Semoga Ramadhan Al Mubarak kali ini adalah yang paling diberkati dan terbaik dari yang sebelumnya. Amin.
Ini adalah kali kedua FCUHOMESCHOOLING menjalani persekolahan dalam bulan Ramadhan yang penuh berkat ini. Berpuasa 3 bulan serangkai iaitu Rejab, Sya'ban dan Ramadhan memang sudah jadi amalan tahunan FCU sejak dulu. Kelebihannya memang tak dapat disangkal dan menjadi modal kerohanian bagi melalui hari-hari untuk tahun seterusnya. Amalan ini juga berperanan mengharmurnikan lagi suasana kekeluargaan dalam membentuk anak-anak menjadi pemimpin dan khalifah atas muka bumi ini. Puasa melembutkan jiwa dan mentarbiyahkan anak-anak secara semulajadi. Apa sahaja ibadat yang kita lakukan adalah untuk kebaikan diri kita semata-mata. Kalau kita faham konsep ini, tidak timbul rasa kita lebih baik dari orang lain, kita alim dari orang lain atau rasa ingin menujuk-nunjuk kebaikan kita. Inilah pengertian PENTING DIRI SENDIRI dalam sudut yang betul. Sikap penting diri mengejar keinginan nafsu dunia itu adalah sebenarnya PENGANIAYAAN DIRI SENDIRI. Apa-apa pun, tiadalah daya kita untuk melakukan segalanya melainkan dengan bantuan Allah jua.
Dua bulan penuh keberkatan sudah berlalu. Aktibaiviti harian tetap berjalan terus walaupun dalam berpuasa. Kadang-kadang aktiviti-aktiviti yang dilakukan itu agak mencabar dalam panas terik seperti buat liputan events sekitar Langkawi. Macam saya ni...sentiasa dalam perlindungan bumbung mahligai FCU, memang tak mencabar langsung. Dalam hati ini, rasa syukur ke hadrat Ilahi atas kurniaanNYA pahlawan-pahlawan yang kental hati. Sebenarnya bukan ada apa-apa pun jika dibandingkan dengan para sahabat Rasullullah.
Oleh kerana bangun awal untuk sahur dan solat tahajud dan witir (sekitar 4.30 pagi), persekolahan bermula agak lewat dari biasa. Apalagi cuaca yang agak sejuk di Langkawi sekarang, pukul 10 pagi nampak macam baru pukul 8 pagi aje...Bagi peluanglah kat anak-anak tidur selepas habis wirid harian selepas solat subuh.
Inilah kebaikan HS kerana kita boleh flexible jadual persekolahan ikut aktiviti kita. Sepanjang 3 bulan berpuasa ini cukup berbalui walaupun aktiviti HS terpaksa dikurangkan. Ibadat berpuasa 3 bulan berturut-turut ini adalah satu pembelajaran seumur hidup yang akan diteruskan dari generasi ke generasi. Insyaallah..
DEAR READERS!!
YOUR POSITIVE COMMENTS ARE HIGHLY APPRECIATE.
♥♥♥ FCU MALAYSIAN HOMESCHOOLING ♥♥♥