TRANSLATE THE BLOG TO YOUR LANGUAGE
English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Jumaat, 5 Ogos 2011

MY FIRST SURGERY IN ANATOMY CLASS.

I found that anatomy is very interesting. Learning about our own body is important so that we know what is happening to us especially when we fall sick. So and so...this is my first surgery, cutting a chicken to investigate it's digestive system.



Since I don't have a surgery table, this big stainless tray will be okay for me.


Actually I love cutting chicken and had done it so many times in my cooking class before. I didn't refer it as surgery since I didn't know anything about the digestive system yet. Just cutting for fun. Anatomy class had change my way of seeing something , to a better perception.


Amazing how Allah arranged the organs in the chicken. Everything is in its special place for a special function.




After my first anatomy class, I can easily recognized all the organs and named it.





I cut the stomach of the chicken and spread open on the tray. I can see so many layers coating the main flesh.



STOMACH DIGESTION:



I like to eat chicken fried liver.  But this one got a green stain on it. It must be from the gallbladder. Gallbladder has a bitter taste and will make the taste of liver also bitter. I know that and got to spit it out.
Now I know that liver produce bile and stored in the gallbladder. They must be a good friend then....                  
Basic function of liver:
  • It aids in digestion by helping in the absorption of fat and certain vitamins, including vitamins A, D, E, and K
  • It helps distribute the nutrients found in food
  • It helps "clean" the blood by removing medications and toxins
  • It produces important proteins that affect the blood, such as factors that are essential in making the blood clot after an injury.



( GUIDANCE  CORNER )
Hari kedua pembelajaran Anatomy memang menggalakkan. Selalunya Tajrid dan Hafidz belajar subjek yang berlainan, melainkan waktu belajar fardhu ain atau sejarah Islam. Cuba-cuba letak Hafidz sekelas dengan Tajrid and it work!! Bagi Tajrid, apa yang diajar adalah biasa aje....dah form 4 katakan. Saya ada rasa agak berat untuk Hafidz tapi....sebenarnya tidak.Rupanya dia rasa seronok dapat belajar dengan abangnya. Kerja saya pun jadi senang. Selain ilmu di internet, saya juga guna buku Biology kepunyaan abangnya ketika belajar di Universiti. Inilah untungnya HS dimana kita bebas untuk guna ilmu peringkat mana pun untuk pembelajaran anak. Sebenarnya mereka mampu dan boleh faham. Saya dah ajar Hafidz konsep atom dan juga classification metals dan ions yang diajar pada tingkatan 5. Alhamdulillah dia boleh faham bila kita guna pendekatan yang mudah difahami dan bahan-bahan sekeliling rumah. 

Belajar anatomy ni....memang banyak kena hafal nama-nama segala organ dalaman. Bolehkah mereka ?? Saya dapati mereka tak ada masaalah bila kita ajak sama-sama menghafal dan mengeja. Make it fun and I know learning without exams will be very fun. No stress at all. Just take your own time and phase. In fact, it will remain longer in our memory compare to those who memorize just for the sake of exam. 

Masa baca buku Biology tu...saya skip some of the part yang agak susah pada fikiran saya untuk Hafidz . Tambah-tambah buku tu....in English. Masyaallah....dia kata " why skip? Just continue..." Masa itu hanya kesyukuran sahaja yang dapat saya gambarkan. Macam tak percaya dia boleh begitu berminat. Ini adalah bantuan Allah semata-mata. Masa saya nak mula FCU MEDIC, ada juga keraguan (jelas dari syaitan) bahawa bolehkah dan mahukah anak-anak dan minatkah mereka.This is my passion but not theirs. Is it fair??

In my first anatomy class, I did tell them the real reason why we must know about anatomy. Untuk jadi manusia yang benar-benar cintakan Allah, kita mesti benar-benar kenal Allah dulu. Untuk kenal Allah, kita kena kenal diri kita dulu. Jadi anatomy ini akan membuka rahsia Allah dalam penciptaan manusia. Betapa kompleknya dan betapa seni dan geniusnya Allah Maha Pencipta.

Kedua saya menceritakan peristiwa-peristiwa perang yang lepas-lepas. Bagaimana hospital sudah tidak berfungsi lagi kerana huru hara dan sebagainya. Betapa kita hanya boleh berharap dengan pertolongan Allah dan kebolehan sendiri (dengan izin Allah). Jadi ilmu perubatan ini sangat penting dan kita juga boleh menolong orang lain yang dalam kesakitan. Saya juga menceritakan bahawa sudah ramai bangsa lain terutamanya Yahudi yang bersiap siaga dengan segala persiapan untuk sebarang kemungkinan. Hakikat ini memang dah ramai yang tahu. Di Amerika sendiri, sudah banyak mereka dirikan bandar-bandar bawah tanah untuk sebarang kemungkinan. Tiada siapa mahu peperangan kan...tapi adalah bodoh sesuatu bangsa yang langsung tiada persediaan untuk sebarang kemungkinan sedangkan bangsa lain sudah cukup persediaaan mereka dan hanya menunggu hari berlaku sahaja.

 Ketiga dan yang paling penting ialah bagaimana untuk menanam minat mereka. Ini perlu strategy yang rapi. Saya daif dalam hal ini. Kena ada ilmu dan buat masa ini....saya tak punya semua itu. Hanya pasrah pada Allah dan DOA YANG BERPANJANGAN. Sentiasa dalam hati minta bantuan dari Allah. Bila mereka dah minat, mereka pastu akan teroka sendiri kelak. Saya hanya berperanan sebagai  PENCETUS sahaja. Untuk mencetus inilah perlu satu kimia yang betul dengan personaliti mereka. Umpama menarik rambut dalam tepung. Kena hati-hati dan pandai masuk dalam personaliti mereka dan gunakan kearah yang kita mahu. YA ALLAH....TOLONGLAH HAMBAMU INI.

Sebaik sahaja pelancaran FCU MEDIK, saya sedar bahawa FCUHOMESCHOOLING sudah berada dalam dimensi baru. Dengan lain perkataan, FCUHOMESCHOOLING sudah berada di tahap lain dari sebelumnya. Kalau dulu saya terkial-kial untuk sempurnakan HS pada setiap hari. Inikan pula untuk mengendalikan FCU MEDIK yang ternyata bukan calang-calang tugasan. Saya tak pernah lalui apa-apa latihan kedoktoran, apalagi menjadi seorang doktor. Hanya seorang suri rumah yang sudah sekian lama meninggalkan dunia menara gading tetapi punya wawasan tersendiri untuk beri yang terbaik kepada anak-anak. Yang jelas, di depan saya, saya dapat rasakan ada pintu sedang terbuka luas seluasnya dan saya dapat rasakan semua itu adalah untuk saya terus berjalan dan masuk sahaja. NOTHING IS IMPOSSIBLE  with the help of Allah!!

Saya juga tidak risau terhadap pandangan orang kerana saya tidak  memerlukan sebarang pengiktirafan dari mana-mana pikak pun selain Allah dalam menjalankan tanggung jawab sebagai ibubapa. Saya juga tidak takut gagal kerana Guru saya (suami) sentiasa membimbing dan membetulkan saya yang lemah ini bila tersilap langkah.

Kawan-kawan blogger? 
Merekalah pendorong semasa semangat ini kian longlai terutamanya apabila melihat kegigihan para ibu-ibu yang juga homeschool anak-anak mereka. Terima kasih yang tak terhingga. 


DEAR READERS!! 
YOUR POSITIVE COMMENTS ARE HIGHLY APPRECIATE. 
♥♥♥ FCU MALAYSIAN HOMESCHOOLING ♥♥♥
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...