(GUIDANCE CORNER)
MEMORI KHAS BUAT TATAPANMU WAHAI PENJAGA LANGKAWI
30.12.2011- JUMAAT
Awal-awal pagi lagi kami sudah bersiap sedia untuk meneruskan perjalanan. Persinggahan di Taman Politeknik memang singkat namun cukup untuk membuat persediaan agar segala urusan berjalan dengan lancar. Di persinggahan ini jugalah ayahanda dan bunda Alyssa serta Intan yang sedang menyambung pelajaran di UTM menyertai konvo wira-wira kami. Kali pertama mereka menyertai kami ketika di Paka dan kali kedua pula ketika menginap di Pantai Minyak Beku. Tentu sekali percutian menyambut tahun baru kali ini sangat bermakna kerana semua ahli keluarga berkumpul.
MENUJU KE PENDALAMAN NEGERI SEMBILAN
Buat sekian kalinya GM memilih untuk meneroka bentuk muka bumi dan fauna flora yang berbeza dari penjelajahan sebelumnya. Bermula di Kuala Kedah, kami terus ke Pantai Timur meneroka persisiran pantai tanah air. Sepanjang masa, pandangan kami dijamu dengan keindahan pantai yang memutih dan hempasan ombak mengalun irama indah. Memang bagus benar untuk menukar selera agar minda menjadi lebih terbuka dan meneroka sesuatu yang baru. Dari Pantai Port Dickson, wira-wira kami mangalih haluan menuju ke kawasan pendalaman Negeri Sembilan. Sepanjang masa membesar pelajar-pelajar homeschool adalah di daerah pantai Pulau Langkawi. Mereka cukup kenal dengan kehidupan nelayan, habitat bakau dan apa sahaja berkenaan kehidupan laut. Kami bebaskan Hafidz meneroka setiap selok belok persekitarannya agar zaman kanak-kanaknya cukup terisi dan bermakna. Homeschool sangatlah berharga buat kami kerana mempunyai ruang masa yang cukup untuk semua ini. Selain pembelajaran berbentuk kelas yang santai dari pukul 8 pagi hingga 12 tengahari, kerja sekolah Hafidz, Afiq dan Afiqah adalah berbentuk penerokaan sendiri yang menjana minda yang suka berfikir. THINK...THINK AND KEEP ON THINKING...!!! Inilah yang sangat ditekan dalam pembelajaran kami.
Sabda Rasulullah yang bermaksud :
"Berfikir sesaat itu lebih baik daripada ibadah setahun."
"Berfikir sesaat itu lebih baik daripada ibadah setahun."
LAMAN EJO adalah persinggahan kami seterusnya dan merupakan persinggahan ke 9 dalam penjelajahan FCU seluruh Malaysia
Bukit bukau dan gunung ganang mula menemani perjalanan kami. Memang terasa aura yang sangat berbeza dari perjalanan sebelumnya. Pilihan GM sungguh tepat sekali dan ternyata sangat berguna buat pembelajaran FCUHOMESCHOOLING. Dengan izin Allah kami telah menyediakan satu bilik darjah tiada sempadan buat anak-anak kami. Bidang mata pelajaran juga sangat luas dan melebihi apa yang diajar di sekolah. Mereka juga cepat faham kerana apa yang dipelajari adalah sesuatu yang real dan terbentang di depan mata mereka dan mereka juga mengalami serta merasai ilmu tersebut. Yang pasti, mereka tidak akan melupakan apa yang dipelajari kerana pengalaman ini sangat indah dan menakjubkan. Masyaallah...nikmat ini sungguh besar dan hanya setinggi-tinggi kesyukuran jua dipanjatkan ke hadrat Ilahi.
SEPINTAS LALU PENCAPAINAN PEMBELAJARAN FCUHOMESCHOOLING:
SAINS:
-Mempelajari bagaimana Allah mencipta hujan dari himpunan awan. Hujan sentiasa menemani kami semasa menyusur Pantai Timur. Serentak itu mereka mempelajari tentang musim tengkujuh, musim kemarau dan tiupan Monsun Barat Daya dan Monsun Timur Laut. Paling mereka teruja ialah jenis-jenis awan di langit. Awan Kumulus adalah yang paling Afiq dan Afiqah suka. Bentuknya memang cantik dan jelas di langit. Alam fantasi mereka membayangkan mereka boleh panjat dan duduk atas awan. Tidak hairanlah kerana masa kita kecil-kecil dulu pun selalu bayangkan alam kayangan berserta puteri 7 beradik yang turun bersiram di muka bumi. Realitinya kami menceritakan tentang stesyen angkasa lepas yang mampu menjadi tempat kediaman para angkasawan. Lagilah mereka teruja terutamanya Hafidz dan berjanji untuk mempelajari dengan lebih lanjut kemudian.
-Berbagai-bagai jenis binatang kami jumpa di sepanjang perjalanan. Mengajar mereka tentang pengkelasan binatang seperti mamalia dan seterusnya. Antaranya ialah penyu di Pantai Padang Kemunting. Begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan dan kegunaannya dalam kehidupan seharian.
-Kejadian siang dan malam yang sangat kami rasakan kerana kami ada banyak ruang masa didalam wira-wira kami. Pengalaman tidur dalam kereta di Perhentian Machap memberi ruang untuk meneroka alam astronomi. Di takdirkan malam itu bulan mengambang dan langit sangat cerah. Aktiviti mencerap bintang menjadi sangat seronok kerana selalunya kami terpaksa masuk ke rumah walaupun hati berat untuk meninggalkan kerlipan bintang di langit. Di Machap, kerlipan bintang menemani kami hinggalah mata terlelap dan membuai mimpi indah bersama ciptaan hebat Allah.
MATHEMATIK:
-Dalam perjalanan seperti ini, detik masa yang berlalu sangat terasa dan dihargai. Inilah masa yang paling sesuai mengajar mereka tentang kiraan saat, minit dan jam. Juga cara membaca international hour yang sering digunakan dilapangan terbang dan tempat-tempat exclusive.
-Pastinya pengiraan wang antara yang utama kerana mereka sentiasa menyaksikan pengaliran wang dari poket kami dan beralih ke tangan kedua. Mereka sering membanding-bandingkan harga setiap tempat penginapan dan mula faham mengapa sesetengahnya mahal dan kenapa murah.
BAHASA:
-Kedua-dua bahasa ( Melayu dan Inggeris ) berkembang dengan baik sekali di kalangan pelajar homeschool. Dalam perjalanan, aktiviti yang paling popular ialah bercakap samaada bertanya, menerang, bercerita, menasihat dan sebagainya. Kerana kebanyakan masa, kami hanya duduk dalam wira-wira bertuah, pengamatan percakapan menjadi lebih ketara. Vocabulary bahasa Inggeris Afiq dan Afiqah berkembang dengan baik kerana itulah bahasa perantaraan yang mereka guna. Alyssa juga mula memahami banyak perkataan Inggeris kerana berkawan rapat dengan abang dan kakaknya. Bahasa Melayu ...tak payah diajar kerana itulah diri mereka. Mungkin kerana jarang guna, apabila mereka bercakap bahasa Melayu, mereka akan guna bahasa baku. Baguslah tu.....mereka tak reti nak guna ayat-ayat rugged macam kita. Sekali sekala, uangkapan dalam bahasa Mandarin dan Korea mencelah untuk mereka pelajari.
-Mendedahkan sleng-sleng di tanah air kita bagi setiap negeri. Mereka memang seronok meniru gaya percakapan orang setempat di setiap perhentian kami.
SEJARAH DAN POLITIK
-Antara banyak bidang pelajaran, kami rasa pelajaran sejarahlah yang paling menyerlah semasa perjalanan ini. Sejarah adalah penceritaan mengenai masa lampau setiap negeri dan tempat yang kami lewati. Anak-anak juga sangat teruja dan bertanya berbagai-bagai soalan hingga tak terjawab juga. Kisah Cik Siti Wan Kembang di Kelantan sangat menarik hati mereka kerana seorang perempuan menjadi pemerintah adalah sangat janggal terutamanya di zaman lampau. Kesannya juga sangat ketara bila mereka mengamati ramai peniaga samaada di pasar dan juga di kedai-kedai, taukehnya adalah perempuan. Hafidz mula memahami akan parti politik dan parti mana yang memerintah setiap negeri yang kami jelajah. Dia juga memerhati akan kesan yang berbeza antara negeri Kelantan di bawah pimpinan Pas dengan negeri-negeri lain. Apa yang dia nampak paling ketara ialah....ramai perempuan bertudung di sana di bandingkan negeri-negeri lain. Sejarah negeri Melaka juga tidak kurang seronoknya. Cerita kisah Hang Tuah, Hang Jebat dan sahabat-sahabat membawa mereka ke zaman silam. Mereka mula kenal dengan Parameswara yang membuka negeri Melaka dan juga kisah Sang Kancil menendang seekor anjing buruan di bawah pohon Melaka. Macam-macam cerita sejarah menggantikan rancangan tv telah menghiburkan para pelajar homeschool kami. Indah sekali....
GEOGRAPHY DAN KAJIAN TEMPATAN:
-Peta dan arah sangat berdamping rapat semasa penjelajahan ini. Malah dalam setiap entry siri penjelahan ini juga tidak sunyi dengan paparan peta. Kami sangat menekankan pembelajaran membaca peta terutamanya pada Hafidz dan Tajrid. Penggunaan GPS di iphone juga sangat membantu mereka untuk mahir. Sangat terasa perjalanan ini sebagai kurnia Allah untuk melibatkan mereka secara langsung dengan nama tempat, nama ibu negeri, kedudukan mereka samaada utara, selatan, timur, barat, barat laut, barat daya, tenggara dan barat daya. Dengan sendirinya penggunaan Kompas menjadi hidup terutamanya setiap kali hendak menentukan arah kiblat di mana-mana persinggahan untuk solat.
-Kalau ditanya balik akan tempat yang pernah dilawati dan apakah pekerjaan penduduk setempat serta hasil tanaman mereka, para pelajar cepat ingat. Rupanya berjalan adalah cara terbaik untuk mengajar pelajaran geography dan kajian tempatan. Inilah rahmat dari Allah buat kami sebagai pengamal homeschool untuk anak-anak.
-Jenis makanan yang berlainan mereka nikmati di tempat berlainanan juga berkait rapat dengan geography dan kajian tempatan. Rupanya tanah tanih, sungai, musim yang tidak sama juga memain peranan dalam perbezaan ini. Kelantan yang masih banyak terpelihara fauna dan floranya kerana pembangunan yang tidak sepesat Selangor, dapat berbangga dengan nasi kerabu hitam dan birunya. Manakala Trengganu sebagai negeri sepanjang pantai, menonjolkan keropok leko kepada para tetamu selain nasi dagang yang sangat enak. Tanah gambut di Johor pula mengatur jaluran ladang kelapa sawit dan nenas di sepanjang jalannya. Semua pembelajaran ini terpapar secara real dan mereka adalah pelakun dalam filem siri penjelajahan ini.
-Perbezaan rupa bentuk rumah-rumah di setiap negeri juga sangat menarik perhatian mereka dan sentiasa mereka ternanti-nanti sebaik sahaja kami mula memasuki sempadan setiap negeri.
LUKISAN DAN KREATIVITI
-Pelajaran ini sangat-sangat disukai oleh Afiq, Afiqah dan Alyssa. Sebelum memulakan perjalanan, kami sudah menyiapkan alat tulis, color pensel dan buku untuk mereka semua. Apalagi... itulah kerja mereka samaada dalam kereta mahupun di mana-mana perhentian. Kebanyakan lukisan mereka berkisar apa yang mereka lihat sepanjang penjelajahan. Sekejap aje...dah kena beli buku baru kerana semua muka surat dah penuh dengan contengan-contengan gambaran pemikiran mereka.
-Mereka juga cukup kreative bermain dalam wira yang terhad ruangnya. Banyak permainan baru yang mereka reka yang berasaskan botol minuman kosong, sudu plastik yang disediakan dan "berlakon " sesama mereka.
Semenjak memulakan perjalanan ini, mereka lebih banyak membaca dan menulis dibandingkan sebelum. Kalau tidak....mereka asyik berlari sana-sini dan asyik dengan komputer serta menonton tv. Satu perkembangan yang baik. Kalaulah aktiviti ini berterusan hingga berbulan-bulan, berjayalah kami memupuk minat membaca dalam diri mereka. Sebelum ini, Afiq dan Afiqah lebih suka bergerak lasak dan membaca adalah pilihan yang agak kebelakang.
Selain membaca dan melukis/menulis, mereka juga memupuk kegemaran baru iaitu suka makan buah-buahan.
Sebelum memulakan perjalanan, kami membeli banyak buah-buahan agar dapat mengisi perut yang lapar sebelum berhenti makan di mana-mana perhentian. Apalagi...asyik makan ajelah. Beginilah anak-anak tengah membesar. Asyik lapar saja sampai tak terlayan. Semoga mereka membesar menjadi khalifah terbilang.
Makan lagi.....sebab itulah mereka suka sangat travel. Dalam ruang yang sempit dan terhad, mereka yang terkenal dengan lasak hingga tak boleh dok diam, dapat dijinakkan dengan buku dan makanan. Apa-apa pun...pilihlah makanan yang berkhasiat seperti buah, susu, kekacang dan yogurt. Yes....they really love all these food !!!
Antara banyak-banyak permainan yang mereka reka...main beg belon. Pantang nampak beg plastik pembungkus makanan, mereka akan mula berlumba buat belon dan bertanding siapa paling cepat dan belon siapa yang paling besar dan tahan pecah.
Ini satu lagi permainan yang agak menarik. Sudu-sudu plastik begini dapat digantung pada syiling kereta. Mereka akan adjust sampai berjaya. Macam-macam......
Main perang botol juga antara permainan kegemaran mereka. Riuh rendah dengan hilai ketawa mereka bila mereka mula berperang. Kadang-kadang....mengganggu juga ketenteraman dalam wira kami. Bersabarlah....yang penting mereka tak meragam kerana jemu duduk dalam wira berminggu-minggu. Bosan? Dari reaksi mereka...ternyata bahawa mereka sangat seronok mengikuti penjelajahan ini.
Story telling and acting termasuk aktiviti yang sangat digemari. Ketiga-tiga cucunda ini sangat suka bercakap hingga bila tidur sahaja mereka diam. Alyssa sangat suka sesi story telling especially bila Afiqah yang bercerita. Walaupun dia tidak boleh bercakap lagi, gayanya memang seolah-olah dia faham setiap perkataan kakaknya. Bila Afiqah ketawa, dia juga turut ketawa terkekeh-kekeh.
Apahal pula dengan cucunda sorang ni....Her favourite place is on the floor of the car. Rupa-rupanya dia miss main masak-masak. Alyssa sering main masak-masak dalam khemah mainan Afiqah. Jadi...inilah khemahnya kali ini. Di sekeliling oleh tin susu, raga makanan dan botol-botol air minuman, Alyssa mula mengetuk-ngetuk apa yang ada di sekelilingnya. Matanya bersinar-sinar kegembiraan. Memang dia puas hati walaupun ruang yang diperuntukkan untuknya sangat terhad.
PENDIDIKAN AGAMA DAN KEROHANIAN:
-Sebenarnya inilah inti pati segala pembelajaran dan menjadi tujuan utama kami membuat penjelajahan seluruh Malaysia. Pengisian kerohanian sangat penting untuk kita terus maju ke depan dan berjaya dunia dan akhirat. Tarbiyah tidak pernah putus dari GM tanpa mengira masa dan tempat kami berada. Kadang-kadang dalam kereta, sering juga di tepi pantai dan di setiap tempat penginapan kami. Semuanya disusun oleh GM agar apa yang kami buat ini sangat berbaloi dan mendapat berkat. Malah inilah gaya hidup kami dan diterap pada semua anak-anak sejak mereka mula wujud dalam rahim ibu lagi. Sentiasa diperingatkan hingga berakar umbi dan menjadi utuh kerana sudah sebati. Inilah tujuan hidup kita sebenarnya....menjadi khalifah di atas muka bumi dan menebarkan kebenaran.
DEAR READERS!!
YOUR POSITIVE COMMENTS ARE HIGHLY APPRECIATE.
♥♥♥ FCU MALAYSIAN HOMESCHOOLING ♥♥♥