TRANSLATE THE BLOG TO YOUR LANGUAGE
English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Ahad, 21 Ogos 2011

NEVER -ENDING ADVENTURES IN MANGROVE JUNGLE.

(GUIDANCE CORNER)







Selalunya homeschool berakhir tepat pukul 12.30 tengahari. Tapi hari ini Hafidz minta pelepasan awal. Ada kerja katanya. Hafidz bergegas ke dapur mengambil beg plastik. Seluar panjangnya disentengkan pendek. "Nak kemana ni....?"
"Nak ke hutan bakau..." Jawab Hafidz pendek.
"Buat apa kat hutan ....sorang-sorang pula tu..." Tanyaku dengan nada menyelidik anak bongsu sorang ni..
"Macam biasalah....macam-macam ada. Burung, ketam, udang, ular, siput sedut, siput kepah dan banyak lagi" Hafiz menjawap sambil keluar ke beranda depan.
"Tunggu....nak ikut" Jeritku sambil mencapai kamera. Kali ini aku nak rakam aktivitinya.Kerap sangat dia ke hutan bakau ni...

Kami pun mula berjalan ke arah hutan bakau yang memang luas di sekeliling perkampungan kami. Kali ini Hafidz menghala ke sebelah Utara dari teratak FCU. Kedudukannya bertentangan dengan laut di depan rumah kami. Di sekeliling adalah belukar yang sangat tinggi. Makin lama jalan makin tinggi belukar ini hingga tenggelam diriku dan Hafidz. Kalau tak biasa memang boleh sesat. Akulah tu....Si Hafidz ni..tak mungkin sesat sebab hutan bakau adalah dewan pembelajaran kendirinya. Setiap kali dia balik, berbagai-bagai cerita penerokaannya. Kadang pasal burung dan sarang burung yang sangat digemarinya. Kadang pasal ular.....ini yang membimbangkanku. Hafidz kata ular bakau tak bahaya. Memandai sungguh dia buat penjelasan. Selagi dipanggil ular, mana tak bahayanya. Kadang-kadang dia jejak biawak. Ini pun juga kegemarannya. Dia nak tahu kat mana biawak itu bersarang dan apa makanannya. Dia nak tahu saiz yang paling besar dalam hutan bakau ni....Adakah sebesar biawak komodo seperti di Komodo Island di Indonesia. Macam-macamlah si Hafidz ni...

" Masih jauh lagikah kita...?" Tanyaku yang mula rasa resah takut sesat. Bau paya bakau meresap ke dalam hidungku. Nak kata busuk...tak juga tapi satu macamlah. Padanlah baju siHafidz selalu kena putar dengan sabun dengan lebih lama setiap kali dia buat discoveries di hutan bakau ni..Nak berjalan pun agak sukar kerana selut makin tebal. Hampir nak tenggelam but yang ku pakai...Relax aje si Hafidz dengan kaki ayamnya.
"Memang lasak sungguh anak aku ni..." Bisik hatiku yang mula rasa menyesal juga ikut si Hafidz. Jauh disudut hati, memang nekad untuk tahu apa yang selalu dilalui oleh anak bongsu sorang ni...Sebagai ibu, kita kena tahu tempat-tempat yang selalu anak kita bersantai. Hafidz memang seorang anak yang suka kepada penerokaan kendiri. Dia tak perlu ada geng. Mungkin kerana abang-abang dah besar-besar. Mereka dah lalui semua ini. Ini giliran dia pula walaupun seorang diri. Walaupun Tajrid hampir sebaya dengannya, tapi...personaliti mereka agak berbeza. Kehidupan kampung bagai syurga bagi Hafidz. Segalanya akan dia teroka sampai habis. Ingatkan bila dah remaja dia akan berpaling arah minat pada benda yang lain. Lagi besar lagi panjang langkahnya meneroka alam. Memang dia seorang anak yang berani walaupun sering aku sebagai ibu menyoal selidik setiap pergerakannya.

Kadang-kadang keberaniannya agak melampau bagiku. Apa tidaknya, dia berenang seorang diri sampai ke tengah lautan. Memang aku sering berpesan agar berteman bila di lautan. Alasannya ringkas, tak ada siapa nak teman, lagipun tak ada apa-apa. Sering dia bertanya bilalah ayahnya akan membenarkan dia pergi menangkap ikan di lautan seperti abang-abangnya pernah lalui. Tak sabar betul dia nak teroka lautan. Semua abang-abangnya dah merasa kehidupan nelayan. Kami tumpangkan mereka dengan Pak cik nelayan sebagai pelatih. Mereka kerja tanpa gaji. Ini adalah antara ilmu ikhtiar hidup yang kami terapkan pada semua anak lelaki. Mereka mesti berani samaada di lautan mahupun di darat. Tujuannya untuk mereka mahir dengan lautan hingga sebati dengan mereka. Di mana sahaja mereka tercampak, tiada apa yang dapat mencacatkan kehidupan mereka dengan izin Allah.

Sering selepas subuh, dia akan keluar meronda-ronda keadaaan kampung sekeliling. Masa tu....masih gelap. Dia akan bawa lampu suluh kecilnya. Sambil jalan, sambil habiskan wirid ayat limanya 40 kali. Ini adalah amalan kami selepas subuh. Gandingan ayat-ayat hebat ini sudah cukup sebagai senjata samaada rohani dan jasmani. Agaknya sebab dia keluar sambil baca wirid, aku tak gusar sangat.
" Apa yang Hafidz buat ronda kampung-kampung? " Pernah aku lontarkan soalan ini kerana pelik sangat hobi siHafidz ni...
" Tengok suasana subuh. Ada rumah yang dah cerah sebab ahlinya solat subuh. Ada juga yang gelap gulita dan ada juga yang baca Quran dan macam-macam" Jawab Hafidz.
Memang Hafidz berhati masyarakat. Abang-abangnya selalu gelar dia SULTAN HARUN AL-RASHID yang selalu tinjau kehidupan rakyatnya pada waktu malam. Selagi benda itu tak mudarat, aku sebagai ibu kena sokong sambil berpesan apa-apa kemungkinan. Yalah....sekarang ni macam-macam. Kalau dulu, kita takut anak dara kita diapa-apakan kalau sendirian keluar. Kini...anak teruna pun...kena risau juga. Memanglah ini pemikiran negative tapi sebagai ibu, aku ceritakan macam-macam kisah yang pernah berlaku agar anak bujang sedar keadaan sekeliling mereka. Ilmu itu kan penting..dari jahil segala.



Akhirnya.....sampailah ke dewan penerokaan Hafidz. Belakang tulah belukar bakau yang tebal yang baru kami redahi. Lama juga perjalanan tu...sebab sempat aku mengelamun jauh dalam fantasi fikiranku. Tergamam aku dengan kecantikan yang luar biasa ini. Banyak pokok-pokok bakau memagari sepanjang anak sungai yang kelihatan seperti agak kering. Sebenarnya bila air laut pasang, sungai ini akan jadi sebuah sungai yang besar juga. Yang paling menonjol ialah akar-akar bakau yang sungguh unik. Sepi sungguh hutan ini. Sesekali bunyi kicauan burung. Sebagai ibu, hatiku berdetik, bahaya tak anakku seorang diri di sini? Kalau aku...upah beribu ringgit pun tak akan aku berani berseorang diri dalam hutan bakau yang nampak seperti tak pernah dijejak manusia selain anakku..Hai..beraninya kau Hafidz. Dia anak lelaki. Aku cuba ingatkan diriku sendiri. Dia kena berani untuk jadi pemimpin. Bertuahlah ada anak seberani ini. Ditambah dengan ilmu kerohanian, ceruk dunia manapun dia tak akan gentar. Inilah ciri-ciri pemimpin. Aku akur...apa yang dibuat oleh si Hafidz memang tepat.Sebagai ibu....aku akan terus berdoa dan berdoa untuknya.

" Ada buaya tak....?" Soalan celuparku yang tak dapat dibendung kerana suasana sepi hutan itu ada persamaan dengan hutan yang penuh buaya dalam salah satu siri discoveries yang pernah aku tonton.

" Ada...sebab tu...kena hati-hati.." Jawab Hafidz ringkas.
" Hah????" Terkejut besar aku.
"Mana ada....." Ketawa besar si Hafidz melihat gelagatku .
"Biawak banyaklah...." Tawa besarnya bergema melangkaui hutan bakau yang sejak tadi sunyi sepi meruntun jiwaku.


Oh....Ini rupanya. Mencari kepah dan siput sedut. Terjawab teka-teki dihati ini. Setahu aku hanya di kawasan hutan bakau di sekeliling rumahku aje ada kepah dan siput sedut sebab ada air laut yang banyak.
"Kat sini lagi banyak ummu..." Hafidz beri penerangan.
"Tak ramai orang yang kutip di sini. Mereka tak tahu kat sini ada banyak. Hafidz nak makan gulai siput buat berbuka puasa nanti. Ummu masakkan ya..." Pujuk Hafidz.
Wah...dah lama tak makan gulai siput kuning berdaun kadok. Memang kegemaran keluarga kami.



Terbongkok-bongkok Hafidz mengutip siput dan kepah. Dalam masa sekejap aje...dah penuh plastik yang dibawanya.
" Kita kena cepat sebelum air pasang. Selepas air pasang, siput-siput ini tenggelam dalam selut. Tunggu esok pula baru dia muncul atas daratan macam ni..." Prof. Hafidz memulakan kuliah tentang hutan bakau kepada ku. Dia cukup mahir dengan hutan bakau. Segalanya nampak senang baginya. Bagai sifir yang sudah termeteri dalam fikiran bila di tanya, sepantas itulah jawapan. Aku bangga dengan penerokaan kendirinya. Memang aku tak dapat menjadi gurunya bila berada dalam dewan kuliah alam yang luas ini. Aku terbatas dalam bilik darjah yang sempit samaada di depan komputer atau ceruk dapur semasa cooking class. Ah!! Anak bongsuku dah remaja. Rasanya baru setahun lalu aku memulakan homeschool (2010) dan dia masih anak kecil. Kini dia lebih tinggi dariku dan ilmunya juga sudah melebihiku dalam banyak perkara. Kini dia bukan lagi anak murid totalku tapi juga adalah guruku....terutama dalam hutan bakau yang indah dan sunyi sepi ini. Sekali lagi aku tenggelam dalam realiti yang mesti aku akui.





Wah...cantiknya!! Bunga apa ni....cepat-cepat aku rakam keindahannya. Walaupun bunga ini taklah secantik bunga ros di gardenku tapi ia amat menyerlah dalam hutan bakau yang rata-rata hijau dan kelabu selut warna sekelilingnya.
" Itu bukan bungalah Ummu!! Kalau nak kenal...itulah buah nipah. Separuh buahnya dah dimakan burung."   Sekali lagi Prof. Hafidz menunjukkan terrornya tentang ilmu hutan bakau.         
" Banyak pokok nipah di sini..Bolehlah kita buat nira nipah untuk homeschool class." Aku buat cadangan.
"Memang Hafidz nak buat nira nipah tapi....pokok kat sini tak berapa selamat bila air pasang dalam. Hafidz ada jumpa lokasi yang lebih baik dan pokoknya jauh lebih besar."
Memang dia dah mahir dengan suasana hutan bakau di sekitar ini. Sudah jauh penerokaannya hingga dia tahu setiap lokasi untuk setiap benda. Tak sia-sialah dia selalu ke hutan bakau. Bisik hatiku...yang selalu bimbang setiap kali Hafidz meneroka hutan sebelum ini.


Selepas habis kutip siput dan kepah, Hafidz mengajak aku ke satu lokasi yang agak kering. Tak banyak pokok bakau di situ dan seperti padang layaknya.
"Nampak tak...gunung-gunung berapi kecil tu...." Hafidz menuding ke satu arah yang agak tersembunyi.
"Itu adalah sarang ketam batu di sekitar hutan bakau ini. Masa ni...kebanyakan mereka berada dalam sarang sebab cuaca panas. Pagi-pagi dan petang-petang...barulah ketam-ketam ini berkeliaran cari makan." Wah....ceramah memanjanglah Prof.Hafidz ni....Mentang-mentanglah dia tahu ibunya jahil tentang hutan bakau.



Yang ini lagi tinggi gunungnya. Masyaalllah....Allah ajar ketam-ketam ini buat sarang yang sungguh unik. Aku cuba ketuk-ketuk sarang itu...Kukuh buatannya. Tanah liat tu...dah jadi macam semin. Keras semacam.



Yang ini agak luas lubangnya. Tentu penghuninya seekor ketam yang besar. 

"Kenapa kita tak boleh makan ketam batu ni...." Tanya Hafidz.
Sebab...ketam jenis ini hidup 2 alam. Binatang yang hidup 2 alam macam katak dan ular, haram kita makan. Mesti ada sebab-sebab tertentu Allah haramkan kita memakannya. Macamlah babi yang sangat banyak cacing dan virus dalam dagingnya.
" Ketam kat laut pun boleh hidup atas darat dan kita boleh makan. Apa bezanya dengan ketam ini?" Soal lagi Hafidz yang masih tak puas hati dengan jawapan ketam batu adalah binatang 2 alam manakala ketam kat tepi pantai pula binatang hidup dalam air saja.












Waktu zohor dah hampir tiba. Bergegas kami tinggalkan lokasi ketam dan siput sedut. Kalau lambat, ketinggalanlah solat berjemaah. Dalam perjalanan pulang kami terserempak dengan seorang penduduk kampung. Baru kini kami nampak kelibat manusia setelah hampir 2 jam meneroka hutan bakau. Mak cik ini pun kutip siput sedut juga. Sebakul penuh siput buat santapan keluarga malam nanti berbuka puasa. Nampaknya...menu kami semacamlah....Mungkin dia buat gulai siput jenis lain...

 Sebaik sahaja selesai solat Zohor, Hafidz terus ke komputer. Selalunya begitulah apabila dia buat penerokaan di hutan bakau. Kalau dia pergi cari burung, bila balik rumah mesti search macam-macam burung yang dia nampak di hutan. Kali ini...pasal ketam. Dia masih tak puas hati tentang ada ketam yang boleh di makan dan ada yang tak boleh dimakan.


photo 1


Photo 2

 Hai Prof. Hafidz yang banyak tanya, sila lihat kedua-dua foto ketam di atas. Sekali imbas memang nampak sama saja ketam ni. Yang bezanya ialah bentuk pasangan kaki yang terbelakang sekali.

Ketam dalam photo 1, kaki belakang sekali berbentuk leper di hujungnya. Ini adalah kaki untuk berenang. Jadi ketam ini memang hidup di air sahaja. Kalau hidup di darat pun sekitar 3-4 hari aje.Jika lebih dari itu di atas darat maka ketam ini akan mati. Ini adalah kerana ketam ini mempunyai insang yang besar dan luas untuk menyimpan air dan bernafas melaluinya. Jika insangnya kehabisan air maka ketam ini akan mati di darat.
Ketam ini hukumnya HARUS dimakan.

Cuba perhatikan pula ketam dalam photo 2. Kaki belakangnya sama sahaja bentuk dengan kaki yang depan-depan. Semuanya berbentuk tajam. Ketam jenis ini memang boleh hidup di dalam air dan juga di darat samaada air laut atau air payau.Malah bentuk kakinya yang tajam kesemuanya membolehkan dia panjat pokok dan juga dinding. Malah ada ketam yang boleh kopek buah kelapa.Ketam jenis inilah yang HARAM hukumnya kalalu dimakan sebab mereka hidup 2 alam.

" Oh....Dalam bilik air kita pun ada seekor ketam yang hidup dalam lubang dinding. Dah besar ketam tu...Banyak bulan juga dia jadi penghuni tetap bilik air. Kakinya tajam semua dihujung.Sebab itu dia boleh panjat tiang rumah dan masuk ke dalam bilik air ikut lubang air."  Hafidz mengiakan ilmu yang baru aku sampaikan.

Crab Kong, Ketam Terbesar di Dunia

Ketam terbesar di dunia yang dijuluki Crab Kong berhasil ditangkap seorang nelayan di Jepun. Ketam  yang masuk dalam keluarga colossus crustasean bergaris tengah tiga meter ini ditangkap seorang nelayan di daerah Heda di teluk Suraga sebelah barat Tokyo, Jepun. Ketam raksasa ini malah diperkirakan masih anak-anak. Crab Kong yang beratnya 15 kg ini berumur 40 tahun. Apabila kepiting selebar 3 meter ini telah dewasa, kesepuluh capitnya bisa untuk mengangkat sebuah mobil.

Awalnya, nelayan yang identitinya dirahasiakan itu bermaksud untuk menjual ketam raksasa ini untuk makan malam. Untungnya, peneliti kehidupan laut di Weymouth, Inggeris, menyelamatkan ketam raksasa itu. Crab Kong akan dipelihara dirumah barunya di Munich, Jerman.
"Kong pasti sangat menarik untuk dilihat. Bahkan lebih besar daripada ketam  terbesar sebelumnya, Crabzilla," kata Robin James, peneliti di Sea Life




 KETAM KELAPA:
Besarnya ketam ini.....


Ketam kenari, Birgus latro, atau disebut Kepiting Kelapa merupakan artropoda darat terbesar di dunia. Meskipun disebut ketam/kepiting, hewan ini bukanlah ketam/kepiting. Ketam ini merupakan jenis umang-umang yang sangat maju dalam hal evolusi. Jadi mungkin ia lebih tepat disebut umang-umang kenari, namun demikian penduduk kepulauan Maluku sudah menyebutnya ketam kenari. Ketam ini dikenal karena kemampuannya mengupas buah kelapa dengan capitnya yang kuat untuk memakan isinya. Ia satu-satunya spesies dari genus Birgus.
Ia juga disebut dalam bahasa Inggris "terrestrial hermit crab" (umang-umang darat) karena penggunaan kulit keong oleh umang muda; tetapi, ada juga umang darat lain yang tidak menanggalkan kulit keongnya setelah dewasa. Hewan ini - khususnya genus Coenobita yang masih berkerabat dekat - biasanya disebut "umang-umang darat"; karena dekatnya kekerabatan antara Coenobita dan Birgus maka istilah "umang-umang darat" ini biasanya mengacu pada anggota famili Coenobitidae.







Inilah siput dan kepah yang sudah dibersihkan oleh Hafidz. Banyak jugalah...cukup untuk santapan sekeluarga. Selepas solat zohor, dia potong hujung siput-siput tu dan pergi kutip daun kadok di garden. Dah ready untuk buat gulai siput sedut.



Ha...Inilah rupa gulai siput sedut daun kadok. Baunya memang menyelerakan. Warna kuning kunyit hidup memang menyerlah terang di sulami dengan warna hijau daun kadok. Kalau kat kampong masa kecil-kecil dulu, arwah mak akan masukkan ubi gadung sekali. Memang sedap hingga menjilat jari. Bersyukurlah dengan nikmat Allah. Selalu ingatkah Hafidz dan anak-anak tentang penderitaaan warga Palestin dan warga Somalia yang tengah dilanda kemarau teruk hingga beratus-ratus kanak-kanak mati kebuluran.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...