TRANSLATE THE BLOG TO YOUR LANGUAGE
English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Rabu, 15 Februari 2012

SIRI 6 (PASIR GUDANG) : CACATAN PENJELAJAHAN FCU KE SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA.


(GUIDANCE CORNER)
MEMORI KHAS BUAT TATAPANMU WAHAI  PENJAGA  LANGKAWI

Sudah 4 hari kami meninggalkan Langkawi. Walaupun setiap saat kami makin menjarak dari 99 kepulauan yang indah itu, hati-hati kami sentiasa membawa Langkawi bersama terutamanya dalam doa yang tak pernah putus. Ada dua orang pahlawan yang hebat yang terpaksa kami tinggalkan nun jauh di sana. Merekalah penunggu Langkawi yang kami pertaruhkan segala urusan perniagaan FCU dan juga menghidupkan STATION 1 FCU.
 
Sungguh besar tugasan yang diamanahkan dan mereka telah melaksanakan dengan baik sekali. Walaupun jauh di mata tetapi kami sentiasa berhubung terutama bila sampai di mana-mana homestay. Terima kasih kepada Skype kerana jarak sudah tak menjadi halangan untuk bercakap 4 mata.

Pasti sekali, segala penceritaan dalam CACATAN PENJELAJAHAN FCU KE SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA adalah khas buat tatapan pahlawan-pahlawan ini dan juga pembelajaran homeschool kami.

STATION 2 FCU

Kip Mart Masai adalah destinasi seterusnya sebelum kami sampai ke station kedua. Pasaraya ini sangat menarik dan cukup besar untuk memenuhi segala keperluan pengguna.


Suasana ceria menyambut kedatangan kami


Sudah lama tak masak makanan kegemaran kerana asyik makan diluar sepanjang musafir di Pantai Timur.
Tidak melepaskan peluang membeli barang runcit keperluan seharian.


Wah...rupanya di bahagian selatan tanahair sedang dalam musim buah-buahan. Memang murah harga durian di sini jika dibandingkan dengan Langkawi. Apalagi....angkutlah untuk kenduri sekeluarga.


Memang menarik Sweet Hut ini. Para pelanggan terpaksa beratur untuk mendapatkan minuman kegemaran mereka.


Food Courtnya juga sangat besar dan selesa dengan aneka pilihan makanan



Ini adalah kali pertama aku menjejakkan kaki di Station kedua yang beroperasi sudah hampir 3 tahun. Ahli-ahli yang lain dah beberapa kali ke sini atas urusan tertentu. Sering mereka bertukar ganti tinggal di sini. Ayahanda dan bunda Alyssa adalah wakil kami untuk menghidupkan station kedua ini.




Memang jauh sekali bezanya dengan suasana STATION 1 FCU di Langkawi, umpama bumi dengan langit namun fungsinya adalah sama. Kalau di Langkawi dikelilingi oleh hutan bakau, laut dan pulau, Pasir Gudang pula di kelilingi oleh hutan batu batan. Masyarakat di sini juga jauh bezanya dengan masyarakat Kampung Bakau yang penuh kemesraan persaudaraan. Di sini, pintu pagar sentiasa berkunci dan akan hanya dibuka bila kereta empunya rumah keluar dan masuk. Nak tengok kelibat orang pun susah. Para penghuni sangat sibuk mencari duit dan rumah adalah tempat berehat seketika. Mereka tidak mahu diganggu dan begitu juga tidak berhasrat untuk menziarah. Paling-paling mesra, angkat tangan dari jauh bila terserempak jiran sebelah. Jiran sebelah rumah kami adalah Melayu, jiran depan rumah adalah Cina dan India. Masyarakat majmuk ini hanya kenal sekali lalu sahaja antara satu sama lain.

Dinding rumahnya penuh dihiasi dengan cermin-cermin yang tidak nampak kelibat penghuninya dari luar. Ia juga kedap bunyi. Apalagi....pertama kali di sini, terasa seperti berada di taman tanpa penghuni. Untuk melihat kelibat kanak-kanak dan remaja juga gagal..Oh! Rupa-rupanya kebanyakan penghuninya adalah pasangan muda seperti ayahanda dan bunda Alyssa. Patutlah...tak nampak kelibat kanak-kanak.

Inilah hakikat kehidupan di bandar. Masing-masing dengan kehidupan mereka tersendiri. Apa yang terjadi pada kita, tiada siapa pun tahu. Kehidupan begini terasa sangat asing dengan kehidupan kami di Langkawi. Taman ini juga mempunyai security guard untuk para penghuninya. Di pintu masuk juga ada security guard yang hanya akan melepaskan mereka yang ada pas penghuni sahaja. Ini bermakna keselamatan penghuninya memang terjamin, Insyaalah. Kalau ada apa-apa, hubungi saja security. Mereka tidak perlu pada budi baik jiran lagi. Patutlah....masing-masing bawa hal.


STATION 1 FCU
Dari satu sudut begitulah pemerhatiannya. Bila dilihat dari sudut yang berbeza, ada banyak kebaikannya pula. Disini, kita disekelilingi dunia profesional. Kebanyakan penghuninya adalah mereka yang pakar dalam bidang masing-masing baik dari ahli perniagaan, jurutera dan sebagainya. Auranya memang membawa kita kearah lebih profesional. Etika kerja kita juga perlu berubah dari gaya kampung ke gaya international yang memerlukan disiplin dan ilmu yang tinggi. Aura dan semangat tempat memang mampu mengubah pendirian kita untuk terus meningkat lebih berjaya.
 
CAYO ...FCU CAYO...


DEAR READERS!! 
YOUR POSITIVE COMMENTS ARE HIGHLY APPRECIATE. 
♥♥♥ FCU MALAYSIAN HOMESCHOOLING ♥♥♥
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...