( GUIDANCE CORNER )
Aktiviti sebegini bersama anak-anak pasti akan jadi memori manis sepanjang hidup
Semalam, Hafidz bersama abangnya mencerap bintang di atas beranda belakang. Langit luas hingga ke ufuk kaki laut itu,ditaburi bintang-bintang yang berkelipan menghias bulan yang bersinar terang. Terasa nak join mereka tapi tengah goreng keropok. Kedengaran suara abangnya menerang kedudukan bintang-bintang di langit. Masa di universiti dulu, dia adalah ahli kepada kelab mencerap bintang. Sedikit sebanyak dia bolehlah bantu kami memulakan kelas astronomi. Sejak dari kecil lagi Hafidz sangat minat mengira bintang di langit. Bila dah tak larat kira, dia kata aje..berjuta-juta. Baru sekarang dia tahu bahawa bilangan bintang di langit jauh lebih banyak dari bilangan butir pasir di atas bumi. Tergamam dia !!! Maha Besar Allah menciptakan semua itu.Sememangnya aku juga sangat meminati bidang astronomi. Teruja rasanya bila ada geng untuk mencerap bintang nanti.
PHASES OF THE MOON
FASCINATING FACTS ABOUT THE MOON:
HOW DO CRATERS GET ON THE MOON?
Craters occur when objects such as meteors crash into the face of the moon. The reason that there are far more craters on the moon than on the earth is due to the lack of atmosphere on the moon. Where meteors burn up in earth's atmosphere, they are free to fall on the moon.

Insyaallah...suatu hari nanti dapat miliki peralatan canggih ni.. |
Pagi ini, Hafidz minta diajar tentang phasa-phasa bintang. Semakin lama dia nampak semakin bersemangat untuk belajar benda-benda baru terutamanya dalam bidang sains. Alhamdulillah....nampaknya cara self learning yang kami terapkan makin menampakkan hasil. Pada peringkat awal, kita tunjuk dulu cara bagaimana untuk mendapat maklumat dan apakah kegunaan ilmu itu dalam kehidupan.
Gunakan style yang sama untuk berbagai bidang ilmu. Nak belajar apa? Bahasa, sains, mathematick, kemahirn hidup atau apa saja...mula-mula click image. Dah dapat gambaran yang jelas tentang apa yang sedang dipelajari. Cari pula website berkenaan. Dapat dah sedikit sebanyak info berkenaan apa yang sedang dipelajari. Cari pula dekat youtube sebanyak mungkin video yang boleh tambah lagi faham. Bincang........teroka sampai puas. Masa tak jadi hal. Berjam pun tak apa. Yang penting teroka dengan seronok!!! Hari-hari macam tu.....bulan berganti bulan dan dah nak masuk 2 tahun dah....style tu dah terpahat sebati dengan dirinya. Bila ada saja kepentingan peribadinya ( bukan homeschool ), dia akan guna cara ini untuk dapat info. Dalam setahun dua lagi....Insyaallah, dia akan jadi self learning student ( click here) sepenuhnya macam abang-abang. Hanya nak kena pantau aje...Masa tu...kita yang akan jadi student dia pula kerana mereka lebih cekap dari kita guna internet dan lebih berdaya saing. Remajalah katakan....mana nak sama dengan kita mak-mak yang banyak masa di dapur aje.
Untuk itu, kena masuk phasa kedua pembelajaran. Perkukuhkan keupayaan bahasa Inggerisnya. Kena mula buat vocabulary 10 perkataan sehari dengan bersungguh-sungguh dan bukan hangat-hangat tahi ayam seperti sekarang. Mereka mesti faham barulah tak merangkak-rangkak baca article dan menyebabkan boring dan terus tak minat.
Ada masanya juga anak-anak buat perangai, almaklumlah cikgunya adalah ibunya tapi bila dicampur dan ditolak, bakinya sangat memberangsangkan. Proses pembelajaran homeschooling memerlukan kesabaran dan keyakinan. Perbanyakkanlah berdoa ...Insyaallah ada jalan, ada bantuan dan ada kejayaan.
Alhamdulillah....dengan bantuan video di bawah, cepat aje Hafidz faham pelajaran tentang phasa-phasa bulan. Sempat juga menceritakan peristiwa bersejarah pada 20 Julai, 1969. Masa itu aku baru berumur 8 tahun. Walaupun baru berumur 8 tahun, aku ikuti segala perkembangan di TV 1 tentang landing on the moon ni..Memang minat sangat pasal astronomi. Agak-agaknya jika berpeluang sambung lagi pelajaran di universiti, aku pasti pilih kursus astronomi. (Buat masa sekarang dah pun jadi student di internet..... ) Masa tu...semua benda yang dijual di kedai mesti ada gambar apollo 11. Masih lagi ingat...beg sekolah, bekas air, bekas pensel dan barang-barang sekolah yang berkaitan, habis dicop dengan gambar apollo 11 dan 3 orang wira tu... Tak kurang jugalah di pembungkus makanan. Asal ada aje cop keramat tu...lakulah !!Teruja sungguh Hafidz setiap kali aku menceritakan kisah-kisah aku sebayanya dulu-dulu.
Jom layan apa yang Hafidz belajar.........
THE RELATIVE SIZE OF STARS AND PLANETS:
PHASES OF THE MOON
FASCINATING FACTS ABOUT THE MOON:
Moon, the only satellite of the earth…
- it was created along with earth 4.6 billion years back when a giant object had hit the young earth
- the same side of the moon always faces the earth, such that we can never see the other side of the moon. this is known as tidal lock.
- moon is getting away from the earth at 4cm per year
- After a million years the moon will start coming towards the earth, until it will come so near that it will break up and its particles will form a ring around the earth, just like the planet Saturn
- moon’s craters seen from earth were described differently by eastern and western cultures
- it is a cosmological coincidence that the size of moon and the sun looks the same from the earth, even though the sun is so much far away
- because of the moon’s and sun’s same size, the lunar eclipse will cover the sun exactly in a beautiful phenomenon which is unique to planet earth only!
- only 12 men have ever walked on the surface of the moon… the only cosmological object in the universe that man has ever stepped his foot on!
HOW DO CRATERS GET ON THE MOON?
Craters occur when objects such as meteors crash into the face of the moon. The reason that there are far more craters on the moon than on the earth is due to the lack of atmosphere on the moon. Where meteors burn up in earth's atmosphere, they are free to fall on the moon.
THE MOON LANDING:
It was the mission of Apollo 11 to land two men on the moon, then return them safely to Earth. It was one of the most historic events. It demonstrated what man can do with effort and ingenuity.
|
DEAR READERS!!
YOUR POSITIVE COMMENTS ARE HIGHLY APPRECIATE.
♥♥♥ FCU MALAYSIAN HOMESCHOOLING ♥♥♥