(GUIDANCE CORNER)
MEMORI KHAS BUAT TATAPANMU WAHAI PENJAGA LANGKAWI
SIAPAKAH PENGASUH AMAZING ALYSSA?
Amazing Alyssa 10 bulan |
Orang yang istimewa itu adalah ayahanda dan bonda Amazing Alyssa yang sedang menunggu kami di Paka. Kedua-dua mereka adalah jurutera yang berkhidmat dalam badan swasta berkaitan dengan petroleum. Hari ini Jumaat 23.12.2011 adalah hari terakhir kursus yang mereka hadhiri. Pasti mereka sangat merindui Alyssa yang sudah 2 minggu tidak dibelai.
Alyssa dilahirkan di Langkawi dan berpisah dengan ibunya setelah ibunya kembali bertugas. Setiap minggu, mereka akan terbang ke Langkawi untuk menatap belai Alyssa tersayang. Kadang-kadang, terpaksa ditangguh jadi 2 minggu kerana kesibukan tugasan jurutera yang dipikul. Sememangnya ibu Alyssa sudah bersedia untuk berhenti bekerja agar dapat menjaga Alyssa sepenuh masa. Alternatif kedua ialah mencari pengasuh untuk Alyssa agar bondanya dapat terus bekerja dan menjaga Alyssa selepas waktu kerja seperti yang dilakukan oleh kebanyakan pasangan muda.
Namun....tidak sesekali akan kami serahkan Alyssa kepada pengasuh. Pemantauan yang sangat teliti telah dibuat sejak hari pertama bondanya tahu akan kewujudan Alyssa dalam rahim. Pemantauan dari hari kehari, pemantauan pemakanan yang terbaik untuk bonda Alyssa (badam, susu, buah delima, kekacang, buah dan sayur) , amalan bonda Alyssa yang terbaik dari segi kerohanian( zikir) mahupun fizikal (latihan matematik yang mencabar) dan sajian pendidikan awal dalam rahim buat Alyssa. Pusingan khatam Al-Quran yang berkali-kali memang yang paling istimewa dapat kami berikan pada Alyssa sejak dari rahim lagi. Sebaik sahaja Alyssa lahir di dunia, pendidikan dan sajian kerohanian ini mesti diteruskan dengan lebih mendalam lagi agar Alyssa jadi khalifah cemerlang.
Saat indah bersama ayahanda dan bonda. |
Oleh kerana FCU mempunyai ramai ahli yang berkelayakan, akhirnya Alyssa bersama kami di Langkawi. Ibunya juga ada misi untuk mengaut sebanyak mungkin kepakaran dan pengalaman agar dapat digunakan apabila menjadi ibu yang bekerja dari rumah kelak. Segala kemahiran seorang jurutera yang berjaya tidak akan disia-siakan begitu sahaja setelah berhempas pulas untuk menguasainya bertahun-tahun.
KEINDAHAN LAUTAN YANG BERGELORA
(23.12.2011)
Setelah bermalam semalaman di Kampung Batu Berakit, Maras, kami memulakan perjalanan ke Paka pada pukul 1.15 tengahari. Wira-wira kami menyusur Merchang, Marang, Dungun dan akhirnya sampai di Paka.Perut kami yang diisi dengan nasi dagang hidangan isteri saudara Lan semasa makan pagi mula meminta lagi. Saudara Lan seisi keluarga turut sama mengiringi kami hingga ke Paka. Allah telah mempermudahkan urusan kami mengangkut bonsai-bonsai yang kami kumpul di sepanjang perjalanan dari Kelantan dan Trengganu setelah saudara Lan sanggup menghantarnya hingga ke Paka. Bonsai ini kelak akan dipindah ke kereta ayahanda Alyssa. Alhamdulillah....bonsai-bonsai ini adalah antara misi kami dalam musafir panjang ini.
Menjamu selera di sebuah restaurant Nasi Kukus di Paka. Selain nasi kukusnya yang sedap, hiasan tempat duduk pelanggan juga amat menarik seperti khemah kenduri.
Meraikan keluarga saudara Lan yang telah bersusah payah menyertai kami dari Maras hinggalah ke Paka, semata-mata untuk menghantar bonsai-bonsai kami.
Tanda A menunjukkan kedudukan bandar Paka
Setelah memasukkan segala barangan kami ke Green Homestay, kami kembali menyusur pantai Paka.
Kecantikan pantai sepanjang negeri Trengganu memang tak dapat dinafikan. Oleh kerana sekarang adalah musim tengkujuh, ombaknya memang nampak ganas sekali menghempas pantai. Andai kita masuk ke gelanggangnya, pasti di tarik ke tengah lautan. Namun begitu, suasana garang air laut menambah exotic lagi pemandangan pantainya. Masyaallah..ciptaan Allah yang maha agung!!!
Menikmati keindahan pantai Paka sambil menunggu hidangan kerang bakar dan keropok lekor yang sedang disediakan oleh pemilik gerai
Sungguh sedap kerang bakar apabila dimakan semasa masih panas. Begitu juga dengan keropok lekor yang cukup terkenal di Trengganu. Apalagi...berpinggan-pingganlah kami order hingga bil mencecah seratus ringgit lebih. Keluarga saudara Lan juga turut meriahkan kenduri ini.
Pemandangan exotic pantai Paka. Deruan ombak mengganas menghempas pantai dan langit yang agak mendung tanpa hujan, mencipta satu pemandangan yang sangat unik dan membawa satu perasaan yang sukar ditafsirkan. Hai...dah jadi muda teruna rupanya si Hafidz nih..Cepat sungguh detik jam berlalu. Semoga Allah menjadikannya seorang khalifah yang cemerlang dunia dan akhirat. Amin....
Kami tidak mandi laut, sebaliknya bermain dengan ombaknya yang bagai mahu menelan sesiapa sahaja mendekatinya. Setidak-tidaknya kami cuba mendekati ombak yang sedang gah berdiri.
Sebaik sahaja ombak meluahkan buih putihnya mengejar pantai, berkejaran kami meninggalkan pantai agar tidak basah. Sesiapa yang basah kakinya dikira kalah. Memang seronok permainan ini. Teringat zaman kanak-kanak di Pantai Irama Bachok.
Afiq dan Afiqah hanya memandang dari jauh. Demi keselamatan, mereka tidak dibenarkan mendekati
lautan yang bergelora itu.
PAKA BANDAR LOJI PENAPIS MINYAK
(24.12.2012)
Kami keluar dari Green Homestay pada pukul 8.55 pagi. Selepas menikmati nasi lemak, kami pun memulakan perjalanan meneroka bandar Paka.
Tanda B menunjukkan CIMB Bank Paka dimana di belakangnya terdapat julangan api yang besar dari sebatang paip yang tinggi.
Julangan api ini sudah kami nampak dari jauh. Pelajar FCUHOMESCHOOLING sungguh teruja melihat api tersebut yang bagaikan obor sukan gergasi. Berbagai-bagai soalan mereka tanya berkenaan api tersebut. Alhamdulillah...ada 2 orang jurutera (ayahanda dan bonda Alyssa) yang tahu pasal petroleum untuk menjawab segala soalan.
Pemandangan sekitar julangan api yang menjadi perhatian anak-anak.
Pemandangan dari udara sekitar Paka bandar Loji Penapis Minyak.
(sumber dari google)
Bandar loji penapis minyak banyak memberi kesan kepada Afiq. Tak habis-habis bertanya dan kadang-kadang pertanyaan yang sama walaupun sudah dijawab berkali-kali terutamanya jawapan tersebut tidak memuaskan hatinya. Ada juga soalan yang tak masuk akal seperti cerita fantasi.
Banyak yang Afiq belajar dari pemerhatian alam sekeliling. Selain sering bertanya, Afiq juga suka mencoretkan apa yang ada dalam minda pada buku catitannya. Berbagai-bagai bentuk lukisan menterjemahkan pemikiran kreatifnya.
Afiqah juga menunjukkan peningkatan yang ketara. Sebagai seorang yang aktif, keterbatasan pergerakan dalam kereta membuat dia lebih banyak meluahkan kreativiti ke atas kertas. Sekejap saja dia dah habiskan sebuah buku catitan. Memang kena sediakan banyak buku untuk mereka berdua.
PEMBELAJARAN HOMESCHOOLING DI SEPANJANG MUSAFIR INI
1) Menyenaraikan negeri-negeri pengeluar minyak selain dari Trengganu. (Sabah, Serawak dan Kelantan)
2) Menerang secara ringkas proses penapisan minyak.
3)Bincang kesan negatif loji penapis minyak kepada alam sekitar. (Bagaimana udara boleh tercemar)
4)Bincang kesan positif loji penapis minyak kepada ekonomi setempat dan negara. Afiq kata nak beli jet angkasawa kalau dia miliki loji ini. Tak payah beli minyak. Afiqah pula nak beli all girlish things. Hafidz pula nak travel satu famili ke serata dunia. Amin...Insyallah boleh. Pasang niat dan doa dan yakin seratus peratus. Pasti jadi walaupun seribu tahun menunggu!!!
5)Penyakit yang berkaitan dengan pencemaran udara seperi barah paru-paru. Masing-masing dah mula nak cari mask agar tak terhidu pencemaran semasa menyusur loji penapis minyak Paka. Macam-macamlah.....
5)Penyakit yang berkaitan dengan pencemaran udara seperi barah paru-paru. Masing-masing dah mula nak cari mask agar tak terhidu pencemaran semasa menyusur loji penapis minyak Paka. Macam-macamlah.....
Selepas Paka, kami memasuki bandar Kerteh yang juga merupaka bandar loji penapis minyak. Kedua-dua bandar ini memang unik dan berbeza dengan bandar-bandar lain yang telah kami lalui.
Setibanya di Pekan Pahang, semua orang dah lapar.Ditepi muara sungai inilah kami menjamu selera ikan patin sungai masak tempoyak dan gulai kari ikan merah
Semasa menunggu makanan yang diipesan, Alyssa menggunakan ruang atas meja untuk bermain-main. Sememangnya dia sangat bertuah kerana telah berpeluang melihat alam yang luas ini sejak dari kecil lagi. Kecerdikannya memang terserlah dan cepat meniru dan faham apa yang kita ajarkan. Alhamdulillah...
Kami tiba di Mersing pada pukul 3.45 petang
Nama Mersing cukup popular terutamanya pada golongan orang lama.Terdapat sebuah filem melayu bertajuk "Sri Mersing" (1961) (arahan Salleh Ghani) yang mengambil nama lokasi ini di mana pelakon utama ialah Nordin Ahmad, Roseyatimah, Mustafa Maarof dan Rosnani Jamil.
Filem ini menunjukkan bahawa penduduk asal Mersing dahulu kala berasal
daripada negeri Terengganu. Ini dibuktikan dengan terdapatnya beberapa
kampung yang mempunyai penduduk yang fasih berbahasa Terengganu dan
mengusahakan perniagaan keropok lekor ikan. Anda juga terasa janggal
ketika berkomunikasi dengan penduduk tempatan yang bertutur loghat
Terengganu. Terdapat satu babak akhir dipaparkan dalam filem Sri Mersing
yang berlatarbelakang Pulau Batu Cawan di muara Sg Mersing yang menjadi
tanda di pintu masuk laluan air dari arah laut.
Bahagian Pertama dari filem Melayu "SRI MERSING"
Kami sempat membeli beberapa batang lemang buluh dan rendang daging yang dijual ditepi lebuh raya antara Mersing dan Kota Tinggi.
Pasir Gudang adalah destinasi kami seterusnya dan sangat istimewa kerana ia merupakan
STATION 2 FCU.
HOME SWEET HOME