kawan baru. Walaupun baru berkenalan, mereka sungguh mesra



Alyssa juga tidak mahu ketinggalan dalam main masak-masak. Dia nampak begitu matang dan pandai menyesuaikan diri dengan rakan yang jauh lebih besar darinya.




Hampir waktu tengahari kami bertolak dari rumah saudara Mat Yie menuju ke destinasi seterusnya. Masih ada beberapa persinggahan di negeri Cik Siti Wan Kembang yang akan kami tuju. Antaranya ialah rumah kenalan bonsai yang pernah bertamu di rumah kami di Langkawi tempoh hari. Kalau ikutkan hati, kami masih ingin meronda-ronda di pantai-pantai yang terkenal di Kelantan sambil mencari bonsai. Namun kami sudah terikat dengan janji di Trengganu.



DEAR READERS!! 
YOUR POSITIVE COMMENTS ARE HIGHLY APPRECIATE. 
♥♥♥ FCU MALAYSIAN HOMESCHOOLING ♥♥♥
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...